Blog's Value

WELCOME

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala pandangan atau kata-kata yang terdapat dalam blog ini merupakan pandangan peribadi kepala hotak aku. So faham-faham la ye...

Wednesday, June 24, 2009

Kesah Hati


Hairankan kalau tiba-tiba kita penat kalau banyak berfikir? Aku penat. Entahlah. Macam sedih. Tapi aku tidak dapat tunjuk di muka aku. Everything sakit sedih tension terkumpul di dalam. Tersimpan. Macam gembira tapi sedih. Macam tak sedih juga. Celaru. Mungkin sebab aku kecewa tidak diobserve tadi. Mungkin. Tambah-tambah lagi bila ada suatu yang mengganggu aku sekarang. Aku bukan dapat luah dalam blog ni. Sebab blog ni ada orang akan baca(mungkin ada orang baca la).

Sekarang ni masuk minggu kedua aku mengajar di SMK Apin-Apin. Aku selesa mengajar di sini walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah. Aku antara makhluk yang bergelar cikgu datang awal ke sekolah. Aku selesa dengan kelas yang diberi. Walaupun pada awalnya aku agak sedikit takut dengan suasanan mengajar. Aku hanya mengajar dua buah kelas. Tingkatan 4 Progresif dan 4 Harmoni. Walaupun 4 Harmoni lebih lemah dari 4 Progresif, tapi aku lebih suka 4 Harmoni. Mungkin sebab pelajar agak nakal tapi bagi aku, pelajar-pelajar kelas ni nakal yang boleh dibentuk lagi. Aku harap pelajar kelas ni pun selesa dengan aku. Mereka ni kadang-kadang memeningkan kepala tapi boleh menenangkan jiwa. Sebab boleh mengimbau zaman nakal aku masa sekolah dulu. Aku tau pelajar-pelajar aku ni ada yang merokok. Tapi aku dah pesan jangan merokok dalam sekolah atau merokok berpakaian sekolah. Aku harap pelajar aku berhenti merokok. Jangan jadi macam aku.

Waktu malam aku lebih suka menghabiskan masa di Dewan Teknik ni. Bukan apa. Di sini ni, best ada aktiviti kesenian. Kalau boleh aku mahu buat macam ni di sekolah aku. Tapi apa kan daya. Sekolah harian dan support macam kurang. Penatlah taip. Nantilah taip lagi...

-Sunyi kalau kita jaga jadi sepi. Tapi sepi kalau kita jaga tidak akan mati. Cuma bila sepi dijaga hancurlah diri-

Tuesday, June 23, 2009

Kusut Mengungkai


Kosong
Gelap

Aku bagai dalam lohong
Aku tak tahu di mana dan kenapa
Bagai menampi sepi
Kabur pandangan mencari kehilangan
Apa tujuan kehidupan yang panjang

Terubat sepi gelora
Dalam terpana sakit
Bahasa dan seni
Menjadi penawar kosong, suka dan duka
Syukur Illahi yang memberi

Tenang jiwa walau kalut udara.

-Sudah lama sepi bukan kerana mati. Tapi sunyi meneman dalam hidup pertapa seni-

Saturday, June 6, 2009

Laptop and broadband for free.

Rasa malas dengan segala. Siapa mo laptop and broadband free? Ada org offer aku. Tapi aku xmo. Haram aku terima benda tu kalau aku xbuat seperti yang diharapkan.

Friday, June 5, 2009

Kesah Rokok (First Episode) Epilogue

Mungkin inilah manusia yang jadi model untuk kotak rokok yang ada gambar kaki buruk tu.

Date in June



June 8th: Going back to KK.
June 11th: Going to Keningau.
June 15th: Report in and start Teaching Practical.
June 19th-21st: Festival Teater Sabah.(I'm not involve)
June 27th: My girlfriend's birthday.

Monday, June 1, 2009

Kesah Rokok (Finale)

Ingatlah. Kita meminjam kehidupan hari ini daripada anak-anak kita.

Petang tadi aku kesunyian. So aku lepak berhampiran dengan tempat bermain futsal. Mula-mula tu aku rasa kosong gila. Then aku tengok ada seorang budak petah berborak dengan ayahnya.

Budak: Ayah, kadang-kadang manusia ni bodoh kan.
Ayah: Hish. Jangan cakap macam tu nak. Kenapa cakap macam tu?
Budak: Yalah ayah. Cuba tengok dekat kotak rokok tu. Adakah patut dorang bagi baby hisap rokok.(Menunjuk ke arah kotak rokok di tepi kerusi mereka)
Ayah: ... (Nasiblah kau ni budak-budak)

Moral of the story: Jangan buang sampah merata-rata.
Cerita Rekaan Semata
-I will quit smoking-

Kesah Rokok (Third Episode)

Rokok bukan teman. Tapi lawan.

Aku berjalan mencari angin malam. Tiba-tiba aku didatangi seorang pemuda.

Pemuda: Asalamualaikum bro.
Pie: Waalaikumsalam. Napa? Macam ada masalah ja.
Pemuda: Gua... Gua...
Pie: Gua2... Lu apsal mat?(Gagap ke bangang orang ni)
Pemuda: Gua ni perokok. Semalam member gua cakap merokok ni boleh buat tekak kita berlubang macam dalam gambar ni.(Sambil menunjukkan gambar di kotak rokoknya)
Pie: Rasanya betullah tu. Bukan main ikut suka ja letak gambar tu.
Pemuda: Gua susa nak trust a ckp member gua.
Pie: Kenapa pulak? Member lu kencing lu ke?
Pemuda: Member gua cakap siapa hisap rokok, tekak dia boleh berlubang. Gua terkejut a. Gua tanya a sebab apa. Member gua cakap sebab orang tu hisap rokok tak hati-hati.
Pie: Apa maksud member lu tu?
Pemuda: Member gua cakap, orang tekak berlubang tu sebab cuai. Ada patut hisap rokok, bara rokok tu yang masuk dalam tekak. Mau tak berlubang.(Sambil memerhati gambar di kotak rokok dan kemudian berlalu pergi)
Pie: Perrrrggghhhh...(Gila ka member dia tu)

Semasa merokok mesti berhati-hati.
Cerita rekaan semata-mata.
-I will quit smoking-

Sunday, May 31, 2009

Kesah Rokok (Second Episode)

Setiap sedutan membawa padah.

Pie: Pakcik merokok lama da?
Pakcik: Xlama. Belum pun separuh rokok ni Pakcik hisap.
Pie: Eh, maksud saya terlibat dalam dunia merokok ni.(Aku tau la kau baru ja nyalakan rokok tu)
Pakcik: Ooo. Lama la jugak. Kenapa?
Pie: Saya tengok dekat kotak tu, rokok boleh sebabkan kanser. Teruk paru-paru dalam gambar tu.
Pakcik: Semua tu tipu. Ada ka patut hisap asap kaler putih, paru-paru jadi kaler hitam. Tipu la. Hisap putih jadi putih la. Ni hitam. Xlogik sungguh.
Pie: ???(Biar betul Pakcik ni)


Cerita rekaan semata.
-I will quit smoking-

Saturday, May 30, 2009

Kesah Rokok (First Episode)


Merokok membahayakan kesihatan. Sekarang kotak rokok dalam pakej yang baru dengan meletakkan gambar akibat daripada merokok.

Iqbal: Aku tetap merokok walaupun kena letak gambar kaki ni.
Pie: Kau x rasa takut ka?
Iqbal: Aku rasa buat apa mau takut. Xda apa yang mau ditakutkan. Everything gonna be fine.
Pie: Serius berani kau ni.
Iqbal: Yala. Aku pegang rokok pakai tangan. Bukan kaki. Aku rasa orang dalam gambar dekat rokok tu pegang rokok pakai kaki sebab tu kaki dia buruk.
Pie: ...

-I will quit smoking-
Cerita di atas merupakan rekaan berdasarkan perbualan sebenar.

Wednesday, May 27, 2009

Antara baik dan jahat

Wajarkah Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Bagi aku perkara ini sudah terang lagi bersuluh. Chin Peng tidak wajar untuk dibenarkan menjejak kaki ke Malaysia. Dengan pelbagai perkara kejahatan yang dibuatnya sudah pasti haram bagi Chin Peng untuk menjejakkan kakinya ke Malaysia. Media massa elektronik kalau kita lihat hampir setiap hari menyogok kita dengan menyebarkan keburukan PKM semata-mata dengan niat murni untuk menolak kemungkinan Chin Peng dibenarkan kembali. Pendirian aku, Chin Peng tidak boleh kembali.

Menjadi kejanggalan di mata dan telinga aku apabila berita yang diberikan kepada kita menyatakan PKM dan Gerila ketika dulu melakukan perbuatan yang maha jahat. Hampir kesemua menyatakan kejahatan. Sehinggakan aku membuat aku berfikir. Bukan semua jahat bagi satu perkara. Tapi apabila kita menyogok dengan kejahatan semata-mata dan kemudian hari kita mengetahui ada kebaikannya bukankah ini akan mengakibatkan pendirian seseorang akan lebih goyah? Lebih baik kita semai melalui cara memberikan maklumat yang adil dan kemudian kita justifikasikan setiap rasional kebaikan dan kejahatan itu.

Mengambil kira perjuangan kemerdekaan ketika dulu. Tidakkah orang berasa pelik bila Tunku Abdul Rahman pergi ke London dan mendapat kemerdekaan dengan hanya tandatangan sahaja? Bukankah itu keganjilan? British sanggup melepaskan kekayaan dengan tandatangan? Di sinilah bagi aku PKM dan GErila itu mengambil tempat. MEreka mengangkat senjata menentang penjajah. Dan akibat mengangkat senjata inilah, British sanggup melepaskan Tanah Melayu ketika itu. Barulah peranan Tunku mengambil tempat.

-Pandangan aku sahaja. Terima atau tidak belakang kira.-

Friday, May 22, 2009

Labuan, aku sudah pulang.

Sekarang sudah 2 hari aku duduk di rumah dengan tak melakukan apa-apa. Juz spending time with rest 4 da whole day. Lagi pn aku rasa aku mcm kurang sehat. Tambah2 lagi my chest sakit. I don't even know why.

Last night, i spend my time lepak at my friend's house. His sister nikah today. But i feel like crap. I don't know what should I do there. Almost everyone there berjudi. What the fish. I'm not kind of alim but this scenario was habit in my village. Orang kawen je,msti ada judi. C'mon la. We know that thing HARAM but we do it without feeling guilty. Doing something bad and fluencing others to do the bad thing too. Really fish. Thats why I won't question back if social problem increase here. We can see people minum arak smbil lepak2. Cool huh...

Yesterday, ketua pemuda kg aku ni offer aku join PEMUDA UMNO cawangan kampung aku. Hello I'm not kind of UMNO. I'm not saying that I'm opposition but I don't want to get involve in politic now. Espclly joining UMNO. I'm prefer to be observer.

Ok la. Thats all for now. Wanna get some rest... Sakit... Lagi pn pnt taip pki hp...

Sunday, May 17, 2009

FESTIVAL DEKON MAKUM 2009

Malam semalam berakhir sudah Festival Dekon MAKUM 2009. Penganjuran sebelum ini menyatakan bahawa kita bagai kunang-kunang yang masih mencari makna. Mungkin pada kali ini kita bagai manusia yang mencari wajah dekon yang sebenar. Berikut merupakan keputusan rasmi Festival Dekon MAKUM 2009.

SINOGRAFI TERBAIK : SEPERTI MANIK PUTUS DARI KARANGAN (UTM)
SKRIP PILIHAN : MARUAH SEBUAH KEMERDEKAAN(UNIMAP)
DEKONIS TERBAIK : PAK NIK 'LOKAN BERTEPUK' (USM)
PENGARAH TERBAIK : LOKAN BERTEPUK (USM)

JOHAN : LOKAN BERTEPUK (USM)
NAIB JOHAN : SEPERTI MANIK PUTUS DARI KARANGAN (UTM)
KETIGA : MARUAH SEBUAH KEMERDEKAAN (UNIMAP)

Kepada universiti yang tidak mendapat anugerah tidak mengapa. Cuba lagi lain kali. Kalian turut menyumbang dalam mencari wajah dekon MAKUM sebenar.

Saturday, May 9, 2009

Tiada Apa

Sudah 4 hari blog aku tiada update. Entah kenapa aku jadi malas nak update. Mungkin emosi terganggu dan aku cuba untuk mengelakkan benda tu berterusan lalu aku menyibukkan diri.

1. Aku malas update.
2. Aku bosan sendiri.
3. Aku lapar.(bolehlah.

Nanti aku update gambar latihan DEKON UMS tuk MAKUM. Sekarang xboleh lagi. MAsih belum bertanding.