
Hairankan kalau tiba-tiba kita penat kalau banyak berfikir? Aku penat. Entahlah. Macam sedih. Tapi aku tidak dapat tunjuk di muka aku. Everything sakit sedih tension terkumpul di dalam. Tersimpan. Macam gembira tapi sedih. Macam tak sedih juga. Celaru. Mungkin sebab aku kecewa tidak diobserve tadi. Mungkin. Tambah-tambah lagi bila ada suatu yang mengganggu aku sekarang. Aku bukan dapat luah dalam blog ni. Sebab blog ni ada orang akan baca(mungkin ada orang baca la).
Sekarang ni masuk minggu kedua aku mengajar di SMK Apin-Apin. Aku selesa mengajar di sini walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah. Aku antara makhluk yang bergelar cikgu datang awal ke sekolah. Aku selesa dengan kelas yang diberi. Walaupun pada awalnya aku agak sedikit takut dengan suasanan mengajar. Aku hanya mengajar dua buah kelas. Tingkatan 4 Progresif dan 4 Harmoni. Walaupun 4 Harmoni lebih lemah dari 4 Progresif, tapi aku lebih suka 4 Harmoni. Mungkin sebab pelajar agak nakal tapi bagi aku, pelajar-pelajar kelas ni nakal yang boleh dibentuk lagi. Aku harap pelajar kelas ni pun selesa dengan aku. Mereka ni kadang-kadang memeningkan kepala tapi boleh menenangkan jiwa. Sebab boleh mengimbau zaman nakal aku masa sekolah dulu. Aku tau pelajar-pelajar aku ni ada yang merokok. Tapi aku dah pesan jangan merokok dalam sekolah atau merokok berpakaian sekolah. Aku harap pelajar aku berhenti merokok. Jangan jadi macam aku.
Waktu malam aku lebih suka menghabiskan masa di Dewan Teknik ni. Bukan apa. Di sini ni, best ada aktiviti kesenian. Kalau boleh aku mahu buat macam ni di sekolah aku. Tapi apa kan daya. Sekolah harian dan support macam kurang. Penatlah taip. Nantilah taip lagi...
-Sunyi kalau kita jaga jadi sepi. Tapi sepi kalau kita jaga tidak akan mati. Cuma bila sepi dijaga hancurlah diri-




