Thursday, June 10, 2010

Sejuk Manis Qaseh


Qaseh
Aku di sini
Menyentuh ikatan
Cuba untuk melerai sebuah rasa
Mungkin bisa kita bersatu

Qaseh
Aku takut untuk menyimpul janji
Aku takut kita berbeza tinggi
Aku takut aku hanya merasai sendiri
Tapi aku juga takut rasa itu akhirnya mati

Qaseh
Izinkan aku untuk begini
Bukan untuk selamanya
Tapi cukup untuk sekelumit waktu
Untuk aku menimbang
baik dan buruk tindak langkahku
Untuk aku berkabung
dengan sakit sebuah luka

Qaseh
Kurasa manisnya biar hanya setitik
Kurasa sejuknya biar hanya sehembus
Semua keranamu Qaseh.

-Menulis lagi.-

Tuesday, June 8, 2010

Begini.(Percubaan menulis puisi kembali)



Aku pernah begini

Aku mahu begini

Tapi aku elakkan untuk begini

Aku takut ia mati lagi

Dia mengerti

Tidak ku pasti dia memahami

Ku harap dia merasai

dan menanti.

Monday, June 7, 2010

HANYA AKU.

Aku terus begini untuk menyepi. Hanya aku.
AKU.

Some people said that life full with shit and damn thing. Yes. For sure I agree with the statement. But I also not denying the beauty of life itself. Essential thing happen in my life making me change to become the thinker of life.

Minggu lepas salah seorang kawan da kawin. Masuk alam baru. Alam yang tidak bujang. Ahaha. Yang pasti aku belum lagi. Tidak tahu bila. Biarkan.

Kesihatan agak kurang stabil. Asma. lu. Fever. Coughing. Apa lagi? Dripping? Tidak sihat pun diteruskan dengan aktiviti jalan sahaja.

PENGUMUMAN PENTING: Sesiapa sahaja yang mempunyai kerja, berikan kerja kepadaku. Aku tiada kerja. Resume nanti aku hantar. Beritahu aku kalau ada kerja kosong ya.