Lama terbiar. Sebab layout agak memeningkan. Ahaha. Hampir setahun sudah aku berkhidmat sebagai guru. Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Bengang pun ada jugak.
Kaki melangkah meninggalkan tapak yang takkan hilang
Tidak kelihatan di akhir waktu
Tapi jelas di kenangan yang aku lipat kemas
Sekadar peringatan
Sekadar sejarah yang teguh
Sekadar kerinduan pada masa silam
Langkah kadang laju
Kadang perlahan
Kadang aku mahu berhenti melangkah
Aku buka lipatan kenangan yang kusam
Supaya menyedarkan
Aku sentiasa akan sedar
Di mana kedudukan
Di mana kesilapan
Di mana hujung yang takkan padam
Aku biarkan
Aku ikuti arus yang tidak perlahan
Kadang ku telan hingus terbuang
Tapi ku lawan arus mendatang
Aku tidak mahu sentiasa ditendang
Aku mahu hidup
Hidup
Hidup
Dan terus hidup.