Monday, March 26, 2012

TADI SEPERTI LUCAH

Tadi. Tup! Bunyi butang baju terbuka di dada. Dada semakin lebar atau baju tertarik ke bahagian perut. Monday blues mystery.

Misteri tidak akan terungkai.

Tuesday, March 20, 2012

Berahi Rasa

Ke hadapan Guru Senior.

Saya guru baru belajar. Kalau salah tolong ajarkan.
Saya guru baru belajar. Kalau tidak tau tolong tunjukkan.
Saya guru baru belajar. Kalau keliru tolong betulkan.

Cikgu sudah senior. Kami masih junior. Ada yang kami tidak tahu. Ada yang kami masih perlu diajarkan. Tapi ada juga yang kami ingin kongsikan.

Guru senior.
Pengalaman dikongsikan.
Ilmu kita sebarkan.

Dari Guru Junior yang memerhatikan.

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Berahi

Luruskan urat itu
Bukakan rongganya
Biarkan mengalir
Walau pun lesu
Perit sedikit
Sakiti tidak mengapa
Akulah dia.

-Nafsu-

Monday, March 12, 2012

Gagal

kadang rasa tidak mampu
hijab tenang aku sarungkan
agar bisa gelora aku sembunyi
aku tak mampu menahan
akhirnya telanjang walau hanya diam.

Friday, March 9, 2012

Bogel Emosi



Telanjangkanlah kalau perlu

Perit yang mencengkam

Sepi yang mengusik

Kadang gusar menikam

Kadang hati berbisik

Persetankan semua rasa

Jangan biar jiwa mati

Jangan lacurkan rasa sendiri

Telanjangkanlah emosimu kalau perlu.

Thursday, March 8, 2012

Aku tidak mahu sendiri. Jiwa Kacau.

Tuesday, March 6, 2012

Jalan Kaki

Saya penat. Tapi saya puas dengan apa yang saya buat. Serius. Biarlah saya penat. Saya puas. Merungut tu biasalah. Tapi janganlah bila saya berusaha, ada yang macam sial pulak.

Sunday, March 4, 2012

Masih denai

Aku ingat aku sudah nampak hala tuju denai ini menuju ke mana. Hakikatnya, setelah aku mampu untuk berjalan dengan tidak bertatih, aku mula nampak sesuatu yang semakin kurang pasti. Kadang aku keliru. Denai ni semakin sempit atau perjalanan ini semakin menjauh. Langkah mula aku percepatkan tapi semakin aku percepatkan, aku semakin letih dan tidak pasti apa tujuan. AKu mula mengorak langkah lemah yang keliru. Ah, denai ini menuju ke mana? Denyut kepala semakin menyeksa bila fikir mula panas mencari punca. Dari belakang ku dengar suara lembut menyapa. "Kita kan berjalan bersama? Tidak perlu gusar semua. Ayuh tenang dan melangkah sahaja."