Tuesday, September 25, 2012

Aku tidak mau lupa

Seronoknya jadi cikgu! (Sila baca dengan penuh semangat sambil hidung kembang)

Being a school teacher are really fun. Seriously. You will meet variety of students. Dari yang pandai atau berlagak pandai. Kepada yang pandai sedikit dari kurang cerdik sehinggalah pelajar sangat lemah. Sangat seronok. Aduh sakit pinggang. Duduk terlampau lama sebab buat kerja. Adoi. Bab ni yang kurang best. 09.30 p.m. Can u imagine a teacher without OT payment working at night? The different, teacher did the work at home(some did it at school).

Arrrgggghhh

Saturday, September 22, 2012

FUH! Guru Mithali Konon. Jangan tipulah.

Kadang-kadang tidak menulis itu pun menimbulkan kerinduan. Membaca post lama sampai menimbulkan pertanyaan "Akukah yang tulis semua ni?". Sesuatu kemahiran yang semakin merosot.

Hidup. Semakin hari semakin banyak perkara dilihat dan ditempuhi. Satu yang tidak pernah kurang. Aku suka melihat. Aku juga suka untuk memahami apa yang aku lihat. Andai aku tidak faham, akan aku cuba fahami sebab aku mahu belajar. Semua itu bagi aku, pelajaran yang amat berguna untuk menjadi satu pengalaman berharga. Sometimes we don't even realise that is the most precious thing in our life.

Apa bezanya sekarang dengan dulu? Kalau dulu bagi aku, 'merasa' keadaan sekeliling itu satu kesenian. Mengetahui perasaan dengan 'membaca' orang tanpa diberitahu. Semua itu adalah satu kesenian. Sekarang ianya menjadi satu keperluan. Dulu aku boleh baca manusia sepanjang hari. Walaupun tidak setepat mana tapi kesenian itu aku rasai. Sekarang, aku semakin penat untuk membaca manusia. Uniknya ciptaan Allah itu yang menjadikan aku memerlukan tenaga lebih. Aku penat. 

Hampir dua tahun bergelar guru. Apa seronoknya jadi cikgu? Kerja cikgu senang. Bukan susah mana pun. Gaji besar. Cuti banyak. Ni adalah perspektif biasa. Termasuk aku(maksud aku satu ketika dahulu). Aku seronok bila aku masuk kelas. Satu kepuasan bila melihat muka-muka yang menunjukkan semangat. Tidak aku nafikan ada yang menunjukkan wajah yang bagi menjatuhkan semangat aku sebagai guru. Apa pilihan yang ada? Aku akan cari bagaimana untuk menarik minat. Syukur aku ada kemahiran sedikit melakonkan gaya-gaya pondan, apek tua, india, dusun. Semua tu aku lakukan untuk mewujudkan "Belajar itu best"

Randomly. Itu yang jadi hari ini. Sebab aku sudah jarang menulis. Harapnya akan ada post yang lebih serius(tidak pernah pun sebenarnya). Aku mahu kemahiran aku menterjemahkan apa yang aku lihat kepada satu bentuk tulisan. Untuk aku baca. Dan untuk aku kenang kemudian hari. THIS IS PERSONAL JOURNAL NOT ACADEMIC JOURNAL. Read if you want. If you are full with hatred, I ask you to leave.

-BERKATALAH WALAU PUN SAKIT-

Wednesday, September 12, 2012

Kadang jalan ni sangat sukar. Sentiasa aku pohon kekuatan. Dan aku perlu teman.

Saturday, September 1, 2012

.

OOUCCCHHH.