Tuesday, October 30, 2012

Nervous

31 days before my marriage. Apa yang aku rasa? Serius aku rasa nervous.

Tuesday, October 2, 2012

MAMA


Mama atur majlis saya
Mama gubah hantaran saya
Mama tanya persiapan sampai mana
Mama pesan jangan lupa dia
Mama peluk saya
Mama cium dahi saya
Semua harapan saya
Tidak mungkin terlaksana
Terima kasih kurnia yang Esa
Memberi rasa kasih Mama

Monday, October 1, 2012

Maka Bicara

Hanya jeritan bergema
Seperti gema sepi tanpa suara
Berlagu dalam hati
Cuba aku nyanyi keperitan
Bagi memecah keheningan yang terus panjang
Tapi bingitnya cuma di dalam
Apa kerana aku mentimun,
Lalu bisa durian melukakan?
Bukan mahu menjadi parasit menumpang
Cukup untuk aku rasa diperlukan.