Ada rasa yang tertinggal
Ada bisa yang menikam
Ada rindu yang menyapa
Simpanlah
Genggamlah
Tanamlah
Kerna esok belum tahu ada
Jangan biar hilang pergi.
kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Wednesday, December 25, 2013
Thursday, November 7, 2013
Silam
Jangan dulu buang
Terkadang semua hanya di dalam
Cuma mata dibutakan
Rasa seperti hilang
Riang yang disepikan
Susun langkah bersulam
Kata yang didiamkan
Mungkin silam bukan sebuah kesilapan
Wednesday, November 6, 2013
Kau
Terbanglah
Terbang tinggi ke awan
Bebaslah
Bebas menyinari langit kelam
Pecutlah
Pecut membelah angin taufan
Pintaku
Jangan lupa daratan
Tempat kau dilahirkan
Thursday, August 15, 2013
Zalim
Kita bina kehidupan di atas benang penipuan
Kita rai kegembiraan atas air mata tangis derita insan
Kita senyum sinis atas kejatuhan mereka yang kekurangan
Matikan sebuah kisah zalim tiada kesudahan.
Kita rai kegembiraan atas air mata tangis derita insan
Kita senyum sinis atas kejatuhan mereka yang kekurangan
Matikan sebuah kisah zalim tiada kesudahan.
Wednesday, July 31, 2013
Live
Sometimes life is not easy. But I try not to make it hard. I try to live as a normal human being.
Saturday, May 11, 2013
Berapa juta kali mahu cakap?
Semalam aku bercerita pasal
rasis. Banyak yang mengiyakan. Secara lahiriah kesedaran itu mampu membawa
kepada satu kefahaman yang maha asyik. Tapi bila kita tenung dan hayati,
kesedaran itu hanya perjuangan kata-kata. Jadi untuk apa mendabik dada menolak rasis
sekiranya masih membudayakan rasis dalam hidup? Memang aku tidak nafikan rasis
ada dalam sekelumit di hati nurani setiap insan. Kawalan terhadap perasaan
rasis ini mampu mengelakkan kita menjadi golongan manusia yahudi yang lebih
yahudi daripada yahudi. Mahu jadi insan kamil, kena usah ke arah itu. Bukan
dengan tidak rasis sahaja.
Friday, January 11, 2013
Ini bukan mimpi
Kadang-kadang kita rasa kita ni bermimpi. Salah satu sebabnya bila kita merasakan apa yang kita impikan tu agak sukar untuk kita perolehi. Dahulu aku hanya memerhati dari jauh. Menyimpan angan-angan yang tinggi untuk memiliki. Tapi agak sukar aku rasa. Hari ini, dia sudah menjadi isteri. Mimpikah aku?
Wednesday, January 9, 2013
How should I say?
It has been a long time aku tidak menulis. I want to write but its something like I have the idea but don't have the word.
Aku sudah kawin. So I'm not single anymore. I move to another phase of life. Its not that easy when you have to handle it on your own. You only have friends as your family to give you moral support. Yes for sure my wife supporting me too.
This is my third year in teaching. Once again, I will be a classroom teacher. Its not a big deal. I'm proud when I really know them and they listen to me. Guys, they are not that bad.
One of my students had passed away last December. Accident. Kesimpulan, jangan berlagak di jalan raya yang sibuk dengan lori mengangkut sawit. Rest in Peace there bro/
Subscribe to:
Comments (Atom)

