Saturday, May 11, 2013

Berapa juta kali mahu cakap?


Semalam aku bercerita pasal rasis. Banyak yang mengiyakan. Secara lahiriah kesedaran itu mampu membawa kepada satu kefahaman yang maha asyik. Tapi bila kita tenung dan hayati, kesedaran itu hanya perjuangan kata-kata. Jadi untuk apa mendabik dada menolak rasis sekiranya masih membudayakan rasis dalam hidup? Memang aku tidak nafikan rasis ada dalam sekelumit di hati nurani setiap insan. Kawalan terhadap perasaan rasis ini mampu mengelakkan kita menjadi golongan manusia yahudi yang lebih yahudi daripada yahudi. Mahu jadi insan kamil, kena usah ke arah itu. Bukan dengan tidak rasis sahaja.