Sunday, September 21, 2008

Derita Kita Bersama

(Puisi ini ditulis ketika aku tidak sempat sahur kerana tiada makanan lagi di rumah dan aku lambat bangun untuk memesan makanan)

janganlah kau menangis

janganlah kau meronta
janganlah kau menjerit

andai tangisanmu kedengaran
andai rontaanmu kelihatan
andai jeritan membingitkan
aku turut terasa
kerana kita sama
berkongsi rasa dan cita
tapi apakan daya
menyesal tiada guna
orang berjaga kita terlena

ku harap kau akan tabah mengharungi hari esok
kerana ianya bukan waktu yang lama
walau derita kita melambatkan masa yang ada
tapi itu hanya mainan minda

ingatlah
ada yang lebih teruk dari kita
berikan kekuatanmu untuk hari esok
bersabarlah
wahai PERUTKU yang tidak sempat sahur

Saturday, September 20, 2008

SIAPA SEBENARNYA AKU?

Post mlm ni adalah untuk pembaca berkenalan dengan siapa itu pie sebenarnya.

namaku syapiei bin mohamad. aku dilahirkan pada 13 julai 1986 di hospital labuan. menurut cerita dari adik arwah mama, aku ni dlu gemuk. bulat dan yang pasti seorang bayi lelaki hitam manis yang comel.hehehehe...

aku sudah mula membaca ketika berumur lingkungan 4 tahun. adik bungsu arwah mama yang ajar. ajar membaca melalui lagu aishah. best jugak... umur aku 5 tahun aku masuk ke tadika perpaduan pkampung aku. sebelum aku terlupa, aku tinggal di kampung patau-patau 1. jadi, aku tadika di tadika perpaduan kg patau-patau satu. tahun pertama aku tadika, aku pendiam sikit. tahun kedua barulah aku aktif. aku jadi ketua kelas.aku join menari. aku ikut pertandingan kuiz. best la.

masuk aku tahun satu, aku sekolah d s.k. patau-patau. masa ni aku kelas 1 mawar. kelas corot. hehehe... aku pernah lari dari sekolah masa ni. sbb senior aku pkul ak. for no reason. arwah mama dtg sekolah. tp ok la pastu. pagi aku sekolah agama di skolah rendah agama islam patau-patau. aku x igt sgt la knangan aku masa ni.

masa aku mla skola agama ptg baru ada knangan sikit. masa aku drjh lima, aku ikt ptndingn kuiz smpi wakil labuan. masa aku drjh lima juga ak ikt ptndgn tilawah al-quran. masa aku drjh lima juga, aku buat psmbhn ulek mayang. ak jd bomoh.hehehe... masa aku drjh enam, aku ikt byk aktvt, tp memori ak lmah mo igt blik... masa ni aku pki songkok pg skola...alim la konon...tp pas UPSR songkok pn terbang. UPSR aku dpt 3A2B...alhamdulillah juga la...

skolah menengah aku skola d st.anthony school....



nantikan sambungan aku...hehehe

Ode Pemerhati Kembar Sejati Dihalau Pergi

akulah yang menjadi saksi
melihat kembar itu dihalau pergi

tapi
aku bukan sebacul ini
yang hanya tahu mmemerhati
memasang simpati di hati
marah tebakar semakin meninggi
kembar selipar dihalau pergi

tinggal apa menjadi ganti?
kenapa dihalau pergi?
tidakkah mereka punya simpati?
dibiar masuk menjadikah rugi?
atau tugas untuk meninggi diri?

kembar sejati
aku hanya pemerhati
kita bukan siapa-siapa di sini
aku juga mengerti
hidup menumpang tidak terperi
menagih simpati
untuk masuk library........



p/s:ditulis sementara menunggu makanan sampai...hehehe...to encik simi ini balasan ode mu...

Friday, September 19, 2008

Finally...

wuaaa...

finally i finish doing my assgnmnt...
tp baru satu...
lg banyak menunggu...
nnt la sy update blog ni lg...
ms ada mood mnulis...

Wednesday, September 17, 2008

Kehidupan semalam.

Ingin aku berkongsi apa yang aku lakukan semalam.

Pada awal pagi, hujan turun dengan lebatnya dan sedikit sebanyak hujan ini menggugah semangatku untuk pergi ke kelas. Tapi mungkin tekadku untuk kembali berjalan di jalan yang kurang berduri membuat semangatku lebih kental. Aku teruskan ke kampus dengan menumpang teman serumahku Akmal. Sesampai sahaja aku di kelas, belum pun sampai 20 orang pelajat di dalam. Sabar menunggu sehingga kelas bermula. Jiwaku berubah menjadi kacau kembali. Apa aku ini dilahirkan sebagai seorang yang sensitif? Kelas hari ini membincangkan jenis poetry. Pensyarah sempat menerangkan berkaitan sebuah puisi berkaitan kasih sayang terhadap ibu bapa. Sudahlah jiwaku memang kacau dengan isu ini, bertambahlah kacau jadinya. Aku keluar dari kelas untuk menenangkan diri walau pun aku tau air mata yang menitis ini disedari oleh teman-teman kelasku.


Tamat saja kelas aku menapak menunggu bas untuk pulang ke rumah. Niat di hati hendak mengulangkaji untuk midterm petang, apakan daya. Aku lebih gemar mengikut kehendak mataku yang mula layu. Lelaplah mata. Bangun saja dari lelap, aku tau aku hampir terlewat midterm. Nasiblah setiba saja aku di dalam kelas, midterm belum pun bermula. Tamat saja midterm dan kelas lebih kurang pukul 6 petang. Aku yang menumpang kawan pun memulakan perjalanan penuh semangat untuk pulang berbuka. Kami tersangkut di jalan yang banjir. Kami sampai di bazaar dan berbuka dengan air kelapa dan sedikit ’makanan’ tambahan. Baru saja bercadang balik, kami diajak makan. Layanlah dulu perut yang sudah mula berkeroncong. Selesai makan kami pun balik.


Belum pun panas duduk, teman sebilikku mengajak aku menghadiri rapat umum kolej kediaman E. Layan sajalah. Yang menjadi lawaknya ketika rapat umum ni, hampir semua calon yang menampilkan diri menaburkan janji-janji manis. Sehinggakan ada calon dengan berani berkata isu birokrasi. Sangat hebat. Tapi calon tersebut telah menonjolkan kebodohannya dengan mengutarakan isu birokrasi tetapi tidak bersesuaian dengan masalah yang ada. Ada pula calon yang terlampau gemuruh sehingga menyebut nama sekali lalu menerangkan manifesto. Pelajar lain pun nak tau nama kak oooiiii...


Kami cuba untuk melihat sejauh mana kehebatan rapat umum kolej AB pula. Setiba saja kami, hanya kesunyian melanda. Dah tamat rupanya. Pulanglah kami ke kolej Indah Permai. Pagar utama telah ditutup. Rupanya fire drill akan dijalankan. Melihat kepada latihan kebakaran ini, mungkin tidak terlampau saya katakan banyak pelajar yang telah mati terbakar kerana tidak memperdulikan siren bomba yang berbunyi. Hehe... tapi saya agak terkilan sedikit apabila penganjur membuat perbndingan pelajar kolej kediaman IP ini dengan kolej dalam kampus. Tidak keterlaluan saya nyatakan, kolej IP bukan tidak peka dengan bunyi siren. Semua ini terjadi akibat terlalu kerap mendengar siren bomba, ambulans dan lain-lain yang sering melintas di jalan utama yang berhampiran kolej. Dan tidak melampau saya katakan, pelajar kolej IP tidaklah se’jakun’ pelajar kolej dalam. OOOPPPSSS...


Selesai perbincangan dengan penganjur, bomba dan pengetua kolej, saya kembali ke rumah dan mandi. Lewat malam da rupanya. Saya pun tidur sekejap sementara menunggu waktu sahur.


P/s: Kolej kediaman Indah Permai tidak mengadakan pilihanraya kolej kerana tidak mencukupi calon. Menang tanpa bertanding. Hehehe... kurang anggota sekarang. Ada nama cadangan? Selain saya.


Apa Yang Terjadi Kalau Jiwa Kacau.

Aku hilang tumpuan kembali.

agak sukar aku untuk memberikan tumpuan kepada perjalan hidupku di unversiti. selama ini aku cuba mencari jalan itu dan akhirnya entah di mana permulaan aku berjaya sedikit untuk memberikan tumpuan. malangnya termasuk hari ini aku sudah hilang tumpuan untuk kekal berada di jalan yang tidak semak samun. aku kembali berjalan di tempat berduri yang sengaja aku pilih.
apabila aku berjalan di tempat yang berduri ini, aku berasa aku semakin hanyut dengan dalam diri sendiri.

setiap kali jiwaku kacau, aku cuba lari dengan melelapkan mata. dengan alasan masalahku akan berkurang. itu tidak benar. masalahku tidak kurang. cuma aku ingin mencari sekelumit ketenangan dan kekuatan untuk terus melompat kembali ke jalan sebelum ini.


setiap kali begini, agak sukar untuk aku mengorak langkah yang selamat. aku sentiasa tertanya-tanya kenapa begini. apakah aku yang lemah. sentiasa aku berasa aku yang lemah berhadapan semua ini. sebelum ini setiap kali aku berjalan, aku akan dipimpin oleh seorang wanita. tapi semenjak ketiadaannya aku menjadi semakin hanyut. aku tidak pedulikan semua duri. tapi aku perlu terus kuat untuk memiijak jalan berduri yang aku pilih ini.


Seakan inginku berteriak kepada langit... mengapa lagu takdirku sumbang? tapi biarlah... aku lebih bimbang liriknya menyimpang...
ini yang sering bermain di minda kecilku. terima kasih ucup. kata penuh makna.



Tuesday, September 16, 2008

PERASAAN APAKAH INI?

entri ini ku tulis ketikaku baru sahaja bangun dari tidurku.

apakah sebenarnya mimpi? aku menafsirkan mimpi itu sebagai satu elemen dalam tidur yang boelh diingati tapi agak sukar diingati dengan sempurna. mimpi ini boleh mengganggu tidur kita. akan tetapi mimpi ini kadang kala membuat kita melakukan sesuatu yang tidak akan dapat kita lakukan di alam realiti.

mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menulis perihal mimpi ini pada pagi buta seperti ini. apakah saya tidak mempunyai modal untuk menulis lagi. saya katakan tidak kepada kemungkinan itu. saya menulis entri kali ini adalah bertujuan berkongsi perasaan saya. saya telah bermimpi sesuatu yang saya tidak akan dapat lakukan di alam realiti. pada mimpi itu, saya telah berjumpa dengan wanita yang sempurna. wanita yang menjadikan saya seperti hari ini. saya berjumpa mama.

pada awal mimpi, saya agak hairan apa yang terjadi. saya bagai berada di tempat yang saya biasa tapi tak tahu di mana. saya teruskan juga pencarian yang tidak pasti. akhirnya saya tiba di sebuah hospital. saya tidak pedulikan pesakit yang lain. akhirnya pencarian saya berhasil apabila menjumpai mama. mama tidur masa tu. saya hanya berbaring melihat mama. sayu hati saya masa tu. tapi mungkin naluri keibuan itu kuat, mama bangun lantaran menyedari kehadiran saya. suasana ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. bagaimana perasaan rindu saya selama ini terikat terkurung. mama bangun sambil mengusap pipiku. mama tersenyum. tapi kenapa tidak berkata apapun. mama... anak mama rindu mama. kenapa mama tidak berkata sepatah pun. mama... mama mesti ingatkan anak mama yang seorang inilah yang paling rapat dengan mama...


mama ingatkan puisi yang anak mama karang...

PUISI BUAT MAMA.

(al-Fatihah buat Norjanah binti Mohd Kassim)

Mama

Inikah hakikat yang wajar anakmu ini terima?

Benarlah apa yang sering dikata

Kita akan lebih menghargai seseorang andai dia telah tiada

Tapi mama

Bagai semalam engkau mengucup dahiku

Bagai semalam engkau bersengkang mata melayan karenah manjaku

Bagai semalam aku melihat deritamu di pembaringan

Tatkala mama derita terlantar menahan sengsara

Hati sang anak perit melihat kesengsaraanmu mama

Aku tahu kau cuba untuk menahan sengsara

Agar aku tidak gusar

tidak gundah

tidak gelisah

Tapi

Naluriku sebagai anak mengerti

Aku hanya mampu melihat deritamu

Namun aku tidak berdaya berbuat apa

Hanya doa mampu kupohon

Tawakkal kutanam

Melakar ceria agar gembira mampu menjadi ubat

Namun ceriamu hanya untuk mengubati kerisauan sang anak

Hari ini semua itu hanya kenangan bersama mama

Aku redha dan terpaksa tabah

Namun mama

Anak mama ini lemah bila bersendirian

Anak mama ini masih mendamba kasih seorang ibu

Anak mama ini menjadi penagih rindu

Rindu sejati yang pasti tidak kesampaian

Mama

Malam ini anak manja mama ini menangis lagi

Titis mutiara kasih ini terurai untuk mencari kekuatan

Bukan untuk menyeksamu di sana mama

Mungkin mama ada memerhati anak mama ini sedang menulis warkah hati

Mencurah coretan hati yang penuh seksa

Anak mama ini derita mengenang kenangan

Mama

Ini ramadhan pertama tanpa mama

Maknanya ini juga syawal pertama tanpa mama

Sedih

Anak mama ini bagai tidak sanggup menerima ketibaan sedihnya syawal tahun ini

Apalah maknanya syawal ini tanpamu mama?

Tiada lagi senda gurau mama

Tiada lagi kasih mama memaafkan anaknya di pagi mulia

Tiada lagi meriah syawal bersama mama

Mama

Anakmu ini akan menabahkan hati untuk orang lain

Mama tentu tahu perangai anak mama ini

Kuat di depan orang

Namun lemah terkulai sendirian

Syawal ini

Anak mama akan melawat pusara mama

Tunggu anak manja mama ini syawal nanti

Ya Allah,

Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayang-Mu

Demi memelihara kesejahteraan mama

Kerana kutahu hanya-Mu ya Allah

Yang mampu menjaga diri mama di sana dengan baik

Amin.

Ahad. 15.10.2006. 2.30 pagi


Monday, September 15, 2008

SHARING INFORMATION

"have" and "has" are present tense:

I have, you have, she has, he has, it has, they have

"have had" is a combination of two verbs: present tense "have" and its past perfect object "had" + _____, like this,

I have had dinner. (I have eaten dinner)
I have had a bath. (I have taken a bath)

"had had" is a combination of two verbs: past tense "had" and its object,

If I had had a hammer . . . . (past conditional)
If I had a hammer . . . . (present conditional)

"had has" and "had have" are not combinations in English. The opposite, "has had" and "have had", are combinations:

She has had a cold for two weeks now. / She's had a cold.
They have had a cold for two weeks now. / They've had a cold.

"has had" is for third person singular subjects (she, he, it), and "have had" is for the other persons and numbers (I, you, they).

"Had have" isn't a combination in English.


quote from tesl groups.

PEMIKIRAN SEORANG KECIL.

pemikiran ini berlaku sebelum saya tidur kira-kira selepas asar tadi.

saya adalah antara manusia yang mengalami kesukaran untuk tidur. maka sebelum tidur saya akan menghabiskan masa dengan berfikir apa yang saya lihat dan dengar sebelum saya melelapkan mata.

saya memikirkan tahap kreadibiliti mahasiswa/i UMS selepas graduat nanti. perkara ini timbul apabila terkenang perbualan saya dengan rakan-rakan yang lain malam semalam. rungutan yang keluar dari mulut mereka lantaran subjek yang diambil memerlukan kerja amali makmal menjadi subjek teori di atas kertas semata. perkara ini terjadi akibat kekurangan peralatan di dalam makmal di UMS ini.

perkara ini mengheret saya memikirkan apa yang pernah pensyarah saya katakan. guru lepasan UMS tidak mampu bersaing di dunia sebenar. terfikir sejenak merenung apakah aku sudah bersedia menghadapi alam pekerjaan sebenar. mendengar cabaran berunsurkan penghinaan itu membuat bakal-bakal guru kurang motivasi mendidik. benarkah? tepuk dada tanya selera.

akibat fikiran yang semakin bercelaru, saya sempat memikirkan usaha pihak UMS untuk menguatkuasakan peraturan pakaian pelajar. perkara pertama yang terlintas di minda ialah perpustakaan. perpustakaan UMS adalah tempat yang taboo bagi mereka yang tidak menggemari cara pemakaian yang sempurna. tapi timbul persoalan di kepala saya apabila UMS tidak mempunyai kaedah pengukuran yang sempurna dalam menilai sejauh mana kesempurnaan pemakaian seorang pelajar. ingin saya bawa senario di mana seorang pelajar lelaki yang tidak memakai tali leher dihalang untuk memasuki perpustakaan. katanya pemakaian formal lelaki adalah wajib untuk memakai tali leher. malangnya apabila saya melihat pemakaian wanita yang dilepaskan masuk, saya mula terfikir apakah wujud diskriminasi gender dalam menilai keformalan pemakaian pelajar ini. timbul lawak apabila ada pelajar lelaki yang bekata lebih baik saya pakai baju perempuan senang masuk. yang terbaru saya lihat siang tadi apabila saya lihat staff perpustakaan sendiri tidak memakai tali leher. apa rasionalnya pelajar lelaki dihalang memasuki perpustakaan andai staff tidak mengikut peraturan yang sama. adakah peraturan ini hanya 'menjadi auranya' kepada mahasiswa semata.fikirkan...

tidak lama selepas saya berfikir rasional perkara ini saya pun terlelap.

Sunday, September 14, 2008

POLITIK TANAH AIR

Teringin saya ingin memberi pandangan peribadi berkaitan politik tanah air. Walau pun terdapat rakan-rakan yang menyatakan bahawa saya hamper diracuni oleh pembangkang. Saya tidak menyatakan sokongan saya terhadap pembangkang. Saya bersifat neutral yang sudah mula condong sedikit ke arah kiri.

Kita soroti semakin huru hara pentadbiran negara saya lihat. Bagaimana kecundangnya BN untuk mempertahankan majority mudah dalam pilihan raya Mac lalu. Bermula detik itu pentadbiran di bawah pimpinan PM semakin kelam kabut. Pelbagai isu timbul. Saya tidak ingin menyentuh hal ini.

Kita tinjau pula suasana hari ini. ISA menjadi isu hangat. Mungkin agak keterlaluan ISA ini. Saya agak tidak bersetuju penggunaan ISA ini. Akan tetapi dari sudut pihak kerajaan mungkin perkara ini bertujuan untuk mengawal keadaan yg sudah berterabur ke sana sini. ‘put yourself into their shoe’. Saya andai di pihak kerajaan akan menyokong langkah ini.

Isu penahanan Teressa Kok dan dua orang lain saya rasakan tidak wajar bagi negara demokrasi. Akan tetapi, dari sudut pandangan saya, Teressa Kok agak berlaku kurang ajar apabila mempersoalkan papan tanda dengan tulisan jawi

(xtau nak tulis pa da.lu pikir la sendiri)

Saturday, September 13, 2008

SIMPLE THING WITH EVERYTHING

BUAT RENUNGAN PAGI INI

WAIT AND SEE.


Friday, September 12, 2008

nite of mistakes...

its funny in the class last nite...
seems evryone make mistake...
its start when we ask to discuss task given...
fanella said sumting about a girl...she wanna said that girl always speaking English where eve she go...fanella said speaking-peaking...sounds funny...then nikita wanna said 'work'...word came from her mouth 'walk'lol'...after lidwina present our work, Kak Nik(mcm mesra ckit) ask about similarity(i think so), then nikita said similiar...we laugh...
hehehe...great time with them...but still less person in our group...ibrahim didnt join us last nite...
he make jokes also...partner in crime ibrahim, wan(look at the post b4 if wanna know about wan) absent last nite...if he there last nite, class gonna be crazy...hahaha
ok thats all...
tired typing...

Thursday, September 4, 2008

i am so sorry

sher...i am so sorry...

what a damn feeling...i hate when i am feeling sad...its hurt...i remember her...she's nice...but i don't know...we are not close friend...we are just friend...just a course mate at all...nothing more...but seems i am too sad...

i am very sorry sher...if you are here now, you will know how TESLian really loving you...

Rest In Peace Sherliana...TESLian will always miss u...