Tuesday, March 13, 2012

Kisah Berahi

Luruskan urat itu
Bukakan rongganya
Biarkan mengalir
Walau pun lesu
Perit sedikit
Sakiti tidak mengapa
Akulah dia.

-Nafsu-

Monday, March 12, 2012

Gagal

kadang rasa tidak mampu
hijab tenang aku sarungkan
agar bisa gelora aku sembunyi
aku tak mampu menahan
akhirnya telanjang walau hanya diam.

Friday, March 9, 2012

Bogel Emosi



Telanjangkanlah kalau perlu

Perit yang mencengkam

Sepi yang mengusik

Kadang gusar menikam

Kadang hati berbisik

Persetankan semua rasa

Jangan biar jiwa mati

Jangan lacurkan rasa sendiri

Telanjangkanlah emosimu kalau perlu.

Thursday, March 8, 2012

Aku tidak mahu sendiri. Jiwa Kacau.

Tuesday, March 6, 2012

Jalan Kaki

Saya penat. Tapi saya puas dengan apa yang saya buat. Serius. Biarlah saya penat. Saya puas. Merungut tu biasalah. Tapi janganlah bila saya berusaha, ada yang macam sial pulak.

Sunday, March 4, 2012

Masih denai

Aku ingat aku sudah nampak hala tuju denai ini menuju ke mana. Hakikatnya, setelah aku mampu untuk berjalan dengan tidak bertatih, aku mula nampak sesuatu yang semakin kurang pasti. Kadang aku keliru. Denai ni semakin sempit atau perjalanan ini semakin menjauh. Langkah mula aku percepatkan tapi semakin aku percepatkan, aku semakin letih dan tidak pasti apa tujuan. AKu mula mengorak langkah lemah yang keliru. Ah, denai ini menuju ke mana? Denyut kepala semakin menyeksa bila fikir mula panas mencari punca. Dari belakang ku dengar suara lembut menyapa. "Kita kan berjalan bersama? Tidak perlu gusar semua. Ayuh tenang dan melangkah sahaja."


Sunday, February 26, 2012

Saja



Orang cakap masa bujang ni la kita mau jalan ke mana saja kita mau. Boleh aku cakap, aku mau pakai duit untuk kawin dan berkeluarga. And biarlah anak aku saja nanti besar jalan-jalan.


Sunday, January 8, 2012

Denai yang sama


Denai ini masih sama. Cuma lalang tidak kelihatan. Derap langkat memijak dedaun kering seperti satu irama pilu. Aku ikut. Nampak di depan. Aku percepatkan langkah. Laju meninggalkan. Aku tetap merapati di belakang. Semakin menjauhi. Denai terasa sunyi. Hanya derap langkah. Melihat dari belakang seperti ingin membiarkan dan berhenti. Berehat melihat jarak yang semakin jauh. Memerhati kaki berdarah yang tidak beralas. Kasut yang berikan sememangnya sudah buruk hina. Mungkin di depan ada yang mampu menghulur. Mungkin aku patut membiarkan jarak semakin menjauh. Mungkin aku patut sendiri melihat sekeliling denai. Masih belum selesa. Hanya tanah merah yang basah dek hujan. Bertatih lalu terjatuh sehingga kotoran selur melekat menutup darah luka. Langkah semakin perlahan. Jalanlah. Kalau berhenti, tunggulah. Aku akan ke sana. Di denai ini, aku tidak berteman. Kalau denai ini tidak selesa dan aku merimaskan, teruskanlah berjalan. Mungkin di depan ada jalan keselesaan. Aku akan terus menelusuri denai ini. Dan kalau kau masih di denai ini, aku akan ke sana.

Friday, November 18, 2011

Bye.

Lama juga aku diam.

Kerja di sekolah tidaklah sesibuk mana. Sibuk juga sebenarnya. Tapi pening kepala ni fikir. Malas la jadinya.

hurmmm...

.......

...

Tidak tahu mahu tulis apa lagi. Bosan. Bye.

Wednesday, October 26, 2011

FUCK kah aku?

Aku FUCK!
Aku tidak baik
Aku tidak jahat
Tapi aku tetap FUCK!

Aku perlukan orang
Tapi aku juga FUCK!

AKU FUCK!

Tuesday, October 25, 2011

Apa beza dua ni?

Kalau lelaki ditinggalkan perempuan sebab kurang menumpukan perhatian kepada perempuan, itu namanya PADAN MUKA LELAKI.

Kalau lelaki tinggalkan perempuan sebab kurang mendapat perhatian daripada perempuan, itu namanya CURANG.

Apa bezanya dua ni?

Manusia.

Apa maksud dia ni?


Aku tidak suka sakit seorang.

Monday, October 17, 2011

Hidup

Lama terbiar. Sebab layout agak memeningkan. Ahaha. Hampir setahun sudah aku berkhidmat sebagai guru. Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Bengang pun ada jugak.


Kaki melangkah meninggalkan tapak yang takkan hilang
Tidak kelihatan di akhir waktu
Tapi jelas di kenangan yang aku lipat kemas
Sekadar peringatan
Sekadar sejarah yang teguh
Sekadar kerinduan pada masa silam

Langkah kadang laju
Kadang perlahan
Kadang aku mahu berhenti melangkah
Aku buka lipatan kenangan yang kusam
Supaya menyedarkan
Aku sentiasa akan sedar
Di mana kedudukan
Di mana kesilapan
Di mana hujung yang takkan padam

Aku biarkan
Aku ikuti arus yang tidak perlahan
Kadang ku telan hingus terbuang
Tapi ku lawan arus mendatang
Aku tidak mahu sentiasa ditendang
Aku mahu hidup
Hidup
Hidup
Dan terus hidup.

Sunday, October 2, 2011

Thinking alone can only cause problems but it won't cause problem if you are the king of single boredom.