Sunday, April 19, 2009

Cerita Diari Diri(aiks....)



Sebenarnya aku agak tertekan dengan PSM dan exam. Aku rasa I need some rest. So semalam awal pagi aku keluar ke kampus untuk tengok resital graduan muzik. Ada 14 pelajar yang akan mempersembahkan susunan muzik mereka melalui persembahan orkestra. They are so good in this. Aku tertarik dengan persembahan Benzi. Asrul, Encik and Nancy datang lambat sikit. Ehehe... Finish with the orchestra, they wanna go to the 1B. Aku terjoin sekali. Sebab aku rasa aku perlu sesuatu untuk merehatkan diri.

Sesampai kami di 1B, kami abiskan masa dengan berputar-putar pusing 1B. Mula-mula masuk kedai buku Harris. Excited jugak aku. Tapi budget tidak mengizinkan. Ada 2 3 buah buku yang aku suka. Lepas dari sana kami keluar masuk kedai lain. Actually organizer Asrul. So just follow Asrul. Ehehe... Penat pusing-pusing, we end up to take a drink at Apple Cafe... Apple ke ek? Entahlah... Sempat la aku snap 2 3 keping gambar.

Gelagat Nancy and Encik masa minum. Ehehe. Seperti biasa Encik cuba untuk sembunyikan muka. Apa pandangan kamu semua bila dorg dua ni kita pasangkan?Ehehe

Ni la plak gambar organizer... Mula-mula x perasan kena snap. Then it turn to pura-pura terkezut... Pastu marah konon... Ehehe...

After kami minum ni, konon-konon aku mo balik la. Its around 5... Then I ask them to accompany me go to the front of 1B. Tiba-tiba Asrul cadang going to KK... Layan la. Pastu patah balik belakang sebab hati mau rasa naik bas free going to Warisan. Sekalinya 6.30... Pergi depan la semula... Kami naik bas pastu sampai KK cari tandas dlu. Moral of the story, jangan minum d 1B... Sebab sejuk sangat...

Kami masuk ke CP. Di CP Asrul masuk Gior beli Plain T...Pastu kami abiskan masa dengan pusing-pusing jap. Nancy plak tengok-tengok sandals. Aku and Encik waiting outside the kedai la. Malas join masuk. Ehehe... Sempat aku snap Encik di luar kedai dengan beg Nancy...

Comel plak dia bawa beg Nancy. Caring siot... Ehehe...

While we are at CP kn, sempat aku snap 2 3 gambar yang aku rasa aku teruja. Senyum dan ketawa berpanjangan...

Iklan tuk buat spek. Try baca reading problem. So if u have problem to read buku yang tebal-tebal, u can buy the speak la. Ahahaa...

Ni plak aku baru tau. Usahawan tu satu jawatan. Jadi kita mo apply jawatan usahawan ni macam mana a? Kalau ada jawatan jutawan aku mo jgk la...

Siapa-siapa yang mahu apply jadi Usahawan tu goodluck ok... MengSMS tu aku fikir 2 3 kali... Ehehe...

Pas je settle semua urusan Asrul and Nancy di CP, kami ronda plak Warisan. Sini Asrul and Encik tengok kasut. Asrul beli kasut New Balance. Aku and Nancy lepak luar kedai kejap. Camwhoring. Tapi aku baru perasan. Jalan-jalan tapi gambar aku tiada pulak kan. Aku cek HP, mmg tiada gambar aku. Huhuhuhu...

Nancy jadi penyambut tetamu restoran. Barcelona tertulis depan cafe ni....

Aktiviti ronda meronda ni kami tamatkan di Pasar Filipin. Kami makanlah di sini. Pastu aku tunggu bas area pasar tu. Tunggu punya tunggu, bas xjgk muncul2. So aku decide la pg tunggu City Bus. Rupanya bas yang tunggu di sana. Ahaha... 

Untuk tatapan gambar terakhir dalam entri kali ini...

Semasa dalam bas aku balik, aku fikir something supaya aku xtertidur. Aku ada terbaca satu cerita persahabatan. Mereka boleh dikatakan baru saja berkawan. Tapi bukanlah baru sangat. Berkawan hampir 3 tahun jugak. Bila masuk tahun ketiga dorg ni berkawan, ada satu pasangan ni sebenarnya sudah mula bercinta. Tapi mereka cuba merahsiakan. Mereka sering bersama. Keluar makan bersama. Belajar bersama. Kawan perempuan ni selalu menafikan dan menidakkan. Yang lelaki pula selalu mendiamkan diri atau hanya ketawa sahaja. One day, masa mereka makan, kawan ni nampak la kemesraan mereka lebih dari biasa. Masa mereka hendak balik dari makan, mereka berpegangan tangan. Mungkin kawan ni salah nampak, tapi macam pegang tangan. Mesra tapi lebih dari kawan tapi masih cuba menidakkan. Aku stop membaca cerita tu. Sebab bagi aku pasangan tu penakut. Kenapa tidak berterus terang. Apa perasaan kawan-kawan lain? Mereka sudah berkawan lama. Kawan-kawan aku akan bagi sokongan. Dari berdiam diri, nanti ada kawan akan terasa sebab kamu merahsiakan. Ada kawan yang terpaksa menipu apabila rakan yang lain bertanya mereka berpasangan atau tidak. Kawan terpaksa menafikan kerana kawan tidak tahu. Cuba mengatakan ya, takut pula dikatakan memandai... 

Sampai saja aku d IP, aku terasa sangat penat. Aku masuk rumah, berehat la sekejap. Pastu aku masuk bilik. Tanpa mandi aku baring. Niat baring kejap sbb mau mandi. Tapi baring ja, terus lelap mata. Thanx guys sbb bawa aku jalan.


-Sendiri berlagu sepi. Ramai berlagu memori.-

Saturday, April 18, 2009

Siang menjadi malam.


Mencari makna bukan satu yang senang. Aku cuba untuk mencari makna Adil dalam hidup. Apa benar benar itu sakit? Apa hidup itu memang sakit dan payah? Aku cuba juga untuk menerima hidup itu satu yang sangat gembira. Tapi bila aku buka lembaran sejarah. Setiap yang gembira mesti akan berakhir dengan kesakitan. Kenapa? Apa perlu kita hidup terus dalam sakit supaya kita lebih selesa dalam kesakitan. Atau mungkin kita sendiri yang lupa sakit itu membuat kita dekat dengan-Nya.

Berbalik kepada apa yang adil. Ketika dalam perjalanan pulang dari kampus petang tadi, sempat aku bercerita dengan seorang senior di dalam bas. Dia cuba mempersoal penempatan di atas tanah Rizab kerajaan. Aku lupa bagaimana perbualan kami berlanjutan kepada bagaimana penempatan masyarakat pedalaman Sarawak. Mungkin aku berbicara atas dasar emosi semata. Tapi cuba kita renungkan masyarakat yang sudah biasa tinggal dikelilingi hutan. Mereka bagi aku sewajarnya diangkat sebagai aktivis sumber alam. Mereka menggunakan sumber alam sebagai mempertahankan warisan bangsa. Akan tetapi timbul konflik yang menyatakan ada pihak akan mengambil tanah mereka itu andai tidak diusahakan. Pengusahaan tanah menjadi ladang kelapa sawit dengan pemusnahan hutan. Aku menjadi begitu hairan apabila ada pihak yang mengarahkan agar hutan dijaga untuk menjadi warisan. Tapi dari pihak yang sama mengarahkan agar hutan diusahakan dan andai tidak menurut perintah, tanah akan diambil balik. Ke mana sebenarnya hala tuju dasar pihak itu. 

Pada minggu depan peperiksaan akhir sudah bermula. Aku rasa seperti bukan peperiksaan. Aku sendiri hairan sebab aku sangat cool macam aku sudah sedia untuk menjawap. Hakikatnya aku belum pun membuka sebarang nota yang memang aku tidak salin.

Bulan Jun aku akan mula melakukan latihan praktikal. Waduh. Gawat deh. Aku sama sekali tidak menyangka masa berlalu dengan cepatnya. Kalau masa itu pedang, aku pasti sudah mati ditetak oleh masa.

Hari Rabu lepas aku baru selesai berDEKON. Pada dasarnya pada festival DEKON ini aku cuba melihat sejauh mana bakat pelajar Tahun Satu dalam melakonkan sesuatu. Aku lihat usaha yang tinggi dalam kalangan pengarah untuk membentuk pelakon ini. Aku begitu tertarik dengan dua tiga orang pelakon tahun satu yang aku rasakan mempunyai keunikan tersendiri. Aku sendiri kagum dengan kebolehan mereka. Malahan pensyarah turut memuji dengan apa yang mereka persembahkan. Cuma bagi aku penjelasan bagaimana DEKON sebenar berdasarkan interpretasi pensyarah itu wajar dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.

Di mana suda aku melalut ni ek... Aku stop la... Nanti lagi sambung... EHehe... BTW mcm mn ayat ak???skema ka suda?


-Kalau boleh Ku carik lembaran sejarah agar mampu kulupa. Pasti tidakkan kuingat sakit yang menimpa. Tapi bila kulupa sakit menimpa pasti gembira hilang sama dalam duka yang lara.-

Friday, April 17, 2009

Friends

Azri(He will try his best for his friend)
Thanks to God for letting me know him.
Do your best in your long journey of life.

Afiq(At HEP list, he was my roommate)
Arsenal fan.
Quite keras kepala.

Hilal(Cool)
Giving me some motivation to write and to speak.
Freedom of speech.
I always say that he is gay.(For a joke between us)


Aku saja nk letak gambar lelaki je... Yang lain jangan duk marah dulu ye... Gambar korg xde lam simpanan aku. Dr.Hafiz xde... Su pun xde... Gambar atas ni aku ambik masa Debat Sembang Kopi...
Good luck in your life guys....


Untukmu Teman 

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

-Brothers-
Lagu nasyid-

-Ingin aku berjumpa dengan pertemuan untuk bertanya kenapa kau ada.
Ingin aku berjumpa dengan perpisahan kenapa kau tiba
Tapi biarkan.
Semua itu lumrah dunia.-


Thursday, April 16, 2009

Festival DEKON UMS '09

Selesai sudah Festival Dekon UMS.

Anugerah Khas Juri : ANGKARA (Karya dan Arahan Mohd Soffi Mislin)
Skrip Dekon Terbaik : KESUMAT (Karya Mohd Anuar Hashim Syah)
Anugerah Dekonis Harapan : Azrie (AKHIR PENCARIAN INI)
Anugerah Pengarah Harapan : Toh So Peng (NASIB)

Johan : NASIB (Karya dan Arahan Toh So Peng)
Naib Johan : KESUMAT (Karya dan Arahan Mohd Anuar Hashim Syah)
Ketiga : AKHIR PENCARIAN INI (Karya dan Arahan Hasimah Abdullah)

Semoga dengan bertandanya titik mula semula ini, DEKON tidak akan mati lagi di Universiti Malaysia Sabah. Tidak dilupakan ucapan selamat 'mematahkan kaki' untuk Produksi yang mewakili UMS untuk Festival DEKON MAKUM.

Sunday, April 12, 2009

Members of the Floor ( Those people always with me study. Ek. Study???)


Ni la member-member yang aku selalu habiskan masa sama-sama. 
Sama-sama lapar masa di library then terus makan di cafe library.
Or member assignment.
Ada lagi sebenarnya, tapi aku ngantuk da.


Nancy (Ehehe... Buat la muka begitu lagi lam kelas... Kan masuk sudah dalam blog... Ehee)

Nikita (Candid in the library)

Faye (Driving pas printing assignment. Tapi file corrupt)

Encik Simi (Stone mata sbb ujan ka?)

Wan (Baju ijau. Fokus konon)

Lidwina (Thinking bout Hafiz. Serious???)

Janius (Apa tengok2?)


Me@Pie (Kenangan bersama lukisan Zaen)

Akan ada gambar TESL lain akan menyusul. Nantikan...


-Members of The Floor-

Saturday, April 11, 2009

Harapan Pendidik Muda


Di satu ketika
Aku hanya melihat kain putih di dalam kedai itu
Teringin aku mencorak kain putih itu menjadi kain yang hebat
Tapi tidakku pasti 
Mampukah aku untuk mencorak kain itu
Kuperjudi nasib turun ke gelanggang belajar mencorak
Tapi aku mengerti
Ilmu tak pernah penuh di dadaku

Dulu
Aku hanya melihat dari jauh
Hari ini aku dibenar melihat dari luar kedai
Kain putih itu semakin dekat
Aku menjadi semakin takut untuk mencorak
Semakin aku belajar mencorak
Semakin aku takut memegang kain itu

Kain putih warisan masa depan negara
Aku sering bertanya
Mampukah aku?
Takut aku tercarik kain itu
Takut aku rosak corak mengharu
Takut aku kain itu tetap begitu

Aku hanya mampu menanti
Bersedia untuk masuk ke kedai itu
Dan mula mencorak kain putih kebanggaan mereka
Hanya doa mampu kupanjat
Agar kain tidakkan rosak
Corak sentiasakan cantik
Di hujung tangan pencorak muda


-Kecamuk melahir tinta-
-Lukisan karya Zaen. Model Opie.-




-Harapan pendidik Muda-

Friday, April 10, 2009

Pendeknya...


Aku dapat tempat latihan mengajar di SMK Apin-apin Keningau. Macam Excited aku. Tapi macam takut or nervous. This is my first time teaching as a teacher. Except for the assignment TLS... What will happen? Who knows... Just let Allah decide it. We just human being rich with weakness... Gambatte...


-Gambar tiada kaitan dengan post-

Wednesday, April 8, 2009

Suara Alam


Duduk di pangkin zaman
Sempat kulihat berenang ikan di tasik 
Sempat kujeling terbang burung di langit 
Sempat kutenung duduk monyet di hutan
Indahnya semua ini ketika dulu

Tapi semuanya bagai tinggal mimpi yang menjadi igauan
Rapuh pangkin tempat kududuk 
tidak kelihatan ikan di tasik
tidak kelihatan burung di langit
tidak kelihatan monyet di hutan
yang ada hanya sepi semulajadi
riuh manusiawi

Keruh di tasik
Asap di langit
Botak di hutan
Hanya ini peninggalan
Yang bakal jadi warisan

Jangan menuding jari ke arah sesiapa
Kerana semua dari diri kita
Manusia haloba tanpa fikir
Menyimbah tasik menjadi hitam
Membiar langit bertambah kelam
Merobek hutan menjadi lapang

Sedarlah anak bangsa
Tasik hitam, langit kelam, hutan lapang
Hanya pinjaman Tuhan yang tak mungkin berkekalan
Andai tangan kotor sentiasa menerkam tanpa fikiran

Angin alam bertiup menikam
Menyeru akal agar berfikir bertunjang kesedaran
Menghargai khazanah alam yang menjadi warisan peninggalan
Buat anak bangsa lain zaman.


12.36 a.m.
Kolej Kediaman Indah Permai


Suara Alam
-Biar alam menampi segala kebenaran-

Sunday, April 5, 2009

AKHIR PENCARIAN INI

Poster Akhir Pencarian Ini

Brochure(Depan)

Brochure(Belakang)

Ini merupakan pementasan DEKON aku yang pertama dalam hidup aku. Aku sering tidak menghadirkan diri untuk sesi latihan DEKON ini atas sebab-sebab yang tidak dapat aku elakkan. Skrip yang boleh aku katakan bagus. Datanglah beramai-ramai ke Dewan Resital 15APRIL2009 pukul 2 petang untuk menyaksikan DEKON AKHIR PENCARIAN INI.


In
i janji yang pasti

Walau hilang tak nampak
Aku tetap akan mencari
Biar ke hujung nyawa
Atau Akhir Pencarian Ini







Sis Nurul:Kalau boleh datang la. Nak tengok bro berlakon kan... Ni kira berlakon la jugak...

Saturday, April 4, 2009

D.I.Y Workshop

Aku baru saja balik dari Bengkel D.I.Y. di Damai Plaza. Boleh dikatakan kehadiran agak mantap. Memang merisaukan pada awalnya. Tapi akhirnya kehadiran begitu memberangsangkan. Bermula dengan launching website dari 'L' kemudian talk by August. I think what he said was true. We are equals. No brand can make us different. I don't care what people will said about me. Lepas saja dari talk tu, there are performance from August, Reza, Rezo, Riko and one of the SPTA lecturer(I forgot his name). Lirik lagu yang memang berbentuk kehidupan membawa kita untuk memikirkan bagaimana hidup itu sebenarnya. After that, screening documentary 10 Tahun Sebelum Merdeka. Actually I have so many things to say about this short documentary. But I should write it other time. Lepas tu ada screening untuk satu lagi documentary tapi aku lupa apa tajuknya. Sangat bagus untuk ditonton kalau anda seorang yang mahu menilai sesuatu kehidupan. After settle the screening, we move to learning how to do t-shirt printing. Its interesting. Selesai saja semua tu, kami semua lepak sekejap di Kedai Mamak. Then going home. Apa yang sudah dibincangkan wajar untuk dilakukan sesuatu. Apa dia? Itu berbalik kepada diri kita. Semua bermula dari dalam diri kita jua.

Friday, April 3, 2009

TESL NITE...

Settle Tesl Nite. Quite enjoyable... Ehehehe... but I'm doing something terrible I think... I dance on the stage when people singing... Not dancing actually... Just some movement... Ehehe...

People enjoy watching the performance. But as a technical crew, we feel like we gonna die... No experience with the lighting... I have to settle it down in split second... Ahahaha... Puas hati la...

I don't know what will be in the post mortem... But I don't really mind... Its just some opinion from others... I just need to listen to it right?

Most important thing, our senior being enjoy... Good job... Second year good job... Better I said, you guys rock TESL...ehehe...

Thats all... I'm at CC... Penat... Sakit... Gastric....

Thursday, April 2, 2009

Mencarut

Sudah lama aku x berblog. Bukan aku malas tapi buat masa sekarang ni, keadaan tidak mengizinkan. Modem rumah kami(A10-02) rosak. Mungkin sebab kilat hari jumaat lepas. Apa kan daya. Diam ja la. Dalam erti kata lain cuti.

Aku sebenarnya banyak mau suarakan ketidakpuasan hati. Tapi apa boleh buat. Rasanya semua sudah terpujuk. Jadi sunyi akibat modem yang rosak. OK

Salam cuti