Thursday, January 21, 2010

Maafkan aku.


Aku mula hilang tumpuan. Dalam keadaan macam ni aku perlukan bantuan. Aku memang tidak boleh hidup sendirian. Maafkan aku.

Kegembiraan cuba aku topengkan. Macam haram ja aku rasa bila aku ketawa. Ada jujurnya di ketawaku. Tapi peritnya buat aku sayu.

Malam ni aku rasa aku ingin minta maaf dengan semua org. AKu rasa aku menipu. Aku sakit. Sakit menelan segala rasa. Rasa yang macam babi.

Tuesday, January 12, 2010

Darah Setia


Memuntah darah derita.
Pekat hitam menyeksa.
Menjadi barah hidup manusia.
Apa ini yang aku anuti sepanjang masa?
Apa ini yang aku turuti setiap rasa?
Membiarkan darah derita sia-sia
Mengagungkan kisah hitam yang seksa
Lalu aku biarkan tenggelam di lautan yang maha dalam tanpa kata

Apa yang kita faham mungkin berbeza
Apa yang kita rasa tidak semestinya sama
Tapi jangan kerana perbezaan dan ketidaksamaan membuat kita luka
Kita hanya manusia
Kecil di tangan yang Esa

Cubalah untuk menerima
Dan jangan kita biarkan hirisan luka menjadi parah yang terbuka
Mungkin ini dugaan sementara dari kuasa yang Esa
Jadi setia bukan seperti Tuah bodoh membuta
Tapi setia dengan ikhlas jiwa


Indah Permai Januari 12, 2010.

Monday, January 11, 2010

Reading???


Reading Materials:

1. Locke's Goal Setting Theory on Motivation. (Extra Reading Material for Tutorial)Dr. Ling.
2. Punished by Vanessa Steel.(Novel).Borrow from Vera.
3. That We May Dream Again. (Singaporean Book).
4. Yasmin's Film by Amir Muhammad. (Ingat sudah habis baca. Rupanya belum).
5. Kumpulan Esei dan Kritikan Filem by Anuar Nor Arai. (Ni buku boleh K.I.V. Baca kemudian).

Rasanya habiskah aku baca minggu ni? Ehehee. Ada bahan bacaan lagi? Bagi aku. Supaya otak aku tidak berhenti untuk berfikir dan dapat merehatkan diri dari berfikir kesedihan.

Saturday, January 9, 2010

Ilham Qaseh Cinta


Haru biru aku terkesima

Lalu diriku menjadi hampa

Hampa tanpa mengira

Waktu atau siapa


Di hujung takdir aku menderita

Tapi aku mengerti kenapa

Lantaran aku hanya insan biasa

Insan yang tak punya apa


Menagih simpati dari yang Esa

Kerna aku hanya punya Dia

Tempat memohon segala

Pencipta dunia

juga pemilik kehidupan selamanya


Memberi kurnia ilham qaseh cinta

Tanpa mengira luaran manusia

Atau pangkat dan darjat semata

Hanya adil dari Sang Pencipta

Buat hamba yang masih setia

Dan tidak melupa

Jalan benar suruhan-Nya.



-Pie UMS-

9.15 PM

21/01/2009

Aku tidak menujukan puisi ini kepada diriku. Tapi bila kuselongkar koleksi puisiku, puisi ini tepat mengenai diri sendiri.

090110

Today.

God doing His job.

Think.

Wait.

WHAT???

5 A.M????


Blogged with the Flock Browser

Friday, January 8, 2010

Apa?

Author: ...
Reader: ???

Author: Dead.
Reader: ???

???

Blogged with the Flock Browser

Wednesday, January 6, 2010

Semester baru


Biasanya aku akan menulis semester yang bermula.

Mungkin kali ni agak lambat sedikit. Sebabnya aku agak derita dengan suasana. Mood aku untuk belajar terus terang agak kurang sedikit semester ni. Teringin jugaklah aku nak kembalikan mood tu.

Setakat ni aku cuma ambil lima subjek.
  1. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.(Sepatutnya aku ambil Tahun 1. Tapi malas ambil awal.)
  2. Penilaian Dalam Pendidikan Di Malaysia.(Mungkin ni la tajuk kursus. Ni macam agak derita.)
  3. Pengurusan Pendidikan di Malaysia.(Aku xtau lagi apa khabar kelas ni.
  4. Language Awareness.(Belum ada lagi yang sudi memberi kuliah untuk kursus ni.)
  5. Comparative Literature.(Aku harap kursus ni agak best. Harap2 la.)
Semester ni mungkin agak lapang. Aku rasa agak moody. Tak berahi.

Aku mungkin nak tuka layout. Tunggu la dulu. Setiap awal tahun aku tuka layout. Da tiba masanya aku tuka layout and kemaskini link2 yang ada.

Bye.
Blogged with the Flock Browser

Tuesday, January 5, 2010

Orgasme kesedihan


Aku mahu telanjangkan emosiku
tapi ereksi beraniku kendur.

Ku raba tiap sudut pelusuk emosi,
tapi berahi gembira makin menurun.

Horni sedihku memuncak.
Klimaks air mata hampir tercapai.
Lantas orgasme kesedihan terpancar.

-Syahwat perasaan-

Monday, January 4, 2010

Seks gila. Eh Teks gila.


Terangsang berbahasa.

Ghairah menulis.

Mencanak ayat.

Tapi akhirnya mabuk sebelum sempat berdayung.

Horni bahasaku mula hilang.

Ereksi kataku kendur.

Aku telanjang idea.

Dirogol kebingungan.

Diperkosa kebuntuan.

Hingga hilang dara tulisan.



p/s: Maafkan bahasaku.

Friday, January 1, 2010

BICARA INSAN (POST PERTAMA 2010)


Merenung 2009 di detik terakhir

Bisa terkenang pahit manis hidup yang penuh juang

Senyum tawa

Tangis duka

Semua asam garam sebuah kehidupan


Merenung 2009 di detik terakhir

Aku cuba untuk menidakkan sebuah pengakhiran

Kerna mungkin aku tidak bisa mengangkat beban kepahitan

Mungkin aku tidak bisa memikul perit jarum menikam

Mungkin aku tidak bisa menjinjing benarnya kisah hidup yang menyakitkan

Aku cuma inginkan ketenangan


Merenung 2009 di detik akhir

Aku sudah alah dengan kesakitan

Aku sudah biasa dengan kepahitan

Kerna ku yakin langit sering mengurniakan

Tenang yang mendamaikan

Sering kupohon sebuah kesabaran

Tidak perlu kesabaran sufi

Mahupun kesabaran nabi

Cukup sabar hakiki


Ingin kuucapkan selamat datang

Biar memeritkan atau menyakitkan

Tapi ini hakikat yang terang

Yang tidak bisa dinafikan

Dengan naifnya hatiku sebagai insan

Menerima ketentuan

Tahun Baru Selamat Datang.


Indah Permai, 311209.

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru???


Salam.
Hari ni hari terakhir 2009. Mungkin agak sakit untuk ditinggalkan. Mungkin juga satu penyelesaian. Atau satu permulaan. Malahan mungkin satu penantian. Semuanya kembali kepada diri kita diri sendiri. Ada yang gemar untuk menjadikan tahun baru ni sebagai satu titik mula berlumba untuk membuat satu azam. Entahlah. Aku jenis manusia yang tidak pernah berazam pada awal tahun. Bukan budaya aku mungkin. Tapi kadang-kadang aku agak dengki melihat manusia lain berazam. Cikgu sekolah rendah aku pernah tanya aku, "Pie, apa azam tahun baru?".
Aku dengan tidak mempunyai ilmu menjawap, "Azam kelas A cikgu. Sini kelas B". Bergelak ketawalah kawan-kawan aku. Dan dari gelak ketawa inilah mengajar aku makna azam. Tapi aku sering tidak berazam. Sebabnya mudah, kenapa mesti menunggu tahun baru? Kenapa tidak semalam? Minggu lepas? Atau bulan Julai. Masa hari lahir aku?

Aku sibuk cuba untuk mentafsir apa sebenarnya sambutan tahun baru? Aku mungkin terdidik oleh kawan-kawan aku. Tahun baru maknanya boleh keluar malam. Jalan-jalan tengok orang duk sibuk nyanyi atas pentas. Itulah tahun baru aku. Atau pun duduk luar rumah tunggu bunga api. Sambil mengenang kenangan yang lepas. Sekarang kenangan aku semakin bertambah. Ada yang aku lupa. Dan ada yang aku tidak akan lupa. Kenangan yang akan aku kejar kembali.

Dalam orang sibuk mengenang tahun lama dan tahun baru, aku masih lagi di takuk lama. Duduk mengenang kenangan. Tahun ni mungkin agak perit sedikit. Tapi hidup mesti diteruskan. Janji mesti dikotakan. Pencarian tetap berpanjangan.

Tahun ni juga tahun baru agak lain sedikit. Hari terakhir ada kelas. Tahun-tahun sebelum ni aku tidak pernah merasa seperti ni. Ini mungkin kenangan yang agak lain. Entahlah.

Pie.

Saturday, December 26, 2009

Aku


Sudah agak lama tidak menulis di blog kesayangan ni. Macam terbuang. Tapi tidak pernah membuang. Bagi aku, semenjak dua menjak ni banyak perkara yang buat aku bingung dan aku tidak sempat untuk menulis. Menulis pun sekadar luahan pendek melalui facebook. Apa yang aku tau, semua yang berlaku tu bermula daripada diri aku sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain. Apa yang terjadi kepada kita pada hari ini hasil tindakan kita pada masa lalu. Seperti yang selalu kita dengar, "Hidup bagai roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah". Atau kepada penganut agama lain, mungkin inilah hukum karma yang wajar aku terima.

Daripada semua yang berlaku kepada aku hari ini, aku sering berbicara dengan langit. Terima kasih Yusuf Nur. Walau pun aku tidak pernah memanggilnya 'abang', tapi aku sentiasa menghormatinya sebagai abang. Dan aku mula mengenal penggunaan istilah langit daripadanya. Dengan seksa di waktu muda ni, aku mula melihat, mencari dan meraba langit mencari kesabaran dari awan yang mungkin bisa menenangkan. Memang perit. Tapi kehidupan memang sesuatu yang memeritkan. Tapi dalam keperitan mungkin wujud kesenangan. Itu yang aku cari biarpun aku harus menunggu. Dalam duka atau suka yang berpura.

Satu yang sering aku ingatkan buat diriku. Kalau aku berjanji mesti ditepati. Aku berjanji dengan dia untuk cuba menjadi seperti sedia kala. Aku akan cuba. Dan aku tahu mungkin ada kalanya di tengah perjalanan yang menyakitkan tu aku akan mempersoal. Percayalah aku akan cuba untuk menepati. Dan percayalah aku akan sentiasa menunggu. Bagi aku benda ni bukan permainan. Juga bukan gurauan.

Aku suka menekankan aku memang seorang yang cepat terasa. I'm fragile. Tapi itulah aku yang menjadikan aku pada hari ni. Mungkin ada yang kurang senang dengan apa yang aku buat ni, percayalah aku sentiasa memaafkan. Memaafkan itu lebih menenangkan. Dan aku akan terus menunggu biar sakit dan derita. Aku akan tersenyum gembira. Aku akan ketawa ceria seperti sediakala. Biarpun semuanya aku lakukan dalam berpura. Tapi ada jujurnya walaupun tidak seperti biasa. Semua ni kerana aku akan telan semua.

-Pie-

Thursday, December 24, 2009

Heart

Ketabahan sufi, kesabaran Nabi, kasih Illahi.
Aku pohon.