Monday, August 23, 2010

aaaaaaaaa


Terasa ingin update malam ni.

Aku agak lama mencari rentak macam mana mau menulis blog ni konsisten. I just dont know what to write. Sekarang ni aku baru lepas mandi. Tadi aku main futsal. Wah main futsal????Pd hal keeper yg ganti ja. Sakit juga muka kna blast td. Tp enjoy it.

Last Thursday aku interview GST. Doaku, aku dapatla. Usaha dah tu. Even nervous aku lambat datang. Ehehe... Soalan bukan membunuh sangat tapi macam biasa, buat gaya² cool konon. Semua settle akhirnya.

Aku di KK ni sudah berapa lama?August 3rd aku sudah ada sini. Sekarang August 23rd. Wah. Xrasa pown...


Dia. Dia buat aku lama sini. Aku rasa xmau jauh. Adeh apa ni. Sapat2 la saya kerja. MY.LYSM.

Tuesday, August 17, 2010

Puasa


1. Puasa ketujuh.

2. Lusa aku interview. Macam sot ja aku rasa. Aku malas mau study. Bukan malas sangat tapi aku xtau jenis soalan. Kalau aku tau jenis soalan, boleh jugak aku spot mana yang akan ditanya.

3. Aku mau menulis lebih panjang. Tapi aku sendiri lack of idea. Last nite aku ada benda mau tulis di sini tapi sekarang ni entah hilang pigi mana suda itu idea.

4. Fadhilat Terawih malam ke-8. Oppppsssss... Aku bukan penyebar hadith maudhu'. :)

Thursday, August 12, 2010

Hari Ini


1. Puasa pertama. Alhamdulillah. Dugaan tu kurang. Menghabiskan masa di ofis Hafiz.

2. Terawih malam pertama di Masjid Bandaraya. Malam kedua di Masjid Assobirin Kampung Sipanggil. Teenagers bertanggungjawab. Kapasiti jemaah terlalu ramai. Teenagers ni yang sibuk membentang sejadah.

3. Ambil 8rakaat. Lepas tu balik rumah kejap and went to Suria Futsal.

4. Mahu belajar. Esoklah. Doakan temuduga minggu depan berjalan dengan lancar.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan


1. Manusia mula menghitung hari untuk hari raya biar pun Ramadhan pertama ini belum lagi melepasi waktu tengah harinya. Aku gembira dengan Ramadhan ni. Aku rindu.

2. An interview will be conducted for SPPS UMS students next week. It will be held at UMS. 17-19. But I am not really sure about the venue.

3. My first Ramadhan with her. I am happy.

4. My fifth Ramadhan here in KK.

Tuesday, August 10, 2010

Update Ringkas


Hari ni aku macam dalam keadaan kurang sehat.
Aku memang tidak sehat. Tonsil aku agak membengkak. Suhu badan yang semakin meningkat. Sendi-sendi yang rasa sengal. Eh macam banyak pulak. :P
Aku cuba lawan sakit ni sebab esok mungkin puasa. So biarkan Ramadhan ni memberi seribu kesembuhan dalam hidup.

Mungkin dalam masa 2 3 hari ni aku akan mula menulis benda yang serius kembali.Bergantung juga kepada keadaan semasa.

Kehidupan biarpun agak hambar tapi at least otak aku tidak berhenti berfikir.

Monday, August 9, 2010

KPM. Interview GST.

Salam. Saya bru hubungi kpm, atas desakan kita, kpm akan bermesyuarat petang ni. Segala kptsn akan saya maklumkan dan kpm akan umumkan dlm web kpm. Sama2 kta doa agar kptsnnya nnt menggembirakan kita.-Azrul Ibrahim-

Sunday, August 8, 2010


Update.

Aku masih di KK. Terasa tidak mahu balik. Mahu terus di sini.
Siapa yang ada sini boleh bagi aku kerja?

Thursday, August 5, 2010

Update


1. Aku masih lagi berada di KK even interview untuk UMS dibatalkan.

2. I'm ok. Sehat. Tidur malam.

3. Sayang dia. Seharian bersama dia kemarin.

4. 4Life. Good product. I just care about the product. Kalau ada duit aku beli. Suggesting 4Life for u all.

Friday, July 30, 2010

Aku dan Dia


Biar mimpi, aku tetap percaya.
Biar tak sudi, aku tetap terima.
Kalau realiti, di sana aku gembira.

Friday, July 16, 2010

Update elak berhabuk.

Aku yang cengkung.

Lama suda aku tidak blogging ni. No internet connection la katakan. Aku cuba juger menulis even sudah berkarat rasanya otak aku ni.

Sepanjang world cup aku memang tiada update langsung. Lepas ni aku xtau bila lagi aku update.

Hidup aku sma macam sebelum ni. cuma sekarang ni agak berbunga. Ehehe. YES. I'M IN LOVE.

July 13th aku sudah berumur 16tahun eh 24 tahun. Aku tidaklah tua sangat tapi rumah kata pergi kubur kata mari tidak mengira umur rite?kita just berserah. Kalau boleh aku cuba untuk menjadi baik. I mean a person that better than yesterday. Mana tau lepas aku update ni, nyawa aku diambil. Who knows rite?

Aku sekarang ni tidak bekerja. Tempat yang aku mau keja tu belum panggil. So I have to wait. Mau keja d pusat tuisyen. Teda plak kosong. Aku tidak memilih. Mungkin poit of view berbeza. Entahlah.

Dia. IFS. Kawan aku singkatkan. Lovely, caring, cute, nice. Memang sayang banget dengan dia.

Dia. Kenangan lama. Aku tidak berani berkata apa. Terima kasih kerana mengajar aku hidup. Terima kasih kerana hadir bersama. Aku tidak lupa.

Untuk keluarga. Terima kasih kerana masih menampung kehidupanku.

Kawan-kawan. Terima kasih kerana sentiasa ada.

Untuk Tuhan. Alhamdulillah kerana aku masih bernyawa. Terima kasih kerana ada peluang untuk terus melihat dunia. Aku takut mati. Tapi kalau sudah tiba masaku, ambillah aku. Kalau belum tiba masaku, terangi aku dengan cahaya-Mu.


Thursday, June 10, 2010

Sejuk Manis Qaseh


Qaseh
Aku di sini
Menyentuh ikatan
Cuba untuk melerai sebuah rasa
Mungkin bisa kita bersatu

Qaseh
Aku takut untuk menyimpul janji
Aku takut kita berbeza tinggi
Aku takut aku hanya merasai sendiri
Tapi aku juga takut rasa itu akhirnya mati

Qaseh
Izinkan aku untuk begini
Bukan untuk selamanya
Tapi cukup untuk sekelumit waktu
Untuk aku menimbang
baik dan buruk tindak langkahku
Untuk aku berkabung
dengan sakit sebuah luka

Qaseh
Kurasa manisnya biar hanya setitik
Kurasa sejuknya biar hanya sehembus
Semua keranamu Qaseh.

-Menulis lagi.-

Tuesday, June 8, 2010

Begini.(Percubaan menulis puisi kembali)



Aku pernah begini

Aku mahu begini

Tapi aku elakkan untuk begini

Aku takut ia mati lagi

Dia mengerti

Tidak ku pasti dia memahami

Ku harap dia merasai

dan menanti.

Monday, June 7, 2010

HANYA AKU.

Aku terus begini untuk menyepi. Hanya aku.
AKU.

Some people said that life full with shit and damn thing. Yes. For sure I agree with the statement. But I also not denying the beauty of life itself. Essential thing happen in my life making me change to become the thinker of life.

Minggu lepas salah seorang kawan da kawin. Masuk alam baru. Alam yang tidak bujang. Ahaha. Yang pasti aku belum lagi. Tidak tahu bila. Biarkan.

Kesihatan agak kurang stabil. Asma. lu. Fever. Coughing. Apa lagi? Dripping? Tidak sihat pun diteruskan dengan aktiviti jalan sahaja.

PENGUMUMAN PENTING: Sesiapa sahaja yang mempunyai kerja, berikan kerja kepadaku. Aku tiada kerja. Resume nanti aku hantar. Beritahu aku kalau ada kerja kosong ya.