Monday, November 1, 2010

Biar tidak dibayar.


Saya sakit. Hari ni saya tidak kerja. Menghabiskan masa seharian di rumah sahaja. Batuk Selsema. Water dripping. Sore throat. Tapi Alhamdulillah. Semua ni dugaan.

BIAR TIDAK DIBAYAR DARI MATI BERBAYAR. Ni kata-kata saya semalam. Agak sakit hati. Tapi dunia itu bukan kita yang punya. Pelbagai karenah.

Kita sedekahkan surah al-Fatihah untuk ayahanda salah sorang kawan saya kerja.

Agak bosan di rumah tiada apa mau dibuat. Ok. Nanti update lagi Saya tetap di sini. :)

Tidak bisa lari.

Saturday, October 30, 2010

Ringkas dowh


Sabtu 30Oktober2010. Hari keenam bertugas sebagai pembantu pengawas peperiksaan uitm sabah. Perrghhhhh...Agak penat kaki berdiri ya. Tapi agak seronok jumpa kawan baru.

Lama tidak update. Sepatutnya saya sudah balik labuan. Tapi Alhamdulillah bila jadi pembantu pengawas ni.

Saya lulus temuduga GST. So sekarang tunggu posting saja lagi.

OK BYE.

LYTM.

Thursday, October 14, 2010

IJAZAH SEKEPING KERTAS. AMANAH SEBERAT HIDUP.


Credit To Mr. Shafarullah. Raw. Haven't process it yet.

Isnin baru-baru ni tamatlah sudah secara rasminya pengajian 4tahun saya di UMS. Universiti Malaysia Sabah. Banyak pahit manis lah jugak. Tapi saya peduli hape. Saya redah semua.

Konvokesyen saya di hari yang ketiga bersamaan dengan Sidang yang kelima. Layan. Apa yang saya suka pada konvokesyen ni, semua orang boleh lead perarakan graduan. Saya sengaja memilih tempat di depan sekali supaya saya dapat mengetuai perarakan graduan. Secara literalnya tiada apa maksud. Tapi best dowh bila saya merupakan orang yang pertama muncul di dalam dewan. Ehehehe. Untuk kursus pengajian saya pula, saya orang yang pertama menerima ijazah. Bangga. Sempat buat 'peace' juga. TQ.

Hari tu juga, sempat tengok muka DIA moody. Chomel dowh.

Sunday, October 10, 2010

Maruah.


~Saya hanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Dua Dua. Tidak pernah mendapat Anugerah Dekan. Tidak pernah menjadi Perwakilan Pelajar. Tidak pernah membuat kajian sejarah pasal Melayu Brunei Kedayan. Dengan membawa 'pelamin tradisi' kononnya sebagai identiti Labuan, tidak bermakna anda membawa imej Labuan. Walaupun anda pensyarah UMSKAL, tapi janganlah secara tidak hormat mempertikaikan persoalan saya. Oh ya, saya Pie, asal dari Labuan, Kedayan Brunei dalam darahku. Kalau tidak silap saya, pelamin tradisi Brunei yang nenek saya cerita berada atas katil.~

Ni luahan yang cuba aku sampaikan tadi. Hari ni aku sempat la luangkan masa sekejap turun ke UMS. Tamu Gadang aku kurang tertarik. Mungkin sebelum ni aku tertarik sebab aku terlibat dalam Tamu Gadang. Luahan tadi tu muncul masa aku melawat booth UMSKAL. Aku bertanya dengan orang yang menjaga booth tersebut kenapa hias dengan pelamin. Maka mereka yang bijak pandai ini menjawap, mereka cuba membawa identiti Labuan melalui pelamin tersebut. Membawa tradisi Labuan untuk lambang UMSKAL. Yang menghairankan, pelamin itu terlalu universal untuk menyatakan begitulah identiti Kedayan Brunei Labuan. Kemudian datanglah seorang cendekiawan pemegang Master bergelar pensyarah. Mengadulah sang pelajar kepada pensyarahnya atas persoalan saya. Sang Pensyarah yang bijaksana ini bukan berdarah melayu Kedayan Brunei. Dan dengan tegasnya dia berkata ini pelamin moden. Lalu INGIN saya katakan dengan penuh makian “Encik, boleh tolong beradab sikit. Melenting tak tentu hala macam s@#!.” Saya tidak cakap lah. Sebab ada hormat. Tapi hairan. Dengan Master yang dia dalam bidang pemasaran, anda bukan tahu semua. Dan janganlah menganggap anda betul semua. Jangan sombong. Ramai pemegang Master yang saya kenal budi bahasa baik. Dia tidak tahu saya ni orang Labuan, berdarah Kedayan Brunei. Saya tidak tahu tradisi. Tapi secara lisan pernah disampaikan.

Oh ya, nama saya Pie. Asal Labuan. Bapa Kedayan. Mama Brunei. Nenek saya ceritakan dengan saya, orang dulu bersanding atas katil. Maka pelamin atas katil. Betulkan saya kalau saya salah ya Encik Pensyarah UMSKAL yang tahu segala. Oh ya Encik, kalau orang Brunei dahulu mengurat guna pantun. Bedundang namanya. Sekumpulan sunti dalam kelabu. Jejaka pula di luar. Berjual pantun. Kalau nak tau cerita orang dahulu, saya tau jugak sikit. Tapi saya tiada MASTER. Terima kasih kerana sedarkan saya yang kamu tu sebenarnya tiada apa selain sekeping kertas MASTER. Tidak belajar budi bahasa.


Friday, October 8, 2010

Di mana aku.


Aku sentiasa melihat
Aku sentiasa mendengar
Aku sentiasa mencari
Siapa aku?
Siapa kamu?
Bukan sekadar hadir
Kemudian berlalu
Atau hadir
Kemudian diam
Aku akan terus ada untuk segala.


-Aku tiada apa. Aku yang terbuang. Aku bukan terbaik. Tapi aku cuba.-

Wednesday, October 6, 2010

DIA

Shot taken by Pie.
Sekolah Psikologi.
Temuduga e-GST.

Aku tidak ingat sangat bila aku mula-mula nampak orang ni. Masa tu aku tengok dari jauh ja la. First thing yang melintas di kepala aku, "Jipun ka Korea ni orang?" And yes that time orang ni tidak pakai tudung. Thats why aku terfikir macam tu. Then aku jumpa la friendster orang ni. Zaman tu zaman friendster lagi. Aku usha sekadar mahu tahu. Aku terkejut jugak la. Same school with me??? Bakal guru jugak? Tapi bukan bagi kesan sama aku pun. Sebab aku sekadar suka tengok muka ni masa tu. Setia aku jangan dipersoal. Masa zaman friendster ni sempat juga aku komen2 gambar dia. Meninggalkan sedikit jejak. Aku kan friendly.

Lepas tu aku tidak perasan kehadiran orang ni dalam kelas KOKUM kebudayaan. Masa ni orang ni benci aku. Tanya dia sebab apa dia benci aku. Ehehe.

Zaman orang main fb, kami pun main fb juga. Masa ni tambah rapat as friend. Zaman mula rapat tu sebenarnya era berakhirnya hubungan 5 tahun aku. Aku banyak belajar dari orang era tu. Masa ni aku luka. Aku banyak luahkan dengan blog and fb aku macam mana dalamnya luka aku. Aku suka analogi yang dia bawa. macam rasa selipar. Pada hal bukan rasa pun selipar tu.

Final semester, zaman aku tidak tentu hala. Semua aktiviti aku lepaskan. Rutin aku; Rumah dan kelas. Tempat lain jarang. Tapi aku suka kacau orang ni. Mengubat luka konon. tapi menambah luka ada la. I confess, memang aku suda start suka orang ni masa final sem tu. Tapi aku bukan jenis merosakkan hubungan orang. So slowly I let her go even sakit macam selipar juga. Sakit zaman 5tahun and sakit letting orang ni pergi walaupun dia bukan tau dia dilepaskan.

May 5th, kertas terakhir aku dan sempat la bercerita dengan dia. Even bukan lama mana pun and rasanya tu perbualan secara live yang tidak lebih dari 5 kali. Dalam hati aku cakap biarlah pie. Sabar ja la. Aku delete number fon dia yg ada dlm fon aku. Enough.

Satu hari tu, masa aku sibuk tolong kawan untuk majlis kawin dia, aku dapat mesej yang dia tau sudah macam mana aku rasa. Aku hairan. Siapa la antar mesej tu sama aku. Aku tanya siapa. Rupanya orang ni. aku sendiri tidak tau mau cakap macam mana perasaan aku. Tapi di situlah bermula cerita hari ni dan mendatang.


TERIMA KASIH NOORFAIZAH BINTI SALLEH.

Kita melihat untuk mengetahui

DIA YANG MENGAJAR AKU HIDUP DI DUNIA.

Konvokesyen ke12. Aku sendiri bingung mahu rasa apa dan bagaimana. 4tahun belajar dalam bidang yang aku sendiri tidak jangka akan dapat. Tapi terima kasih syukur ya Allah. Selesai jua akhirnya. Aku kadang-kadang mahu berhenti lebih awal. Aku bertahan hingga ke akhir perjuangan universiti. Selepas ni aku mula melangkah ke alam dewasa(sebelum ni aku REMAJA).

Actually aku ada banyak benda mau cakap. But I just simply don't know WHAT and HOW to write. Just can't spill it out here. Stuck. I'm ok. May be its not totally ok but for sure its ok.

Ijazah Pendidikan dalam bidang TESL walaupun bukan sebagai pelajar cemerlang(agak jauh dari cemerlang), aku hadiahkan untuk semua orang yang sentiasa membantu aku. Keluarga, kawan dan musuh atau siapa pun anda. Ijazah ni juga cukup bermakna. Semua kerana MAMA. Orang yang minta aku sambung belajar. Atas hakikat sebenar, aku juga tidak disokong oleh orang yang rapat dengan aku. tapi MAMA dengan penuh yakin minta aku teruskan. Dorongan MAMA bagi dengan aku masa dia cukur rambut aku. Kali pertama dan terakhir MAMA cukur rambut aku. 2006. Aku botak kepala habis.

AKU RINDU SENI. AKU RINDU LATIHAN. AKU RINDU TEATER. AKU RINDU PENTAS. ATAS SILAPKU SEBELUM NI, AKU TERHUKUM DAN SEPERTI TIDAK AKAN KEMBALI. AKU MAHU. TAPI SEPI............. AKU AKAN KEMBALI!!!!

nnt aku update lg.

-Kita melihat untuk mengetahui.-

Saturday, October 2, 2010

111010


"Awang,mana sesuai mama pakai, baju kurung hijau ni atau baju kurung maroon ni?"

"Yang warna hijau tu lah ma,"

"Tudung pun warna hijau?"

"Awang lemah pasal warna ni.Hijau la,"

"Awal juga jalan.Ada orang ka nanti?"

"Takut jalan sesak.Kami kena suruh berkumpul 7.30 la macam tu,"

"Jadi kami duduk mana?"

"Mama,babah sama kakak duduk dalam dewan.Siap nanti,Awang call kakak.Boleh ambil gambar.Jumpa kawan-kawan Awang,"

"Bah.Neck tie Awang tu senget,"

"Mama tolong adjustkan,"

"Jubah belum pakai lagi tu,"

"Di dewan sempat nanti tu ma,"

How I wish these dialogues are real.Its hurting me a lot.

Wednesday, September 22, 2010

Penghakiman Sempurna


KITA BUKAN MANUSIA TERBAIK UNTUK MENGHAKIMI MANUSIA LAIN.

Sebagai manusia kita terlalu banyak kekurangan. Manusia lain pun sama seperti kita. Ramai makhluk Tuhan yang terbaik ni merasa diri mereka terbaik dan menghakimi manusia lain.

Kepadamu, jangan menghakimi diri sendiri. Kamu sendiri itu satu keunikan. Jadi dirimu. Kamu adalah kamu. Dan kerana kamu aku memilih kamu. Aku

Thursday, September 16, 2010

Katakan dengan Indahnya.


Raya. Datang lagi. Peeerrrrgggghhhh... Raya ni aku mcm tahun lepas jugak. Habiskan masa dengan kawan-kawan yang ada di Labuan. Kawan yang jarang aku keluar sama-sama. Keluar masa ni berabisan la jawapnya. Keluar pagi or tengah hari, balik pulak mencecah tengah malam. Average la 5 hingga 6 buah rumah ja pun. Beraya satu rumah paling sekejap setengah jam. Pastu habis beraya awal pun jadi balik lambat sebab mesti lepak di McD or pantai. Tenangkan diri. Memang agak penat dan memuaskan. Tapi aku masih MERINDU.

Hari ni Hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia. Tapi kadang-kadang aku rasa macam aku rasa di luar negara sebab sekarang ni aku ada d cyber cafe yang boleh aku katakan ada customer(5 6 orang kanak-kanak) 'luar negara'.


Monday, August 30, 2010

Selamat HAri Raya Maaf Zahir BAtin.


Tomorrow aku sudah balik Labuan. Entah. Macam sayu pula tinggalkan KK kali ni.

Aku menaip dalam keadaan kurang sehat. Dari Subuh aku sudah kurang sehat. Malas aku layan sebenarnya. Tapi mengganggu sangat rasa ni. Biarlah.

Oleh sebab tinggal sepuluh malam akhir apa kata buat ucapan raya? Aku copy paste ucapan raya untuk tahun yang ketiga.

Kalau selalunya hanya Pak-pak Menteri yang membuat perutusan raya, kali ini biarlah seorang bakal guru membuat perutusan raya,


Asalamualaikum W.B.T


Hampir genap sudah sebulan kita menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Puasa yang memberi kita peluang untuk dekat kepada yang Esa. Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, saya masih mampu untuk berkata sedikit di sini. Ramadhan di universiti(MASA UCAPAN NI DITAIP MASIH DI UNIVERISITI.TAPI TAHUN NI MASIH PUASA D KK) memang boleh dikatakan mencabar kerana kita sering diuji dengan dugaan. Memang berbeza dengan berpuasa ketika kita sekolah dahulu. Tapi setiap dugaan yang kita hadapi memberi kita seribu kepuasan yang tidak terhingga.


Pada Syawal akan datang ini, aku sekali lagi akan meraikannya tanpa kehadiran seorang bonda. Memang satu kesedihan yang amat perit untuk diterima. Tapi apakan daya. Kita hanya insan yang kerdil yang tidak punya apa. Aku terima dengan redha. Aku akan cuba bergembira meraikan kejayaan Ramadhan dan tidak akan melupakan kenangan bersama kasih bonda.


Setiap kali Syawal sahabat dan temanlah yang menjadi teman gembira penghibur duka. Syawal kali ini mungkin sedikit berbeza dengan pengalaman yang semakin bertambah, teman yang semakin cinta, sahabat yang semakin setia dan seribu kebaikan yang tiba. Aku sekali lagi memanjatkan syukur ke Hadrat Illahi kerana dikurniakan insan seperti mereka.


Apalah maknanya kita tanpa yang Esa. Apalah maknanya perjuangan tanpa insan sekeliling kita. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada yang Ayahanda Mohamad, Kanda Salwati dan Tunang, Dinda Selamah, Dinda Sabri, Dinda Syakri dan Dinda kesayangan yang bongsu Sakinah. Ingatlah kalianlah membuat aku lebih kuat di sini. Kepada Noorfaizah binti Salleh yang tetap setia menemani setiap masa, ucapan raya ini juga tidak lupa kuberikan padamu. Terima kasih kerana di sisi. Kau tahu aku sentiasa tidak lupa.


Kepada ahli keluarga lain, Nenda Mohd Kassim dan Nenda Asiah, maafkan diri ini kerana jarang untuk meluangkan masa bersama. Kepada Busu, Bu Mawar, Mama Idah, Bu Atie, Uda dan Paci Awang dengan keluarga masing-masing, maafkan anak saudara kalian yang bagai derhaka tidak pulang ke rumah kalian. Maaf zahir dan batin.


Kepada guru-guru sekolahku dulu jasa kalian tidak kulupakan. Guru di Tadika Perpaduan Kampung Patau-patau, Sekolah Kebangsaan Patau-patau, Sekolah Rendah Agama Islam Patau-patau, Saint Anthony School Labuan, dan S.M.K. Labuan. Tidak dilupakan kepada guru-guru sekolah lain yang mengenali diriku. Maaf zahir dan batin.


Tidak dilupakan kepada teman-teman sekerja di Iktikad Waja. Pengalaman di sana banyak mengajarku. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Kepada sahabat-sahabat di kampung; cdie, ilhan, rudie, manbai, faiz, bob, madu, adie dan lain-lain. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kepada teman setiaku. Aki, Fariz, Yao, Ana, Izat, Shidah, Atul, Iqbal, Acit, Hasnur, adikku Irma Ain, Ceceng dan sahabatku yang lain. Kalian peneman dukaku. Pembawa gembiraku. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Teman seuniversiti. Kepada kekanda-kekanda senior yang masih belajar mahupun yang sudah bergelar graduan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ahli keluarga G-TEL, Ahli A10-02; Pijul, Akmal, Amid, Afiq, Awan, Awang, Fit, Ct, Reza, Jong, Faisal, Amir dan lain-lain. Kalianlah ABDUL yang berjaya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Teman sealiran di universiti; Encik Simi, Faisal, Wan, Comot, Kuza dan lain-lain(ramai sangat) eratkan hubungan kekeluargaan kita. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Tidak dilupakan Nancy, Ata, Lidwina, Faye, Vera, Ulabs, dan lain-lain. Walau pun kalian bukan Islam, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Banyak salah dan silapku kepada kalian.


Tambah juga junior-junior yang baru sahaja belajar erti hidup universiti.


Kepada yang bermakna tahun ini(tahun lalu punya ucapan), WARGA SEMEKAP. Ramadhan yang membawa seribu satu kenangan atas kehadiran kalian.


Kepada kawan PONTEKIANS yang baru rapat; Pijih geng heels merah, waniey witch, linie n aidin, jubit, xia, olly. Thanks. And Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Dayang Shahfizah Ezyan binti Kaharudin and Awang Sharil Omar, good luck in what u do. Selamat Hari Raya Maaf Zahir BAtin. Episod hidup memberi seribu pengajaran.


Begitu panjang senarai untuk perutusn raya ini. Kepada yang tidak tersenarai dalam perutusan ini, bukanku melupakan kalian. Kalian tetap ku ingati. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Akhir kalam. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Wasallam.


Ikhlas daripada,

SYAPIEI BIN MOHAMAD

p/s:TAHUN LEPAS PUNYA PERUTUSAN

Friday, August 27, 2010

Ape2 aje.

Faye. Gorgeous. Saya tdk tau mcm mana mau xplain psl ni perempuan tapi bagus la. Saya rindu dia.

Ini pulak dorang2 yg slalu sama2 saya di kampus.

Cigu English. Slalu langgar dress code pg klas...

Ada lelaki lain. Wan, Janius and Incik.

Ada Faisal. Terus saya bingung fikir budak ni. Bila la mau insaf. Harap² dia berubah b4 its too late.

Sa tia tau mau update apa. Sa randomly put some photos here.

Wednesday, August 25, 2010

SUARA


AKU AKAN DI SINI
KERNA INI TANAHKU
BUKAN MUTLAK MILIKKU
TAPI KAKIKU BERPIJAK DI SINI
BIARKAN AKU DI SINI...

5.20 a.m.
15Ramadhan
25Ogos2010