Thursday, August 11, 2011

Sekolah aku.


Samseng juga punya perasaan. Nakal pun mahu dibelai.

Ini kisah aku. Bukan kisah siapa. Ahaha. Aku baru balik dari Majlis Berbuka Puasa sekolah aku. Agak ramai juga yang hadir walaupun tidak ramai yang bertahan sampai solat terawih tadi.

Aku merupakan guru kelas tingkatan empat yang boleh dikatakan nakal di sekolah. Kiranya kelas aku ni agak lain sedikit sebab pada awal tahun pelajar hanya belasan orang sahaja. Sekarang jumlah pelajar aku 30 orang. Bukan satu jumlah yang besar tapi separuh daripadanya merupakan pelajar yang mendaftar sebagai pelajar kemasukan bersyarat. Kenakalan mereka melebihi kenakalan pelajar lain. Uniknya mereka juga remaja biasa. Yang memerlukan perhatian.

Salah seorang merupakan TAIKO yang bergerak sendiri sehingga tiada seorang pun berani membuat onar dengan pelajar ni. Pada permulaannya pelajar ni masih terumbang ambing sehingga hanyut sedikit. Kemudian tumpuan diberikan kepadanya. Kembali kepada jalan yang benar. Lepas tu, dia ni, mula dah buat hal bila tumpuan itu dikurangkan. Cemburu kerana merasakan tumpuan diberikan lebih kepada pelajar lain. Ya mungkin kesilapan aku. Tapi peliklah. Budak ni manja sangat dengan aku. Cikgu, boleh saya tolong. Cikgu, kelas kita bising, boleh saya kawal. Cikgu, besok hantar buku, semua kan. Cikgu itu cikgu ini. Hairan. Hilang bisa samsengnya.

Sekarang ni, budak tu datang tadi. Lepas tu ada aduan, rupanya ada pelajar kelas yang sama tapi geng yang berbeza cemburu. Sampai dialog "Asyik-asyik dia ja. Malas la." Aduh. Budak-budak ni suka buat lawak. Tidak apa. As long as kamu belajar, kamu dengar cakap. Alhamdulillah.

Tuesday, August 9, 2011

Memory

This is my graduation day. Photo taken by Encik Shafarullah. 2010

This one taken at Air Asia Airport before departing to KL. 2008.

Galeri UMS. 2008.

Mini Auditorium Library, UMS. 2009.

Gambar rosak. Tanjung Lipat. 2009.

Lidwina. Tanjung Lipat. 2010.

Tg Aru BeAch. 2009.

Mini Auditorium SPPS UMS. 2009.

A10-02. 2008. Long Hair.

BTPN. Year Unknown.

Sekolah Pengajian Seni UMS. 2008.

2006. A10-02.

Love is all around. Aku sudah lama tidak jumpa dengan kawan seangkatan gilanya dengan aku. Atau aku yang lebih gila. Kadang kegilaan tu aku.

Apa yang pernah jadi dalam hidup kita merupakan satu pengalaman. Kadang ada yang membuat kita berfikir kita ni berada di pihak yang betul atau salah. Bagi aku apa yang lebih penting semua itu satu pengajaran kepada kita.

Living in memory.

Sunday, August 7, 2011

Life



A patient with continuous, all-day, every-day headaches with a history of such headaches lasting for a matter of years is likely to have a tension headache.

If the history is only a matter of months then other possible causes need to be considered:

  • temporal arteritis in the elderly
  • cerebral tumour - suspicious features are increasing severity, associated symptoms implying neurological dysfunction, or a change in headache in circumstances that raise intracranial pressure - straining, bending over, lying down. Note that other less sinister causes of headache may be aggravated by head jolt, a cough, or sneeze, etc.
  • depression may be associated with continuous headaches.

This information I acquire in order to learn about what happen to me. DEPRESSION is the nearest factor that cross to my mind. I used to take PANADOL@PARACETAMOL or PAINKILLER. For sure I am aware that painkiller had side effect. But I rarely take it. Take 4pills with carbonate drinks. It might be fantastic.

"research suggests that some commonly used pain medications - not just the now-banned Vioxx - can raise the risk of having a heart attack or stroke."

Take my life if it is the time. Spare me time to enjoy the life.

GEMAR

Noorfaizah. GEMAR.

Great.

I just can't sleep. I don't know why. My bloody mind keep running without stopping. And I feel exhausted. I should get sleep.

I want to write about her. She's the one. Actually before I'm writing this, I read back our conversation together. I am kind of people live in the memory. I love that. It made me who I am now. So I read back and I know that she is ANGEL. Precious. I really wish I can meet her now. I miss her. I want to see her. Its something different. I want to see her laughing. I want to see her in silence. I want to see her smiling. I want to see her in a swing mood. I want to see her crying. Because it is the way she are. And I want to be there next to her. I really wish time fly faster than this. Fly to November and fly to June 2012.

To GEMUK. I miss you. You are my precious.

Saturday, August 6, 2011

Love makes a guy stronger than he thinks

(Someone help me, why the picture always rosak like this a?)

Its hard for me to deal with my life. I try to make it simple as I can. I don't keep it inside. But for sure it is essentially out of my hand to handle it. And I don't know what it is. It doesn't seem easy to tell. And yet, I don't have any solution.

I smile like always. I laugh loud as loud I did before. But I don't even know how far the honest go in my laugh. Its just go naturally. This thing is not only about I cry and I feel relieve. It is go beyond deep in bloody mind.

Yes I live depending on other people. Being specific, depending to the one I care and I love.

Sometimes, its just slip to my mind. I should let it go. But shame. it always keep coming. And I can't handle it. Sorry. Shame on me. I feel I can't live to the level I should. What the hell happen to me? I'm out of my mind by keep pushing. I try to make it cool. But I did it again.

I will always trying. And yes I think there is improvement. I will improve it again to avoid the life miserable. It is fine with me if I can make it to the level. I want the better way towards this situation. It is my fault.

Sunday, July 31, 2011

ENDING

Gambar rosak

Ikat aku di tiang kukuh agar tidak hanyut ke laut angkuh.

Aku cuba mengupload barang sekeping dua gambar ke dalam blog ni. Tapi macam fail ja dua tiga malam ni. So malam ni saya melalut la sikit.

Hari pertama Ramadhan tahun ni merupakan Hari pertama Ramadhan yang keenam berturut aku berada di luar Labuan. Tahun ni pertama kali berada di Lahad Datu. Aku sangat berharap tahun ni merupakan Ramadhan terakhir aku sebagai bujang. Doaku. Kadangkala kita takut dengan tanggungjawab ni. Tapi ini namanya hidup. Ada yang berkata buatlah secepat yang mungkin. Memang mahu. Tapi aku ada keluarga. Dia ada keluarga. Jadi keputusan keluarga.


NO DOUBT, ENDINGS ARE HARD BUT THEN AGAIN NOTHING EVER REALLY ENDS, DOES IT?

Friday, July 29, 2011

Kurang mengerti


Kaki melangkah ke depan. Entah apa yang ada di depan. Tidak apa. Mungkin dalam kusut ada tenang. Mungkin. Semua tu mungkin. Kita bukan tau. KITA MERANCANG DENGAN CITA-CITA. TUHAN MERANCANG DENGAN CINTA.

Upload gambar.



Sunday, July 24, 2011

Perancangan manusia


Kegagalan merancang itu merancang kepada kegagalan. Biasa kita dengar. Mutiara kata ni boleh apply tuk apa-apa saja.

Analogi:

Pencuri and perompak motosikal. Mengikut kebiasaannya, geng-geng ni akan merancang dengan membuat rondaan di sekitar rumah yang menjadi target. Mereka akan mengambil segala maklumat. Dari maklumat jenis motosikal sehinggalah waktu penghuni keluar masuk rumah dan waktu tidur. Maklumat-maklumat ini digunakan untuk perancangan 'mengambil' motosikal. Apabila perancangan rapi sudah dibuat, motosikal pun 'diambil'.

Peristiwa:

Rondaan dibuat oleh Mat-mat moto di sekitar kawasan Sri Perdana. Kemudian maklumat diambil. Percubaan mencuri dibuat. Akibat maklumat hanya diambil berkaitan penghuni rumah tetapi tidak penghuni jiran, rancangan gagal.

Moral:
Merancanglah dengan sebaik yang mungkin.
Pastikan motosikal anda berada dalam keadaan selamat.

Monday, July 18, 2011

Dialog


Punya lah lama blog ni tida berjenguk. Bukan tidak mahu. Tapi kadang-kadang mengadap blog ni jadi tidak tahu apa mau ditaip. Bukan macam sebelum ni. Senang saja aku menaip apa yang perlu.

Pelajar A: Cikgu, kelas kami tiada kelas tambahan?
Cikgu : Tiada. Kenapa?
Pelajar A :Iya la. Yang pandai dikasi pandai. Yang bodoh dibiar bodoh.
Cikgu : ...

Ni antara dialog yang buat aku senyum diam.

Pelajar B : Cikgu, mama saya kirim salam.
Cikgu : Waalaikumsalam.
Pelajar B : Mama, saya cakap doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dari Tanah Suci.
Cikgu : Cikgu doakan. (Pelajar yang sentiasa mengingati guru)

Ni pun dialog yang ok.

Pelajar C : Cikgu, boleh ajar kelas kami?
Cikgu : Aiks. Napa mesti ajar kelas kamu. Cikgu kamu bagus la.
Pelajar C : Kelas cikgu ketawa-ketawa ja dorang. Even ada banyak keja. Itu yang saya mau. Kelas tidak tension.
Cikgu : Pala hotak kamu. Saya pun selalu tengking dalam kelas tu. Dorang kena marah baru buat keja.

Ni dialog yang pening.

Pelajar D : Cikgu, girlfriend cikgu comel.
Cikgu : Girlfriend????
Pelajar E : Ui. tu bini cikgu la.
Pelajar D : Iya ka cikgu?
Cikgu : ... (Senyum)

Ni dialog ...

Pelajar F : ..... (Muka seram tengok cikgu)
Cikgu : ..... (Muka bengang)
Pelajar F : Cikgu.... (Takut2)
Cikgu : Ya... (Garang)
Pelajar F : Tiadalah cikgu. (Laju2 keluar dari bilik guru)

Dialog sunyi.

Saturday, July 9, 2011

Stage of life

Timing doesn't always right.

Sunday, June 19, 2011

Tahi. Buat tahi. Dibaling tahi.


"Sudah jadi guru, sombonglah."

What is the relation between being a teacher and not doing the job given?

Statement yang 'tidak matang' lahir dari orang yang sudah matang.


Peristiwa satu, kau sudah buat benda tu untuk kesekian kali banyaknya bertubi-tubi. Tapi yang menyakitkan hati, setiap kali kau buat benda tu, arahan akan disertai dengan kemarahan dan nada yang tinggi. Untuk kali pertama hingga kelima, mungkin bisa ditahan dengan beranggapan itu hanya kepenatan. Tapi apa akan jadi kalau kita lihat anak mereka, adik mereka, atau siapa sahaja yang rapat dengan mereka tidak berbuat apa pun. Adilkah? Ketidakpuasan hati yang sudah lama terpendam boleh meletup tanpa mengira masa. Mungkin pada masa yang salah.


Peristiwa dua, kau sudah meletup, dan kau abaikan semua. Akhirnya kau dicop sebagai seorang yang sombong. Kadang mengharap disebelahi, tapi akhirnya dibuang dihina tidak dipeduli. Kenapa tidak ditanya mengapa? Atau lupa anak sendiri pun tidak menolong juga. Jangan kerana penat diri dilepas untuk semua. Aku bersalah juga. Tapi setiap kali pihak aku dan lain bersalah, pemberat akan lebih kepada aku. Itu namanya JAHANAM.

Aku bukan peduli pangkat atau apa. Apa yang penting adil untuk semua. Jangan tahu mengarah dan berkata tapi tidak tahu peristiwa disebaliknya. KEDEWASAAN SEPATUT MENGAJAR BUKAN KURANG AJAR. Ajarkan aku ilmu masyarakat yang baik. Bukan disuap dengan kebencian dan kehinaan. Aku sudah penat dan puas membesar dengan kebencian, kehinaan, kecil, ketidakpuasan. Aku manusia. Ada masa memberontak. Banding aku dengan kau, kau lebih mulia. Di mata mereka, di mata Tuhan. Juga di mataku. Jangan calarkan lensa kemuliaan dengan memalit tahi. Berbau busuk dan jelas ketara. Tahi itu jujur. Berbau tapi nampak. Aku memang tahi. Kalau aku rasa berbau, aku bagitau. Atau kau sekadar kentut. Berbau tapi kau sembunyi. Ingat hipokrit seperti kentut hina. Tahu memberi busuk bau tapi tidak ditunjuk pekung hina. Cuma mahu membaling tahi ke tempat manusia yang sudah bertahi.


TAHI

Thursday, June 16, 2011

KADANG

KADANG AKU LUPA.
KADANG AKU TIDAK SENGAJA.
KADANG AKU TIDAK FAHAM KENAPA.

Sunday, May 22, 2011

Melampiaskan serakah.(Ada kaitan???)

My life. Hope.

Aku mula menulis dalam blog ni semula. Cuba untuk aktif seperti sebelum ni. Bukan mencari traffik yang tinggi. Atau mencari populariti. Aku belajar untuk mengolah idea di sini. Aku pernah taip assignment aku dalam blog ni dulu. Lebih lancar menaip di sini.

Holiday is around the corner. Really need it. Because I want to meet her. Yes. I become more sentimental now. And I am sensitive dari dulu.

Aku pernah terdengar atau mungkin aku terbaca yang ada isteri pemimpin yang menyatakan bahawa kejadian tsunami di Jepun itu satu azab dari Allah. Mungkin isu lapuk, tapi aku terfikir hari ni. Macam mana kita tahu itu satu azab dari Allah. Kenapa kita tidak bersangka baik dengan menyatakan bahawa itu satu ujian dari Allah untuk umat-Nya. Bila bencana alam melanda negara kita, kita akan katakan ini adalah ujian Allah. Tapi bila melanda tempat lain, kita akan katakan azab. Agak pelik.

Dalam ni jugak, aku berasa simpati dengan kejadian yang menimpa Hulu Langat. Agak tersentuh hati. Mereka tidak punya siapa. Pergi.

EXAMINATION. Belum semak kertas. Need to finish it before holiday.

To you, its enough by watching you even there is a wall.