Mungkin salah pangkalnya
Tiupkan maknaku
Mungkin terpesong hujungnya
Tiada siapa mengerti
Malah tiada siapa mencari
Erti tafsir dan makna sebuah aku.
kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Mungkin salah pangkalnya
Tiupkan maknaku
Mungkin terpesong hujungnya
Tiada siapa mengerti
Malah tiada siapa mencari
Erti tafsir dan makna sebuah aku.
Perit yang mencengkam
Sepi yang mengusik
Kadang gusar menikam
Kadang hati berbisik
Persetankan semua rasa
Jangan biar jiwa mati
Jangan lacurkan rasa sendiri
Telanjangkanlah emosimu kalau perlu.
Aku ingat aku sudah nampak hala tuju denai ini menuju ke mana. Hakikatnya, setelah aku mampu untuk berjalan dengan tidak bertatih, aku mula nampak sesuatu yang semakin kurang pasti. Kadang aku keliru. Denai ni semakin sempit atau perjalanan ini semakin menjauh. Langkah mula aku percepatkan tapi semakin aku percepatkan, aku semakin letih dan tidak pasti apa tujuan. AKu mula mengorak langkah lemah yang keliru. Ah, denai ini menuju ke mana? Denyut kepala semakin menyeksa bila fikir mula panas mencari punca. Dari belakang ku dengar suara lembut menyapa. "Kita kan berjalan bersama? Tidak perlu gusar semua. Ayuh tenang dan melangkah sahaja."