Thursday, April 16, 2009

Festival DEKON UMS '09

Selesai sudah Festival Dekon UMS.

Anugerah Khas Juri : ANGKARA (Karya dan Arahan Mohd Soffi Mislin)
Skrip Dekon Terbaik : KESUMAT (Karya Mohd Anuar Hashim Syah)
Anugerah Dekonis Harapan : Azrie (AKHIR PENCARIAN INI)
Anugerah Pengarah Harapan : Toh So Peng (NASIB)

Johan : NASIB (Karya dan Arahan Toh So Peng)
Naib Johan : KESUMAT (Karya dan Arahan Mohd Anuar Hashim Syah)
Ketiga : AKHIR PENCARIAN INI (Karya dan Arahan Hasimah Abdullah)

Semoga dengan bertandanya titik mula semula ini, DEKON tidak akan mati lagi di Universiti Malaysia Sabah. Tidak dilupakan ucapan selamat 'mematahkan kaki' untuk Produksi yang mewakili UMS untuk Festival DEKON MAKUM.

Sunday, April 12, 2009

Members of the Floor ( Those people always with me study. Ek. Study???)


Ni la member-member yang aku selalu habiskan masa sama-sama. 
Sama-sama lapar masa di library then terus makan di cafe library.
Or member assignment.
Ada lagi sebenarnya, tapi aku ngantuk da.


Nancy (Ehehe... Buat la muka begitu lagi lam kelas... Kan masuk sudah dalam blog... Ehee)

Nikita (Candid in the library)

Faye (Driving pas printing assignment. Tapi file corrupt)

Encik Simi (Stone mata sbb ujan ka?)

Wan (Baju ijau. Fokus konon)

Lidwina (Thinking bout Hafiz. Serious???)

Janius (Apa tengok2?)


Me@Pie (Kenangan bersama lukisan Zaen)

Akan ada gambar TESL lain akan menyusul. Nantikan...


-Members of The Floor-

Saturday, April 11, 2009

Harapan Pendidik Muda


Di satu ketika
Aku hanya melihat kain putih di dalam kedai itu
Teringin aku mencorak kain putih itu menjadi kain yang hebat
Tapi tidakku pasti 
Mampukah aku untuk mencorak kain itu
Kuperjudi nasib turun ke gelanggang belajar mencorak
Tapi aku mengerti
Ilmu tak pernah penuh di dadaku

Dulu
Aku hanya melihat dari jauh
Hari ini aku dibenar melihat dari luar kedai
Kain putih itu semakin dekat
Aku menjadi semakin takut untuk mencorak
Semakin aku belajar mencorak
Semakin aku takut memegang kain itu

Kain putih warisan masa depan negara
Aku sering bertanya
Mampukah aku?
Takut aku tercarik kain itu
Takut aku rosak corak mengharu
Takut aku kain itu tetap begitu

Aku hanya mampu menanti
Bersedia untuk masuk ke kedai itu
Dan mula mencorak kain putih kebanggaan mereka
Hanya doa mampu kupanjat
Agar kain tidakkan rosak
Corak sentiasakan cantik
Di hujung tangan pencorak muda


-Kecamuk melahir tinta-
-Lukisan karya Zaen. Model Opie.-




-Harapan pendidik Muda-

Friday, April 10, 2009

Pendeknya...


Aku dapat tempat latihan mengajar di SMK Apin-apin Keningau. Macam Excited aku. Tapi macam takut or nervous. This is my first time teaching as a teacher. Except for the assignment TLS... What will happen? Who knows... Just let Allah decide it. We just human being rich with weakness... Gambatte...


-Gambar tiada kaitan dengan post-

Wednesday, April 8, 2009

Suara Alam


Duduk di pangkin zaman
Sempat kulihat berenang ikan di tasik 
Sempat kujeling terbang burung di langit 
Sempat kutenung duduk monyet di hutan
Indahnya semua ini ketika dulu

Tapi semuanya bagai tinggal mimpi yang menjadi igauan
Rapuh pangkin tempat kududuk 
tidak kelihatan ikan di tasik
tidak kelihatan burung di langit
tidak kelihatan monyet di hutan
yang ada hanya sepi semulajadi
riuh manusiawi

Keruh di tasik
Asap di langit
Botak di hutan
Hanya ini peninggalan
Yang bakal jadi warisan

Jangan menuding jari ke arah sesiapa
Kerana semua dari diri kita
Manusia haloba tanpa fikir
Menyimbah tasik menjadi hitam
Membiar langit bertambah kelam
Merobek hutan menjadi lapang

Sedarlah anak bangsa
Tasik hitam, langit kelam, hutan lapang
Hanya pinjaman Tuhan yang tak mungkin berkekalan
Andai tangan kotor sentiasa menerkam tanpa fikiran

Angin alam bertiup menikam
Menyeru akal agar berfikir bertunjang kesedaran
Menghargai khazanah alam yang menjadi warisan peninggalan
Buat anak bangsa lain zaman.


12.36 a.m.
Kolej Kediaman Indah Permai


Suara Alam
-Biar alam menampi segala kebenaran-

Sunday, April 5, 2009

AKHIR PENCARIAN INI

Poster Akhir Pencarian Ini

Brochure(Depan)

Brochure(Belakang)

Ini merupakan pementasan DEKON aku yang pertama dalam hidup aku. Aku sering tidak menghadirkan diri untuk sesi latihan DEKON ini atas sebab-sebab yang tidak dapat aku elakkan. Skrip yang boleh aku katakan bagus. Datanglah beramai-ramai ke Dewan Resital 15APRIL2009 pukul 2 petang untuk menyaksikan DEKON AKHIR PENCARIAN INI.


In
i janji yang pasti

Walau hilang tak nampak
Aku tetap akan mencari
Biar ke hujung nyawa
Atau Akhir Pencarian Ini







Sis Nurul:Kalau boleh datang la. Nak tengok bro berlakon kan... Ni kira berlakon la jugak...

Saturday, April 4, 2009

D.I.Y Workshop

Aku baru saja balik dari Bengkel D.I.Y. di Damai Plaza. Boleh dikatakan kehadiran agak mantap. Memang merisaukan pada awalnya. Tapi akhirnya kehadiran begitu memberangsangkan. Bermula dengan launching website dari 'L' kemudian talk by August. I think what he said was true. We are equals. No brand can make us different. I don't care what people will said about me. Lepas saja dari talk tu, there are performance from August, Reza, Rezo, Riko and one of the SPTA lecturer(I forgot his name). Lirik lagu yang memang berbentuk kehidupan membawa kita untuk memikirkan bagaimana hidup itu sebenarnya. After that, screening documentary 10 Tahun Sebelum Merdeka. Actually I have so many things to say about this short documentary. But I should write it other time. Lepas tu ada screening untuk satu lagi documentary tapi aku lupa apa tajuknya. Sangat bagus untuk ditonton kalau anda seorang yang mahu menilai sesuatu kehidupan. After settle the screening, we move to learning how to do t-shirt printing. Its interesting. Selesai saja semua tu, kami semua lepak sekejap di Kedai Mamak. Then going home. Apa yang sudah dibincangkan wajar untuk dilakukan sesuatu. Apa dia? Itu berbalik kepada diri kita. Semua bermula dari dalam diri kita jua.

Friday, April 3, 2009

TESL NITE...

Settle Tesl Nite. Quite enjoyable... Ehehehe... but I'm doing something terrible I think... I dance on the stage when people singing... Not dancing actually... Just some movement... Ehehe...

People enjoy watching the performance. But as a technical crew, we feel like we gonna die... No experience with the lighting... I have to settle it down in split second... Ahahaha... Puas hati la...

I don't know what will be in the post mortem... But I don't really mind... Its just some opinion from others... I just need to listen to it right?

Most important thing, our senior being enjoy... Good job... Second year good job... Better I said, you guys rock TESL...ehehe...

Thats all... I'm at CC... Penat... Sakit... Gastric....

Thursday, April 2, 2009

Mencarut

Sudah lama aku x berblog. Bukan aku malas tapi buat masa sekarang ni, keadaan tidak mengizinkan. Modem rumah kami(A10-02) rosak. Mungkin sebab kilat hari jumaat lepas. Apa kan daya. Diam ja la. Dalam erti kata lain cuti.

Aku sebenarnya banyak mau suarakan ketidakpuasan hati. Tapi apa boleh buat. Rasanya semua sudah terpujuk. Jadi sunyi akibat modem yang rosak. OK

Salam cuti

Friday, March 27, 2009

Cahaya Pencarian


Malam selesai sudah Resital Graduan Tari. Aku sendiri mencari sebab kenapa aku mesti berada di sini dua malam berturut(tak termasuk siang pembukaan). Aku rasa macam aku perlukan seni untuk mengisi kekosongan(Agama sudah semestinya). Selesai dua malam pementasan tarian kontemporari ini aku merasakan cukup puas walaupun ada kelemahan yang aku nampak tapi aku ragu untuk suarakan. Ini bukan bidang aku untuk aku bersuara. Ada yang lebih berhak. 

Sepanjang aku menonton pementasan ini aku rasa semacam hendak menangis, menjerit,ketawa girang, ingin meronta. Seperti aku meletakkan perasaan aku ke dalam tarian. Aku bukan penari mahupun lelaki yang pandai menari. Tapi bagi aku tiap gerak itu membawa perasaan. Aku meletakkan diri aku dalam tarian "Unacceptable"(kalau aku tak silaplah). Aku teringin menjerit meronta kerana aku seperti zombie dalam tarian tersebut. Diperlakukan seperti makhluk tidak berperasaan. Hanya mengikut. Aku kaku untuk bersuara. Dalam tarian kedua, jiwa aku tambah berkecamuk. Bukan aku kecewa dengan apa yang disampaikan. Tapi aku serba sedikit merasa apa yang cuba disampaikan oleh koreografer. Terima kasih kepada koreografer kerana meleraikan segalanya. Terima kasih "The Answer" kerana mengingatkan masih ada lagi yang sudi mendengar isi hati. Titis air mata cuba aku sembunyikan.

'Libas'. Mungkin aku sukar untuk mengerti apa yang kalian cuba sampaikan. Tapi dari segi gerak aku cuba fahami. Perginya salah seorang(ke seekor?) dari kalian mungkin sebab 'tikaman' orang sekeliling kita juga. Jatuh bangun kita bergantung dengan orang sekeliling kita. 'Cahaya' membawa aku kepada seribu rasa cemas. Gerak mantap. Aku terasa ingin cepat keluar dari keadaan ini. Aku mahu segera dileraikan. Kalian mengajar cahaya itu penting untuk hidup ini.

-Hidup ini bagai pencarian yang tak pernah sudah. Bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita hendak menggunakan jalan keluarnya. Seperti aku masih kosong.-

Sibuk mencari cahaya
Sehingga bisa membinasa
Membawa seribu rasa yang takkan hilang
Aku masih di sini
Menyapa angin yang kadang membisu diam
Tapi aku masih mencari suatu pencarian yang panjang
 
Apa aku akan ketemu dalam hidup yang kelam
Gelap dan bisa menyesatkan
Sedar dan menenggelamkan
Cemas yang menyukarkan
 
Aku kembali diam
Tatkala mendengar jeritan
Apakah yang hilang?
Rasa dari kurniaan
Atau bisu mencengkam?
 
Hujung pencarian
Segala kau leraikan
Tapi benarkah ini yang terang?
Hakiki yang mengusutkan
 
Akhirnya sedar menampar mimpi malam
Takkan ada hujung pencarian
Kerana pencarian itu panjang
Sudah tanpa sempadan
Cahaya pun takkan hilang
Biar ditelan zaman.

Wednesday, March 25, 2009

Sekilas Terpana Bicara Manusia

Apa beza antara duanya? Sebelah kiri Projek Sains dan Kerjaya. Sebelah kanan Karnival Sains dan Kerjaya. Kenapa dua program dibuat pada waktu yang berdekatan untuk benda yang mungkin sama. Pelik sungguhkan. Satu kelab sekolah yang anjurkan. Yang satu lagi dibawah Persatuan Mahasiswa UMS. Kenapa boleh terjadi?

Ini kain rentang untuk Program di bawah Persatuan Mahasiswa UMS. Jadi macam satu benda pelik pula kan ayat "SEGALA ADA SEBARANG PERTANYAAN..."

Kain rentang ini digantung didepan Sekolah Pengajian Seni. Pernah saya dimaklumkan menggantung kain rentang di pokok adalah melanggar peraturan. Sumber bahagian keselamatan. Dan untuk makluman, kain rentang program kami pernah dicabut di sini. Kenapa mesti dilarang menggantung kain rentang di tempat tumpuan pelajar. Menjadi persoalan apabila ada kain rentang dicabut dan ada yang tidak. Pelik bin Ajaib. Ada unsur pilih kasih atau mereka yang mencabut hanya kadang-kadang menjalankan tugas?

Sekilas pandang aku merana
Sekilas rupa aku terpana
Apa aku tertinggal nun jauh di belakang sana?

Aku masih bisa bicara
Biar dihalang dengan kuasa yang tiada
Aku mahu kita sama dalam perjuangan berbeza
Mungkin kita tak serupa
Tapi jangan pandang aku sebelah mata

Lantas kita mungkin mampu bekerjasama
Atas dasar kau suka
Aku suka
Atau kita bicara bawah pondok yang sama
Pondok siswa yang luka

Mungkin kau tak seluka dia
atau aku tak seluka kau yang punya kuasa
tapi kita semua sama
Insan yang mencari cahaya

-Nakal tak semestinya tak baik. Jahat?-

Sunday, March 22, 2009

Hari ini atau hari esok



Hari ini aku cukup penat. AKU HILANG HANDPHONE... Sepa jmpa hp tu tlg pulangkan ek...

Aku bangun awal hari ni. Semata-mata untuk menghadirkan diri untuk bengkel MUET. Even i'm not taking MUET but our lecturer ask us to do that. So support. For 1, 2 and third slot, it was very boring. But for the final slot its really good... Two thumbs up for the speaker...

Nite comes....

Aspreasiasi Seni. Aku datang semasa persembahan yang kedua or ketiga. I just want to comment for the performance third and so on...

For persembahan pertama yang aku tonton merupakan persembahan tarian daripada kumpulan yang menamakan diri mereka 'Cangkerang Putih'... Tapi kostum semua hitam... Very attractive. I start from the beginning la kan... Persembahan kumpulan ini dimulakan dengan masuknya seorang wanita dalam keadaan mabuk. Actually bagi aku watak ni nampak buat-buat la... Aku rasa macam bengang sikit tengok. Masa dia berdialog sorang, aku rasa macam dia mmg bdialog sorg. Sebab rasanya hanya dia seorang saja yang mendengar dialog. Dalam erti kata yang mudah, lontaran vokal hancur. Watak itu tertidur sahaja, mulalah tarian kontemporari "Kebangkitan Malam" yang melambangkan mimpi si watak. Aku mengharapkan penari utama dalam tarian melakonkan watak wanita mabuk tu. Lagi nampak kesinambungan. Dalam tarian tu, aku dapat mesej kecelaruan yang cuba disampaikan. Mungkin aku tidak bagus untuk menginterpretasikan tarian tapi aku rasakan bagus. Cuma selesai saja tarian tersebut, kumpulan ini memasukkan elemen agama. Aku tidak menolak kesesuaian agama dalam persembahan. Aku pun sangat bersetuju elemen agama WAJIB dimasukkan dalam seni. Akan tetapi agak kurang sesuai dalam persembahan ini. Overall aku rasa persembahan yang cukup mantap. Daripada 40 markah aku akan berikan 33... Even aku xbagi markah pun...

For 2nd performance dari kumpulan Nightmare Creative Studio... Aku mengharapkan sesuatu yang lebih mantap atau mencapai bench mark yang ditinggalkan oleh kumpulan tarian sebelum ini. Mereka membawa pementasan yang bertajuk TANAH. Persembahan drama. Ingin aku sentuh dari segi lakonan. Pelakon berlakon dalam gaya mechanical acting. Business yang dibuat kaku. Aku pun jadi bingung tengok. Ada satu bahagian dalam cerita, pelakon berada di dua kedudukan dan membuat tumpuan perhatian terpisah kepada dua bahagian tersebut. Pelakon cuba berlawak untuk menarik perhatian penonton tapi akhirnya mereka memalukan diri sendiri kerana tidak mampu membuat penonton ketawa. Mereka menggunakan LCD. Cahaya dari LCD mengakibatkan pertukaran set oleh crew dapat dilihat oleh penonton. Tapi idea memasukkan lagu untuk scene cinta bercinta tu bagus. Dan aku rasa cantik. Belum habis aku tonton, Encik Lokman(salah sorg pensyarah) mengajak aku keluar. Overall aku tak puas hati. Aku bagi 25 even aku tak habis tengok.

Seterusnya merupakan tarian daripada kumpulan adik-adik junior aku. Aku tau mereka ada masalah dengan kumpulan sebelum ini. Jadi aku rasa aku cuba faham. Aku hanya dapat menonton tarian mereka. Tiada apa yang menonjol untuk aku kutuk atau hina. Tapi aku rasa mistake yang dorg buat adalah dorg menari tak senyum. For this group I give 28...

Aku berharap kerinduanku kepada nasyid terubat. Malangnya apa yang aku tonton dari persembahan seterusnya agak mengecewakan aku. Harmony-out. First Singer- Out. Ada yang tak hafal lirik. Genre kegemaran aku mereka robek ikut interpretasi begitu. Aku hanya bagi 25.

Next performance ialah persembahan nyanyian dengan iringan gitar dan piano. Aku rasa mereka mementaskan sesuatu yang selamat walaupun sumbang here and there. Tapi selamat. Aku tidak catat banyak. Yang pasti pada awalnya aku letak markah 28 tapi aku kurangkan jadi 24 bila pemain gitar turun dari pentas selesai pementasan dengan melompat.

Kumpulan yang boleh dikatakan hangat pada persembahan ini ialah kumpulan yang membuat persembahan lakonan Rock@Batu. Aku tidak malu untuk memuji dua orang pelakon yang boleh dikatakan natural di atas pentas. Mereka menjadi di atas pentas. Bukan berlakon. Malangnya apa yang aku catatkan di atas kertas "I don't know where the mistake is. I don't laugh at all." Aku tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Aku mahu mereka serius bermain. Bukan bermain main-main. Overall aku katakan "Kenapa seni disampaikan dengan berlawak berpanjangan? Apa seni yang disampaikan itu?" Markah saya berikan 34.

Kumpulan Maintain Girl merupakan kumpulan yang seterusnya. Aku sudah tidak mampu menumpukan perhatian dengan persembahan mereka. Sehingga aku merasakan bahawa aku ingin menjerit "Kepala hotak ko ni persembahan. Aku tak dengar apa yang ko cakap pun". Voice projection sangat out. Mechanical acting. Jalan cerita aku tak faham langsung. Tarian no komen. 20 sajalah aku bagi.

Kumpulan seterusnya ialah kumpulan "Tiba-tiba dapat Ilham". Aku hanya mampu cakap entahlah. Last minute punya idea kan. Hentam sajalah. So no komen at all with 21 marks. Ada persembahan daripada budak muzik. Tapi aku malas komen. So let it go la... Persembahan terakhir dramatari. Tarian ok. Elemen silat cantik. Penutup tarian pun ok. Cuma narrator... Aku kurang jelas dengan perbualan kamu. Overall ok with 33marks. Ucap terima kasih kepada zapin dan silat.

Secara keseluruhan. Penonton agak bising sehingga mengganggu orang lain. Bising tidak bertempat. Masa yang sesuai ketawa bagi aku bukan masalah untuk ketawa. Tapi ada masanya perlu mengurangkan kebisingan bagi memudahkan pemain melontarkan vokal yang sememangnya menjadi masalah besar malam ini. Aku penat untuk ketawa. Minta maaf kerana terlalu jujur dalam berkata tadi. Mungkin ada yang terdengar.

-Bila media bisu, sastera mula berbicara. Tapi mencapai sastera langit, jarang dilakukan kita-

Thursday, March 19, 2009

Bicara Insan Tak Punya Apa



Malam semalam aku cuba mempertikai apa yang berlaku kepada salah seorang mmber aku. Bukan aku mempertikai keseluruhan, tapi aku mempertikai antara keselamatan, kebajikan dan peraturan. 

Aku baru balik dari latihan lakonan dan mmber aku ni baru balik dari latihan tarian. Member aku balik dengan menunggang motosikal dan aku pula dengan menaiki bas. Member aku buat kesilapan dengan tidak membawa kad pelajar. So aku tolong ambilkan kad pelajar dia. Aku ambil masa berbincang dengan pengawal keselamatan. Apa akan jadi selepas kad pelajar itu dirampas. Pengawal memaklumkan aku, pelajar akan disaman. Menjadi persoalan aku kenapa pengawal berani menyatakan bahawa pelajar berkenaan akan disaman. Sedangkan pelajar lambat kerana menyertai latihan tarian yang juga merupakan usaha untuk membantu salah seorang pelajar tahun akhir tarian. Ini merupakan projek tahun akhir pelajar berkenaan. Latihan terpaksa dimulakan lambat kerana komitmen pelajar terhadap kelas. Akhirnya latihan akan habis lambat.

Pelajar@member aku ni balik lambat dan akan disaman kata pengawal keselamatan sebab balik lambat. Kenapa tidak dipertimbangkan faktor balik lambat tu? Apa peraturan ini dibuat untuk menghalang pelajar dari terlibat dalam membantu projek akhir salah seorang sahabat? Akhirnya ada insan yang tiba-tiba datang meleraikan ketidakfahaman pengawal yang berkata saman tetap saman. Saman akan dibuat berdasarkan budi bicara. Andai alasan kukuh, saman tidak akan diberi. Macam tu lah ceritanya apabila pelaksana peraturan universiti tidak mengerti tolak ansur.

Aku akan terus bersuara demi kebajikan mahasiswa walaupun aku bukan perwakilan. Aku takkan berhenti walaupun aku ni hanya suara kecil. Biar aku tidak mendapat sokongan perwakilan. Kita mahu mahasiswa untuk terbuka tapi tetap mengikut peraturan. Aku pernah ditegur atas kesalahan aku sendiri. Aku hanya berdiam diri. Sebab aku bukan sombong bodoh untuk tidak mengakui kesalahan diri sendiri. Aku akan bersuara andai perkara itu boleh dibincangkan. Fikirkanlah kalau saman dibuat atas dasar peraturan tanpa budi bicara. Di mana adilnya peraturan. Kalau mahu dihalang pelajar memasuki kawasan asrama selepas pukul 11, halang jugak staff yang masuk lambat. Atas apa alasan sekali pun, adil mesti ada.


Biar aku insan tak punya nama
Tapi aku mampu untuk berbicara
Apa guna jawatan yang dipuja
Andai tak mampu bersuara

Kita berjuang atas dasar apa
Dasar kebajikan siswa
Bukan kepentingan mereka
Tapi untuk hak kita

Jangan tunggu akhir masa
Jangan biar kebajikan musnah sahaja
Jangan abai suara kecil kita

Biar kita jadi lembu buta
Tapi bukan lembu yang dicucuk hidungnya
Biar kita jadi babi yang dipandang hina
Tapi bukan babi yang hanya tahu buta setia

Ingatlah siapa kita
Perjuangan kita
Kebajikan siswa
Tanggungjawab bersama.

-Insan tak punya apa-