Thursday, July 30, 2009

Gadoh????Di mana?

'GADOH'

Fight at school??? No la... I just finish watching GADOH by Brenda Danker and Namron. BTW this movie ok. Smart la. Isu yg baik. Simple. Tapi penuh makna. Movie yang buat kita fikir sejauh mana perpaduan tu kita boleh capai.

SYNOPSIS:Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.


Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

-Di mana kita?-

Tuesday, July 28, 2009

Rokok Penyebab Kelahiran Bayi Pra-Matang(Ek... Ada kaitan ka?)

Hanya hiasan semata.(ME, Amoi n Suif)

Keadaan kesihatan aku sudah semakin pulih selepas sakit yang memanjang.

Latihan mengajar aku masih lagi berjalan dengan sederhana. Aku tidak mengharap apa-apa. Aku hanya ingin kesederhanaan. Aku sudah cukup sakit untuk mengharap lebih. Terima kasih kepada pelajar students Form 4P and 4H. All of you were gift given by God. Saya tidak lupakan juga pelajar-pelajar lain tingkatan 4I, 5H and 5W. Mungkin saya hanya masuk kelas sebagai guru ganti, tapi kamu semua memberi saya kegembiraan dalam latihan mengajar. Mungkin masa be real teacher it will be not the same, but i will remember this memory. To Jacq, Udin n Nelson, I will give my support to you guys.

Ehehe... Macam mau habis LM suda kan? Pada hal got two months more...

I miss my girlfriend a lot. I also miss my coursemate. Nikita, Nancy, Lidwina, Faye, Comot, Wan, Janius, Encik, Yvette, and lots more. I also miss joining or involve in stage performance. Bila la saya boleh involve lagi ni...

-Menanti cerita sebuah kisah yang hakiki-

Monday, July 20, 2009

Permulaan atau Pengakhiran Cerita?


-Minggu yang membawa seribu persoalan. Kenapa? Malas hendak berkata. Biar senyum yang bersuara. Ceria menjerit luka-

-Wajah suatu waktu sebelum sempat berbicara-

Wednesday, July 15, 2009

SMK Apin-Apin.(Only photo)

Cik Tunang Orang

Teka Siapa?

Jacq ;P

(Pemantun SEMEKAP a.k.a Anak Cikgu Nicholos) Student elit SEMEKAPNi Jacq bagi masa Birthday aritu. Thanx Jacq. Meaningful.

Gelang.

-Menunggu sebuah kesah mula bersemi. Hakikat hidup yang pastikan mati-

Tuesday, July 14, 2009

Encik Simi JOkes + Memory of PRS-PROSTAR

teacher: what's the meaning of convert? it's a verb..
students 1: optimus prime convert into lorry

senior teacher: ada brita bek utk kamu semua...
LM teacher: Apa cikgu?
senior teacher: Sabtu n Ahad cuti..

teacher: how many questions have U answered?
student 1: 3 sir...3 words..

(From Encik Simi)

Me???

From left: Cikgu Shahida, Cikgu Wanie, Cikgu Jalifah and ME.

From left: Jacq, ME and Masnih@Onie.(After gimic celebrating birthday. She's not birthday girl.)

Line of Facilitator.

Fasilitator pun nakal-nakal jugak.

-Kadang kita senyum bukan gembira tapi sekadar menahan gelora rasa bertanya salah siapa. Tapi lebih baik kita senyum dari membuat yang lain derita.-

Thursday, July 9, 2009

Pic of thousand story(Pada hal malas menaip)

Cikgu Joe(Rock), Cikgu Jaidi(Petanque Guy), Me(Innocent kn)

Cikgu Frankie(Smile always)

Students

Cikgu Mony(Guru Popular)

Ustaz Ghazali(Mufti.EHehe)

Cikgu Nicholos(Cool)

Bilik Guru Kami

-Nantikan gambar lain-
-Senyum penawar duka-

Tuesday, July 7, 2009

Aku


Aku agak hairan bila aku menjadi penat kalau tidak berbuat apa-apa. Tapi bila ada benda aku buat, penat tu jadi puas. Malas taip panjang. Just want to update my activities.

July 8: Proposal for next week must be done.
July 9: Contact UMS punya budak urus sal lawatan.
July 10-12 : Camping under UBK.
July 13 : My birthday. Ahahaha

Wednesday, June 24, 2009

Kesah Hati


Hairankan kalau tiba-tiba kita penat kalau banyak berfikir? Aku penat. Entahlah. Macam sedih. Tapi aku tidak dapat tunjuk di muka aku. Everything sakit sedih tension terkumpul di dalam. Tersimpan. Macam gembira tapi sedih. Macam tak sedih juga. Celaru. Mungkin sebab aku kecewa tidak diobserve tadi. Mungkin. Tambah-tambah lagi bila ada suatu yang mengganggu aku sekarang. Aku bukan dapat luah dalam blog ni. Sebab blog ni ada orang akan baca(mungkin ada orang baca la).

Sekarang ni masuk minggu kedua aku mengajar di SMK Apin-Apin. Aku selesa mengajar di sini walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah. Aku antara makhluk yang bergelar cikgu datang awal ke sekolah. Aku selesa dengan kelas yang diberi. Walaupun pada awalnya aku agak sedikit takut dengan suasanan mengajar. Aku hanya mengajar dua buah kelas. Tingkatan 4 Progresif dan 4 Harmoni. Walaupun 4 Harmoni lebih lemah dari 4 Progresif, tapi aku lebih suka 4 Harmoni. Mungkin sebab pelajar agak nakal tapi bagi aku, pelajar-pelajar kelas ni nakal yang boleh dibentuk lagi. Aku harap pelajar kelas ni pun selesa dengan aku. Mereka ni kadang-kadang memeningkan kepala tapi boleh menenangkan jiwa. Sebab boleh mengimbau zaman nakal aku masa sekolah dulu. Aku tau pelajar-pelajar aku ni ada yang merokok. Tapi aku dah pesan jangan merokok dalam sekolah atau merokok berpakaian sekolah. Aku harap pelajar aku berhenti merokok. Jangan jadi macam aku.

Waktu malam aku lebih suka menghabiskan masa di Dewan Teknik ni. Bukan apa. Di sini ni, best ada aktiviti kesenian. Kalau boleh aku mahu buat macam ni di sekolah aku. Tapi apa kan daya. Sekolah harian dan support macam kurang. Penatlah taip. Nantilah taip lagi...

-Sunyi kalau kita jaga jadi sepi. Tapi sepi kalau kita jaga tidak akan mati. Cuma bila sepi dijaga hancurlah diri-

Tuesday, June 23, 2009

Kusut Mengungkai


Kosong
Gelap

Aku bagai dalam lohong
Aku tak tahu di mana dan kenapa
Bagai menampi sepi
Kabur pandangan mencari kehilangan
Apa tujuan kehidupan yang panjang

Terubat sepi gelora
Dalam terpana sakit
Bahasa dan seni
Menjadi penawar kosong, suka dan duka
Syukur Illahi yang memberi

Tenang jiwa walau kalut udara.

-Sudah lama sepi bukan kerana mati. Tapi sunyi meneman dalam hidup pertapa seni-

Saturday, June 6, 2009

Laptop and broadband for free.

Rasa malas dengan segala. Siapa mo laptop and broadband free? Ada org offer aku. Tapi aku xmo. Haram aku terima benda tu kalau aku xbuat seperti yang diharapkan.

Friday, June 5, 2009

Kesah Rokok (First Episode) Epilogue

Mungkin inilah manusia yang jadi model untuk kotak rokok yang ada gambar kaki buruk tu.

Date in June



June 8th: Going back to KK.
June 11th: Going to Keningau.
June 15th: Report in and start Teaching Practical.
June 19th-21st: Festival Teater Sabah.(I'm not involve)
June 27th: My girlfriend's birthday.

Monday, June 1, 2009

Kesah Rokok (Finale)

Ingatlah. Kita meminjam kehidupan hari ini daripada anak-anak kita.

Petang tadi aku kesunyian. So aku lepak berhampiran dengan tempat bermain futsal. Mula-mula tu aku rasa kosong gila. Then aku tengok ada seorang budak petah berborak dengan ayahnya.

Budak: Ayah, kadang-kadang manusia ni bodoh kan.
Ayah: Hish. Jangan cakap macam tu nak. Kenapa cakap macam tu?
Budak: Yalah ayah. Cuba tengok dekat kotak rokok tu. Adakah patut dorang bagi baby hisap rokok.(Menunjuk ke arah kotak rokok di tepi kerusi mereka)
Ayah: ... (Nasiblah kau ni budak-budak)

Moral of the story: Jangan buang sampah merata-rata.
Cerita Rekaan Semata
-I will quit smoking-