Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib kata kita mesti kawan semua bangsa. Dia kata penuh semangat dengan saya. Kawan-kawan kampung saya semua sokong dia. Semua kata dia bagus. Pemikiran dia boleh maju. Tapi saya hairan. Dia kawan lebih banyak melayu. Dia ada kawan juga bangsa lain. Tapi kawan dia tu takut dengan dia. Kalau tidak takut pun, mesti kawan dia kawan dia sebab dia selalu belanja makan aiskrim dan gula-gula. Saya jadi tambah hairan bila dia tengking kawan saya bangsa lain. Saya tanya dia kenapa tengking kawan saya. Dia kata kita tidak boleh bagi bangsa lain pijak kita. Kawan saya tu tidak pijak saya. Lagi pun dia yang beriya-iya cakap kita mesti kawan semua bangsa. Hairan...
Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib pun macam saya. Tapi Rajib lebih ada kuasa. Saya tidak ada apa. Saya diam saja. Saya tau dia pernah bunuh kucing. Dia tak mengaku. Saya bagitau orang. Tapi saya yang kena. Dia memang banyak kawan dari saya. Kawan betul-betul? Itu saya tak tau la sama ada kawan dia betul-betul kawan dia. Saya? Saya ikhlas berkawan. Semua baik-baik saja.
Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Hari tu, Rajib jadi ketua budak-budak kampung saya. Dia dapat duit. Dia belanja kawan-kawan melayu makan aiskrim dan gula-gula. Tapi tak semua. Kawan bangsa lain? Ada juga dia belanja. Yang dengar cakap dia dan selalu puji dia. Saya? Dia tidak bagi apa. Sebab dia kata saya kawan dengan bangsa lain yang tak guna. Hairan. Dia cakap kita mesti kawan semua bangsa. Tapi tak semua dapat dengan saksama.
Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Jarang dah saya dengar Rajib kata pasal kawan dengan semua bangsa. Yang terbaru saya tau kawan dia menang tempat main guli di hulu. Tempat tu banyak orang melayu tapi dia letak bukan melayu sebab nak tunjuk dia kawan semua bangsa. Saya tak boleh kena tipu. Dia saja letak tu. Dia jaga nama. Sebabnya? Saya nampak dia beli aiskrim dan gula-gula banyak bagi budak-budak tempat main guli di hulu tu. Saya ketawa. Keluar duit banyak gila untuk tunjuk kuasa dia. Saya diam saja.
Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Tapi tidak bermakna saya kawan dengan melayu saja. Saya adil. Kalau tidak adil nanti Tuhan marah. Saya kalau ada gula-gula, saya kongsi semua. Bangsa saya dan bangsa lainnya. Saya bukan macam Rajib yang semua nak dengar kata dia. Itu sajalah kawan-kawan. Rajib dah tengok saya lain macam tulis ni. Saya tau saya kena pukul lepas ni...
kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Friday, April 30, 2010
Saya ada kawan
Aduh takut
Thursday, April 29, 2010
Ini Bukan Lawaklah SIAL!
Gambar ini hanya hiasan semata. Depan sekali Iwan n N. Belakang dorang tu Lan. Baju kurung Dayang. And Me pakai batik. Saja. Sekali dalam seumur kelas aku.-KEPANJING-
Wednesday, April 28, 2010
Intro aku
Tanah kawasan perkuburan Islam itu basah disirami hujan malam tadi. Terdapat tinggalan bekas tapak kaki menuju ke dalam kawasan perkuburan. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berteleku di hadapan sebuah pusara. Kedengaran sayup-sayup lelaki itu sayu membaca surah Yasin. Titis-titis air mata mulai membasahi mata dan pipi lelaki itu. Selesai membaca surah Yasin, lelaki itu masih lagi berteleku di hadapan kubur sambil bergumam sendirian. Lelaki itu kelihatan derita menanggung rindu yang tidak kesampaian. Titis-titis air mata belum juga kering seperti titis hujan yang turun malam tadi.
-Intro cerpen aku. Satu-satunya cerpen aku.-
Jangan peduli post ni.
Melalut dalam post ni sebab aku tiada idea menulis. Tapi aku mesti menulis.
Tuesday, April 27, 2010
MALAS
SUMPAH!!! Aku belum study. Aku rasa aku exam dengan tidak membaca notes. Belum pernah aku buat. Eh rasanya selalu aku buat dalam exam semester-semester lepas. Entah. Serius aku lupa sudah perasaan exam ni. Sebab tu aku lupa rentak. Atau aku sengaja mencari alasan.
Ada hal lain sebenarnya aku fikir yang buat aku rasa malas membaca. Serius. Aku malas. Aku bukan tau aku mo buat apa. Tapi aku sudah lemah. Tiada tenaga.
-Akukah yang berada di sana. Di sisi keduanya yang berbaju putih. Terus menanti.(Pie, 2010)-
Sunday, April 25, 2010
Aku tak tau!!!
Pernah terfikir benda kecil yang selalu kacau otak kita? Masa kita santai-santai depan komputer nak tenangkan otak tiba-tiba dengar bunyi-bunyian yang kurang enak. Contohnya bunyi mesej masuk yang bingit. Tambah menyakitkan hati, sudahlah benda tu memang membingitkan tapi empunya telefon dengan slumber badak lambat ambil handphone. Untuk sekali tidak mengapa. Kali kedua pun tidak mengapa. Ketiga, tolak ansur. Keempat? Ni dah lebih. Tapi tak mengapa. Sebab sabar sajalah. Anggap saja orang itu memang tidak mengerti belajar memahami perasaan orang lain.
Pernah terfikir benda kecil yang selalu menyesakkan otak kita? Masa sedang nyenyak tidur, kita dengar bunyi ketawa yang mengganggu. Masa kita tidur, dengar suara nyanyian yang nyaring. Suara-suara tu tidak mengapa. Sebab benda tu hak manusia. Ketawa? Pun tidak mengapa. Sebabnya? Ketawakan penawar duka. Kita faham. Nyanyian? Sebenarnya bukan kisah sangat pun sebab nyanyian boleh mendodoikan. Nyaring? Kepala hotak kau. Kau tak belajar adab? Orang tengah tidur kau menjerit melolong? Kalau kau tidur orang buat macam tu dekat kau, apa kau rasa? Mesti kau rasa sial kan? Tapi bagi aku tak mengapa. Sebabnya? Kau ni terencat lah kot. Tak pun kau memang tak tau nak faham keadaan. Tak boleh nak hidup dalam masyarakat. Untungnya kau dapat orang macam aku yang tak kisah semua tu.
Sebagai pelajar universiti, apa yang selalu kau buat depan komputer? Main game, FB, blogging, tengok movie. Eh, belajar pun jangan lupa. Then masa kawan kau tengah belajar, kau pula sibuk dengar lagu kuat-kuat. Tak pun tengok movie dengan high volume nak tunjuk kau ada speaker yang dah empat tahun pakai di universiti. Opps. Maafkan aku. Aku tak tau kau belajar. Jadi, kau korbankanlah diri dengan duduk luar rumah sebab bagi peluang orang belajar. Tapi bila time kau nak belajar pula, mereka-mereka yang ada buat kecoh macam nak bagi pecah rumah. Apa kau rasa? Lepas tu masa kau belajar, boleh pula mereka-mereka ni gembira menjerit menyanyi. Bukan menyanyilah. Tu melalak. Nak minta kena hempuklah tu. Tapi semua tu, tak mengapa. Aku tak marah. Aku simpan ja. Kamu semua mulia. Aku seorang saja yang hina.
Hurm... Tapi... Boleh aku minta sesuatu?
Aku minta belajar hormati orang. Kalau kau tak hormat orang, macam mana nak orang lain nak hormat kau? Kalau orang tak hormat kau, kau melenting pula.
Aku minta kau letakkanlah diri kau di tempat orang tu. Apa orang tu rasa. Orang dah letakkan diri di tempat kau. Sebab tu orang tu diam saja. Kau pula? Bila nak letakkan diri kau di tempat orang tu? Kalau satu hari nanti orang tu tak dapat letakkan diri dia dalam diri kau? Takkah nahas jadinya?
Aku minta kau belajar tolak ansur pula. Kalau kau tidur or belajar, orang sanggup bagi laluan untuk kau. Tapi orang tu tidur, kau buat macam tiada orang yang tidur. Kau bukan terencat kan? Orang terencat pun berbudi bahasa tinggi. Kau ni tak bangang pun.
Ok. Akhir kata dari aku, kau tak hidup seorang. Kau tak mati hidup bermasyarakat. Kau tak mati hidup menghormati. Fikirkanlah.
Saturday, April 24, 2010
JANJI
One paper was already down. I’m down with it too. Kalah dalam berperang. Aku bukan tau apa yang aku jawap. Agak memeningkan kepala la juga. Tapi apa-apa pun past is past. It will never change to future. What I should do now is fighting for my next paper which is Comparative Literature. But how I am gonna survive if I already died in the war?
BERBAJU PUTIH KEDUANYA MENDEKATI AKU...
SELAMATKAN AKU!!!
AKU MASIH ADA JANJI...
KEDUANYA BEREDAR SELEPAS MENGAMBIL KATAKU UNTUK DIKOTA KEMUDIAN HARI.
YA.
AKU PEGANG JANJI ITU.
Friday, April 23, 2010
Nombor Ekor.

Sementara menunggu mood study datang tadi, sempat aku dan kawan-kawan aku borak pasal nombor kedudukan dalam kelas. Maksud aku masa sekolah dulu. Mak Bapak sibuk membanggakan kedudukan anak mereka dalam kelas.
“Anak aku dapat nombor SATU dalam kelas. Berbaloi aku hantar dia pergi tuisyen,”
”Anak aku kalau tak dapat nombor SATU, mesti nombor DUA. Bagus anak aku tu. Belajar konsisten.”
Ni la yang selalu kita dengar. Tapi ada juga selalu kita dengar yang agak lain.
”Aku hairan. Anak aku tak pernah nak dapat nombor SATU. Selalu je dapat nombor LIMA BELAS. Tak pun nombor EMPAT. Tapi EMPAT dari belakang la.”
Menghairankan bila nombor ni yang jadi ukuran. Aku bersyukur sebab parents aku bukan jenis yang mementingkan nombor kedudukan dalam kelas. Tapi itu bukan bermakna aku diabai macam tu. Arwah mama selalu periksa keputusan peperiksaan aku. Abah la yang paling aku takut. Kalau nampak kaler merah ja, siap. Menunggulah aku kena basuh. Tapi semua tu kenangan lama. Aku ingat lagi dulu. Aku suka conteng dinding rumah. Parents bising la jadinya. Kalau masa budak lagi tidak mengapa. Tapi ni dah darjah enam. Aku belajar dengan menconteng dinding. Mula-mula tu kena marah la. Tapi bila dah tengok apa yang diconteng tu pelajaran. Abah diam ja la. Dia cat ja balik. Ehehe.
Berbalik kepada nombor tadi, Lan cakap dia nombor TUJUH dalam kelas semester lepas. Nombor dia belakang Fitri. Encik Simi pula di belakang Desmond. Aku nombor 30 di depan Adnan. Iwan nombor 32 belakang Adnan. Bayangkanlah kalau budak universiti masih mengamalkan sistem nombor kedudukan ni?
Nombor berapa agaknya kamu semua?
Thursday, April 22, 2010
Akukah?
Gambar hanya hiasan. Gambar credit to Ayu.
Agama. Budaya. Adat.
Tiga perkara yang menjadi satu dalam masyarakat kita. Tiga perkara yang agak janggal dipersoal. Tiga perkara yang menyentuh sensitiviti. Tiga perkara yang taboo.
Menulis dalam keadaan agak emosional kerana aku agak terasa bila orang tidak setuju dengan cara aku yang selalu mempersoal perkara yang berkaitan agama. Aku tidak kisah kalau cara orang tersebut tidak mahu mempersoal agama. Tapi aku, aku bukan jenis taklid buta.
Timbul persoalan ni bila ada yang cakap kalau nak siram pusara orang yang meninggal, kena siram bermula dari kawasan kepala. Secara automatik, kita akan tanya kenapa dari kepala? Dan jawapan yang aku terima, jangan persoal hukum agama. WTF!!! C’mon la. Apa tujuan mesti dari kepala? Kenapa tidak dari tengah? Apa rasional? Jawapan yang diterima, Sebab orang tua yang cakap macam tu. Tidak bagus mempersoal kata orang tua. Hell!!! Mereka yang mencipta hukum? Aku mahukan rasional. Bukan taklid buta.
Timbul lagi gangguan jiwaku bila ada yang membawa aku baca Yasin dulu. Niat baik. Tapi secara jujurnya, aku ada hal lain. So aku mengelak dengan cakap, Esok malam la. Ok kan? Dengan slumber badak aku kena sebijik bila budak tu cakap, mana boleh. Malam Jumaat la baca Yasin bagus. Wow. Aku terkejut. Sejak bila baca Yasin kena malam Jumaat.
Entahlah. Mula-mula mau buat post yang agak formal. Sekalinya emosi yang lebih.
Wednesday, April 21, 2010
Monday, April 19, 2010
Boleh saya raba?
Ada cerita seorang pemuda berkata kepada seorang wanita yang cantik dan seksi yang mungkin kekasihnya.

.jpg)



.jpg)
