Thursday, June 10, 2010

Sejuk Manis Qaseh


Qaseh
Aku di sini
Menyentuh ikatan
Cuba untuk melerai sebuah rasa
Mungkin bisa kita bersatu

Qaseh
Aku takut untuk menyimpul janji
Aku takut kita berbeza tinggi
Aku takut aku hanya merasai sendiri
Tapi aku juga takut rasa itu akhirnya mati

Qaseh
Izinkan aku untuk begini
Bukan untuk selamanya
Tapi cukup untuk sekelumit waktu
Untuk aku menimbang
baik dan buruk tindak langkahku
Untuk aku berkabung
dengan sakit sebuah luka

Qaseh
Kurasa manisnya biar hanya setitik
Kurasa sejuknya biar hanya sehembus
Semua keranamu Qaseh.

-Menulis lagi.-

Tuesday, June 8, 2010

Begini.(Percubaan menulis puisi kembali)



Aku pernah begini

Aku mahu begini

Tapi aku elakkan untuk begini

Aku takut ia mati lagi

Dia mengerti

Tidak ku pasti dia memahami

Ku harap dia merasai

dan menanti.

Monday, June 7, 2010

HANYA AKU.

Aku terus begini untuk menyepi. Hanya aku.
AKU.

Some people said that life full with shit and damn thing. Yes. For sure I agree with the statement. But I also not denying the beauty of life itself. Essential thing happen in my life making me change to become the thinker of life.

Minggu lepas salah seorang kawan da kawin. Masuk alam baru. Alam yang tidak bujang. Ahaha. Yang pasti aku belum lagi. Tidak tahu bila. Biarkan.

Kesihatan agak kurang stabil. Asma. lu. Fever. Coughing. Apa lagi? Dripping? Tidak sihat pun diteruskan dengan aktiviti jalan sahaja.

PENGUMUMAN PENTING: Sesiapa sahaja yang mempunyai kerja, berikan kerja kepadaku. Aku tiada kerja. Resume nanti aku hantar. Beritahu aku kalau ada kerja kosong ya.

Thursday, May 27, 2010

Buat mereka.


Maafkan aku.
Jangan salahkan dia. Jangan salahkan aku. Jangan hina dan maki aku. Tapi aku tau semua salah aku.
Aku redha. Jangan bergaduh lagi. Sejukkan hati.
Aku tetap menghormati dan menyanjung kamu.
Kamu punya hak membenci aku.

-Aku ada sebab. Tapi aku terbiar sendiri.-

Friday, May 21, 2010

Collection of FB status.

Rumah usang itu

~Sembilan garis hari. Tanpa kata. Biarkan. Biasa menyendiri.(Pie, 2010)~

~Serius. Garis hidup tu kadang kita nampak tebal. Kadang kita nampak nipis. Kalau tak nampak, MATIkah kita?(Pie, 2010)~

~Secara matematik aku gagal untuk mengira kenapa kosong itu boleh menjadi banyak nilainya. Kosong jiwa tapi boleh menjadi nilai kepada bosan tahap naga terakhir.~(Pie, 2010)

~Orang kata macam-macam. Sampai kita bingung dengar siapa yang patut didengar. Tapi kalau orang tak kata macam-macam?(Pie, 2010)~

... Aku tidak mengerti atau aku bodoh memahami?...(Pie, 2010)

...!!! ...!!! ...!!! (Pie, 2010)

~In between the in between-ness.(Unknown, 2010)~

~Katakan dengan gampangnya aku masih sama.~(Pie, 2010)

~Kiblat kasihku tidak berubah. Tapi kenapa ada yang senang berubah. Aku hanya ingin tahu.~(Pie, 2010)

 ~Jangan diam.(Pie, 2010)~

~Serius. Aku bukan kuat tapi aku tidak lemah. Cuma kadang aku...(Pie, 2010)~

Wednesday, May 19, 2010

GILA.

HIASAN SEMATA. FINAL TESL BBQ. PIE AND ENON.

Week 2 at home. It getting serious. What I mean here, I'm getting fucking bored with the environment. I'm doing nothing. Seriously nothing. Damn.

Syarat kemurungan@depress:
1. Tiada kawan.
2. Kesunyian.
3. Terlampau berfikir.
4. Melalut tidak tentu hala.

Entah apa sudah aku taip.

Tolong.

Aku hilang.

Semoga kehilangan ni membawa seribu kebahagiaan.

Gagal dalam matematik. Nilai kosong boleh menjadi banyak.
Kosong jiwa merungkai kepada nilai bosan kata dan amarah bicara.

-SETIAP MANUSIA BERHAK MEMILIH.-

Friday, May 14, 2010

Seorang.

Kesunyian bukan pilihan. Its not my choice. It was given to me. I just follow the flow of my destiny. Damn.

Tiada apa yang berlaku. Sangat tiada apa. Kosong. Tiada kebaikan. Tiada keburukan. Hambar. Apa ni?

Macam haram ja aku rasa. Babi sungguh.

Aku rasa pelik dengan kehidupan. Maksud aku, pelik dengan diri sendiri.

Bangun. Tengok TV. Tengok futsal. Balik. Keluar. Most of my activities that I had done was done alone. Apa sudah aku cakap ni?

Cukup sudah syarat menjadi orang yang kesunyian. Aku buat semua seorang. Berjalan seorang. Lepak seorang. Nasib makan di rumah bukan seorang. Tapi seorang juga. Tadi.

Damn.

-HARAM JADAH.-

Tuesday, May 11, 2010

Jawatan Separuh Kosong?


With Shana. Sempoi girl. Yang penting kami tau apa yang kami buat.


Yang penting kami tau apa yang kami buat.

Aku tahan kalau tidak tengok Akademi Fantasia.
Aku tahan kalau TV di rumah aku rosak.
Aku kurang tahan kalau PC aku tiada.
Bertambah tidak tahan kalau internet tiada punca.
Aduh.........

Aku baru ambil borang jadi GURU GANTI di JPN Labuan.
Dapat atau tidak berserah.
Mencuba. Lagi pun satu hari nanti aku akan jadi guru jugak.

Singgah sekejap untuk update blog.
Siapa-siapa yang ada kerja kosong bagitau aku.

Aku lulusan yang belum tau lulus dari UMS bidang pendidikan dengan TESL.
Boleh berkomunikasi dalam 3 bahasa.
1. Bahasa Malaysia.
2. Bahasa Inggeris.
3. Bahasa Luka.(ahaha)
Mempunyai kemahiran menulis dalam tiga bahasa(Termasuk bahasa luka). Suka meminggirkan diri dalam hati tapi peramah di luar diri.
Boleh hidup berdikari dengan ajaran manusia lain.(Boleh kira berdikari ka?)
Tidak mempunyai kelulusan dalam akaun sebab gagal akaun peperiksaan akhir tingkatan 4.
Tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin atau Kantonis.(Memaki dalam bahasa ni pun xpandai)
Boleh berfikir untuk satu jangka masa yang lama.(Betul ni)
Mempunyai kelebihan yang unik. Boleh tidak tidur kerana blogging dan facebooking.
Mempunyai 3+1 blog. Blogspot, VOX, TUMBLR dan menyelenggara blog Pemuda 'Keris'.

-Maklumat lanjut sila hubungi saya. Tinggalkan melalui emel atau di komen pun boleh. Tiada yang akan marah. Sebab saya SINGLE yang SETIA.-

Monday, May 10, 2010

Bukan salah siapa-siapa andai kiblat berubah


Kiblat kasih. Satu penjelasan aku perlukan. Mungkin didikan kita berbeza. Mungkin pandangan kita berbeza. Mungkin orientasi kita berbeza. Atau fahaman berbeza. Tapi aku cuma perlu penjelasan. Dalam sebuah persoalan "KENAPA BAGAI SEMUDAH ITU?"

Aku tidak tujukan kepada no1 ya. Aku tujukan kepada sesiapa sahaja.

Apa yang timbul di otak aku, terdesak dicintai atau perlu dicintai?

Atau akal wanita pendek sedikit sehingga berubah?(Jangan marah. Ini pandangan yang goyah)

Lelaki jenis tidak menunjuk dan meluah apa yang dirasa. Lelaki pun sama. Ada yang senang berubah kiblatnya.

Konklusi, lelaki yang seperti GAY(bukan bapuk) kebanyakkan setia dengan kiblat kasihnya.
Atau derita akibat mencari keperluan dicintai? Maka berubah kiblat bukan salah mereka. Salah siapa?BUKAN SALAH SIAPA-SIAPA. :)

Update la sikit



Update. Tapi blur.

Aku di Labuan. Cari kerja. Siapa ada KERJA tolong bagi aku.

Last week full with memory.

Emotional? Yes I am.

Tolong. Tolong diam?

Tiada apa yang menarik. Sekarang masa untuk menghabiskan bacaan yang tertangguh sejak berbulan lamanya. Continue with my reading.

For those who keep reading and following my blog, thank you. I will update with more info, topic and poem.(If I still have my writing skills.)

-KAMBING KALAU KITA AJAR MENGHORMATI ORANG TIDAK AKAN PANDAI HORMAT. SEWAJARNYA MANUSIA MENGERTI HORMAT.-

Monday, May 3, 2010

Causa

Midnite at Tanjung Lipat

Now or never.

That quote comes to my mind. I don't know. Actually I don't know who I am now. I feel half part of my soul already dead. And some part of it dying. How I want to describe this damn feeling? I just don't know. For sure to keep myself calm I just said that even more than half already dead, but some of it still alive.

Today will be my third paper. Language Awareness. Supposedly I love this subject. But like I said I've been carried away with the dead feeling. The essential thing, I still a bit blur about this course.

Tomorrow, Philosophy and Education. Its damn already. Hopefully God will be my side.

Wednesday, the end of this examination. Management in Education. Quite ok. I hope it will help me.

I look back to my books. I realize I haven't finish reading 2 or 3 books. Quite good. Coz I can read it back in Labuan.

I need all my novels back. I think 2 were borrowed by SSS junior. And not really sure about the others.

-Loneliness was beating my ass everyday. It was beating my ass twice on Public Holiday.-

Friday, April 30, 2010

Saya ada kawan

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib kata kita mesti kawan semua bangsa. Dia kata penuh semangat dengan saya. Kawan-kawan kampung saya semua sokong dia. Semua kata dia bagus. Pemikiran dia boleh maju. Tapi saya hairan. Dia kawan lebih banyak melayu. Dia ada kawan juga bangsa lain. Tapi kawan dia tu takut dengan dia. Kalau tidak takut pun, mesti kawan dia kawan dia sebab dia selalu belanja makan aiskrim dan gula-gula. Saya jadi tambah hairan bila dia tengking kawan saya bangsa lain. Saya tanya dia kenapa tengking kawan saya. Dia kata kita tidak boleh bagi bangsa lain pijak kita. Kawan saya tu tidak pijak saya. Lagi pun dia yang beriya-iya cakap kita mesti kawan semua bangsa. Hairan...

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Rajib pun macam saya. Tapi Rajib lebih ada kuasa. Saya tidak ada apa. Saya diam saja. Saya tau dia pernah bunuh kucing. Dia tak mengaku. Saya bagitau orang. Tapi saya yang kena. Dia memang banyak kawan dari saya. Kawan betul-betul? Itu saya tak tau la sama ada kawan dia betul-betul kawan dia. Saya? Saya ikhlas berkawan. Semua baik-baik saja.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Hari tu, Rajib jadi ketua budak-budak kampung saya. Dia dapat duit.
Dia belanja kawan-kawan melayu makan aiskrim dan gula-gula. Tapi tak semua. Kawan bangsa lain? Ada juga dia belanja. Yang dengar cakap dia dan selalu puji dia. Saya? Dia tidak bagi apa. Sebab dia kata saya kawan dengan bangsa lain yang tak guna. Hairan. Dia cakap kita mesti kawan semua bangsa. Tapi tak semua dapat dengan saksama.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Tapi saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Jarang dah saya dengar Rajib kata pasal kawan dengan semua bangsa. Yang terbaru saya tau kawan dia menang tempat main guli di hulu. Tempat tu banyak orang melayu tapi dia letak bukan melayu sebab nak tunjuk dia kawan semua bangsa.
Saya tak boleh kena tipu. Dia saja letak tu. Dia jaga nama. Sebabnya? Saya nampak dia beli aiskrim dan gula-gula banyak bagi budak-budak tempat main guli di hulu tu. Saya ketawa. Keluar duit banyak gila untuk tunjuk kuasa dia. Saya diam saja.

Saya ada kawan. Saya suka berkawan. Kawan saya macam-macam bangsa. Saya tidak nafikan kawan saya banyak melayu. Tapi tidak bermakna saya kawan dengan melayu saja. Saya adil. Kalau tidak adil nanti Tuhan marah. Saya kalau ada gula-gula, saya kongsi semua. Bangsa saya dan bangsa lainnya. Saya bukan macam Rajib yang semua nak dengar kata dia. Itu sajalah kawan-kawan. Rajib dah tengok saya lain macam tulis ni.
Saya tau saya kena pukul lepas ni...

Aduh takut


Tadi aku menulis pasal saya dan kawan-kawan mengikut format budak-budak. Tapi tak berani nak publish.

Publish atau tidak?