kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Friday, November 26, 2010
SMK Silabukan
1. SMK Silabukan. Teachers there nice. Siok.
2. Waiting for the bus to go back to KK. Principle bagi cuti.
3. Tinggal rumah guru la dulu.
Lahad Datu
Tuesday, November 23, 2010
Marina Court KK
2. Tomorrow, full with taklimat. Petang penyerahan surat sekolah mana
3. Day after tomorrow, bergerak sekolah masing-masing. I will be posted may be at Lahad Datu. Saspen o.
4. Berserah dengan kehendak-Nya. Mungkin I am not the one who suitable to say this, tapi terima kasih atas segalanya ya Tuhan.
5. Will update again in later. Wish me all the best. And I'm not depending on luck. LUCK not for me.
Thursday, November 18, 2010
Update
Monday, November 1, 2010
Biar tidak dibayar.

Saya sakit. Hari ni saya tidak kerja. Menghabiskan masa seharian di rumah sahaja. Batuk Selsema. Water dripping. Sore throat. Tapi Alhamdulillah. Semua ni dugaan.
Saturday, October 30, 2010
Ringkas dowh

Sabtu 30Oktober2010. Hari keenam bertugas sebagai pembantu pengawas peperiksaan uitm sabah. Perrghhhhh...Agak penat kaki berdiri ya. Tapi agak seronok jumpa kawan baru.
Thursday, October 14, 2010
IJAZAH SEKEPING KERTAS. AMANAH SEBERAT HIDUP.
Sunday, October 10, 2010
Maruah.

~Saya hanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Dua Dua. Tidak pernah mendapat Anugerah Dekan. Tidak pernah menjadi Perwakilan Pelajar. Tidak pernah membuat kajian sejarah pasal Melayu Brunei Kedayan. Dengan membawa 'pelamin tradisi' kononnya sebagai identiti Labuan, tidak bermakna anda membawa imej Labuan. Walaupun anda pensyarah UMSKAL, tapi janganlah secara tidak hormat mempertikaikan persoalan saya. Oh ya, saya Pie, asal dari Labuan, Kedayan Brunei dalam darahku. Kalau tidak silap saya, pelamin tradisi Brunei yang nenek saya cerita berada atas katil.~
Ni luahan yang cuba aku sampaikan tadi. Hari ni aku sempat la luangkan masa sekejap turun ke UMS. Tamu Gadang aku kurang tertarik. Mungkin sebelum ni aku tertarik sebab aku terlibat dalam Tamu Gadang. Luahan tadi tu muncul masa aku melawat booth UMSKAL. Aku bertanya dengan orang yang menjaga booth tersebut kenapa hias dengan pelamin. Maka mereka yang bijak pandai ini menjawap, mereka cuba membawa identiti Labuan melalui pelamin tersebut. Membawa tradisi Labuan untuk lambang UMSKAL. Yang menghairankan, pelamin itu terlalu universal untuk menyatakan begitulah identiti Kedayan Brunei Labuan. Kemudian datanglah seorang cendekiawan pemegang Master bergelar pensyarah. Mengadulah sang pelajar kepada pensyarahnya atas persoalan saya. Sang Pensyarah yang bijaksana ini bukan berdarah melayu Kedayan Brunei. Dan dengan tegasnya dia berkata ini pelamin moden. Lalu INGIN saya katakan dengan penuh makian “Encik, boleh tolong beradab sikit. Melenting tak tentu hala macam s@#!.” Saya tidak cakap lah. Sebab ada hormat. Tapi hairan. Dengan Master yang dia dalam bidang pemasaran, anda bukan tahu semua. Dan janganlah menganggap anda betul semua. Jangan sombong. Ramai pemegang Master yang saya kenal budi bahasa baik. Dia tidak tahu saya ni orang Labuan, berdarah Kedayan Brunei. Saya tidak tahu tradisi. Tapi secara lisan pernah disampaikan.
Oh ya, nama saya Pie. Asal Labuan. Bapa Kedayan. Mama Brunei. Nenek saya ceritakan dengan saya, orang dulu bersanding atas katil. Maka pelamin atas katil. Betulkan saya kalau saya salah ya Encik Pensyarah UMSKAL yang tahu segala. Oh ya Encik, kalau orang Brunei dahulu mengurat guna pantun. Bedundang namanya. Sekumpulan sunti dalam kelabu. Jejaka pula di luar. Berjual pantun. Kalau nak tau cerita orang dahulu, saya tau jugak sikit. Tapi saya tiada MASTER. Terima kasih kerana sedarkan saya yang kamu tu sebenarnya tiada apa selain sekeping kertas MASTER. Tidak belajar budi bahasa.
Friday, October 8, 2010
Di mana aku.
Wednesday, October 6, 2010
DIA

Kita melihat untuk mengetahui

Saturday, October 2, 2010
111010

"Awang,mana sesuai mama pakai, baju kurung hijau ni atau baju kurung maroon ni?"
"Yang warna hijau tu lah ma,"
"Tudung pun warna hijau?"
"Awang lemah pasal warna ni.Hijau la,"
"Awal juga jalan.Ada orang ka nanti?"
"Takut jalan sesak.Kami kena suruh berkumpul 7.30 la macam tu,"
"Jadi kami duduk mana?"
"Mama,babah sama kakak duduk dalam dewan.Siap nanti,Awang call kakak.Boleh ambil gambar.Jumpa kawan-kawan Awang,"
"Bah.Neck tie Awang tu senget,"
"Mama tolong adjustkan,"
"Jubah belum pakai lagi tu,"
"Di dewan sempat nanti tu ma,"
How I wish these dialogues are real.Its hurting me a lot.
Wednesday, September 22, 2010
Penghakiman Sempurna

KITA BUKAN MANUSIA TERBAIK UNTUK MENGHAKIMI MANUSIA LAIN.

