kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Tuesday, October 30, 2012
Tuesday, October 2, 2012
MAMA
Mama atur majlis saya
Mama gubah hantaran saya
Mama tanya persiapan sampai mana
Mama pesan jangan lupa dia
Mama peluk saya
Mama cium dahi saya
Semua harapan saya
Tidak mungkin terlaksana
Terima kasih kurnia yang Esa
Memberi rasa kasih Mama
Monday, October 1, 2012
Maka Bicara
Hanya jeritan bergema
Seperti gema sepi tanpa suara
Berlagu dalam hati
Cuba aku nyanyi keperitan
Bagi memecah keheningan yang terus panjang
Tapi bingitnya cuma di dalam
Apa kerana aku mentimun,
Lalu bisa durian melukakan?
Bukan mahu menjadi parasit menumpang
Cukup untuk aku rasa diperlukan.
Seperti gema sepi tanpa suara
Berlagu dalam hati
Cuba aku nyanyi keperitan
Bagi memecah keheningan yang terus panjang
Tapi bingitnya cuma di dalam
Apa kerana aku mentimun,
Lalu bisa durian melukakan?
Bukan mahu menjadi parasit menumpang
Cukup untuk aku rasa diperlukan.
Tuesday, September 25, 2012
Aku tidak mau lupa
Seronoknya jadi cikgu! (Sila baca dengan penuh semangat sambil hidung kembang)
Being a school teacher are really fun. Seriously. You will meet variety of students. Dari yang pandai atau berlagak pandai. Kepada yang pandai sedikit dari kurang cerdik sehinggalah pelajar sangat lemah. Sangat seronok. Aduh sakit pinggang. Duduk terlampau lama sebab buat kerja. Adoi. Bab ni yang kurang best. 09.30 p.m. Can u imagine a teacher without OT payment working at night? The different, teacher did the work at home(some did it at school).
Arrrgggghhh
Saturday, September 22, 2012
FUH! Guru Mithali Konon. Jangan tipulah.
Kadang-kadang tidak menulis itu pun menimbulkan kerinduan. Membaca post lama sampai menimbulkan pertanyaan "Akukah yang tulis semua ni?". Sesuatu kemahiran yang semakin merosot.
Hidup. Semakin hari semakin banyak perkara dilihat dan ditempuhi. Satu yang tidak pernah kurang. Aku suka melihat. Aku juga suka untuk memahami apa yang aku lihat. Andai aku tidak faham, akan aku cuba fahami sebab aku mahu belajar. Semua itu bagi aku, pelajaran yang amat berguna untuk menjadi satu pengalaman berharga. Sometimes we don't even realise that is the most precious thing in our life.
Apa bezanya sekarang dengan dulu? Kalau dulu bagi aku, 'merasa' keadaan sekeliling itu satu kesenian. Mengetahui perasaan dengan 'membaca' orang tanpa diberitahu. Semua itu adalah satu kesenian. Sekarang ianya menjadi satu keperluan. Dulu aku boleh baca manusia sepanjang hari. Walaupun tidak setepat mana tapi kesenian itu aku rasai. Sekarang, aku semakin penat untuk membaca manusia. Uniknya ciptaan Allah itu yang menjadikan aku memerlukan tenaga lebih. Aku penat.
Hampir dua tahun bergelar guru. Apa seronoknya jadi cikgu? Kerja cikgu senang. Bukan susah mana pun. Gaji besar. Cuti banyak. Ni adalah perspektif biasa. Termasuk aku(maksud aku satu ketika dahulu). Aku seronok bila aku masuk kelas. Satu kepuasan bila melihat muka-muka yang menunjukkan semangat. Tidak aku nafikan ada yang menunjukkan wajah yang bagi menjatuhkan semangat aku sebagai guru. Apa pilihan yang ada? Aku akan cari bagaimana untuk menarik minat. Syukur aku ada kemahiran sedikit melakonkan gaya-gaya pondan, apek tua, india, dusun. Semua tu aku lakukan untuk mewujudkan "Belajar itu best"
Randomly. Itu yang jadi hari ini. Sebab aku sudah jarang menulis. Harapnya akan ada post yang lebih serius(tidak pernah pun sebenarnya). Aku mahu kemahiran aku menterjemahkan apa yang aku lihat kepada satu bentuk tulisan. Untuk aku baca. Dan untuk aku kenang kemudian hari. THIS IS PERSONAL JOURNAL NOT ACADEMIC JOURNAL. Read if you want. If you are full with hatred, I ask you to leave.
-BERKATALAH WALAU PUN SAKIT-
Wednesday, September 12, 2012
Saturday, September 1, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Cinta dari Allah
Empat tahun. Tidak lebih 10minit tidak lebih 10kali.
Yang lain, komunikasi tanpa suara jarak jauh. Sekadar pandangan mata.
Hari terakhir exam, delete number dalam fon.
Kecewa kan bunyinya?
Hari ni. Persediaan untuk majlis bulan 12. I'm happy. Alhamdulillah
Yang lain, komunikasi tanpa suara jarak jauh. Sekadar pandangan mata.
Hari terakhir exam, delete number dalam fon.
Kecewa kan bunyinya?
Hari ni. Persediaan untuk majlis bulan 12. I'm happy. Alhamdulillah
Monday, July 16, 2012
Apa daaaaa
I am not really sure how the education system work in Malaysia. How can a teacher work while there are officer from District Education Office always comes and did comments on this thing and that thing. It is good if the monitoring is done once a while and not just too regularly. Hello0o0o... After they come to monitor, then the officer from Ministry will also want monitor? No other school? Or they just didn't dare to go there?
Sunday, June 24, 2012
Kehidupan?
Hidup dalam kenangan. Aku menghargai kenangan. Aku hari ini sebab aku belajar dari hari kelmarin. Kadang aku terbawa sakit hari kelmarin dan ketakutan untuk hari esok.
Jadi untuk apa aku begini? Semuanya perlu diteruskan biar ada rasa yang tertinggal. Biar ada perit tersimpan. Masih ada yang mendengar dan merasa. Tapi kadang masa tidak memberi peluang untuk berkata. Sehingga kita lupa apa cerita. Mungkin lupa. Atau mungkin kita simpan di dalam sahaja. Takut yang disimpan aku bernanah.
Friday, June 22, 2012
Jalan lagi
Apa yang akan jadi di hadapan jalan kita tidak akan tahu. Mungkin sakit atau gembira. Jalan saja dengan tabah dan bersedia dengan segalanya. Berkata itu lebih senang dari membuatnya. Jangan memilih untuk sakit di tengah perjalanan andai keselesaan itu wujud.
Monday, May 21, 2012
Tabi'i
Maka tertonggenglah punggung
Menunjuk kebiadapan sifatmu
Menerima untuk disodomi dengan cerita-cerita karutnya
Aku atau kaukah yang suka dengan sodomi ini?
Atau munafiknya rasamu kerana ditutup oleh dunia penuh harta?
Lalu memalingkan muka dari ghairah sebenar
Untuk terus mencium tengik busuknya dubur itu.
Monday, May 14, 2012
TERPAKSA BERALAH
TERPAKSA BERALAH
Benang basah itu tegak berdiri
Ya! Tegak nan kukuh
Biar pun masih mengalir air membasahi
Kemustahilan yang diterima
Kadang tanpa usul periksa
Kadang hanya untuk perintah dituruti
Bayang tangan memegang
Hujung atas benang basah
Ya! Tegak nan kukuh
Biar jelas ditipu
Kepincangan jujur yang diterima
Untuk mengampu harta
Dan macam ada yang terpaksa mengiya
Walau cuba berkata semua itu dusta
Tapi terpaksa beralah
Kerana dunia masih mengamal peraturan rimba.
Ya! Tegak nan kukuh
Biar pun masih mengalir air membasahi
Kemustahilan yang diterima
Kadang tanpa usul periksa
Kadang hanya untuk perintah dituruti
Bayang tangan memegang
Hujung atas benang basah
Ya! Tegak nan kukuh
Biar jelas ditipu
Kepincangan jujur yang diterima
Untuk mengampu harta
Dan macam ada yang terpaksa mengiya
Walau cuba berkata semua itu dusta
Tapi terpaksa beralah
Kerana dunia masih mengamal peraturan rimba.
Subscribe to:
Posts (Atom)