'Kosong' merupakan skrip S.M.Noor. 'Kosong' berkisah seorang seniman yang cuba menulis sebuah novel sastera yang sarat dengan dakwah. Walau pun novel yang cuba ditulis seniman berkaitan dengan Islam, malangnya sang seniman tidak mengamalkan gaya hidup Muslim sebenar. Jiwa sang seniman yang baik telah memberontak dan akhirnya lahirlah suara 1 yang cuba menyedarkan seniman. Suara 1 muncul ketika sang seniman kekeringan ilham. Berlaku pertelingkahan antara sang seniman dengan suara 1. Suara 1 cuba memberitahu bahawa novel dakwah Islam hanya layak ditulis oleh seniman yang mengamalkan gaya Muslim sejati. Percanggahan pendapat antara sang seniman dengan suara 1 akhirnya telah mengakibatkan sang seniman kehilangan ilham dan berhenti menulis novel itu.
Setelah kecewa tidak dapat menulis novel Islam, sang seniman cuba untuk berkarya melalui lukisan pula. Dia cuba menzahirkan kepapaan dan kedaifan seorang pengemis melalui lukisan. Usahanya ini bertujuan untuk menagih simpati orang. Nampak satu usaha mulia. Akan tetapi sang seniman hanya mengejar nama melalui simpati orang. Langsung wujudlah suara 2 yang menyerupai sang pengemis. Suara 2 juga sama seperti suara 1 cuba menyedarkan sang seniman agar ikhlas berkarya. Wujudlah lagi pertelingkahan pendapat antara sang seniman dengan suara 2. Suara 2 menyatakan sang seniman hanya bersimpati melalui lukisannya. Hakikatnya, sang seniman berpura-pura simpati. Sang seniman cuba menafikan apa yang dikatakan oleh suara 2. Akhirnya, kecelaruan sang seniman memuncak dan mengakibatkan sang seniman kehilangan idea.
Ketika kehilangan ilham inilah, sang seniman mula mengimbau kembali kisahnya bersama isterinya. Segala kenangannya bersama isterinya ini didengari melalui suara 3 yang merupakan isterinya Anom. Manakala suara 4 merupakan suara sang seniman sendiri. peristiwa ini berlaku ketika sang seniman baru berjinak dengan dunia sastera. Ketika berjinak-jinak ini, sang seniman melupakan isterinya. Sang seniman hanya mementingkan usahanya hendak berkarya. Sehingga sampai satu tahap dia menceraikan isterinya.
Habis sahaja sang seniman mengimbau kenangannya bersama Anom, sang seniman bertambah tidak keruan. Suara 1, 2 dan 3 mula terngiang-ngiang di telinganya. Kecelaruan ini akhirnya telah membawa kesedaran kepada sang seniman. Dia menginsafi apa yang telah dilakukannya. Malangnya semua sudah terlambat...
(SKRIP INI AKAN DIPENTASKAN DI DEWAN RESITAL UMS SEBAGAI SUBJEK PENGARAHAN PELAJAR TAHUN 3 SENI KREATIF. SKRIP INI AKAN DIARAHKAN OLEH SAUDARA MURSALIN MUCHTAR YANG JUGA MERUPAKAN PENGARAH ARTISTIK SYAJAR)
1 comment:
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment