kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Tuesday, April 29, 2008
RESITAL GRADUAN TARI
Tuesday, April 22, 2008
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Monday, April 21, 2008
TEKNOLOGI DAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN
Sunday, April 20, 2008
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 07/08 I
Wednesday, April 16, 2008
PEMENTASAN KETUJUH DAN KEPUTUSAN
Sunday, April 13, 2008
PEMENTASAN KEENAM
PEMENTASAN KEEMPAT DAN KELIMA
Thursday, April 10, 2008
PUISI BUAT MAMA.(al-Fatihah buat Norjanah binti Mohd Kassim)
Mama
Inikah hakikat yang wajar anakmu ini terima?
Benarlah apa yang sering dikata
Kita akan lebih menghargai seseorang andai dia telah tiada
Tapi mama
Bagai semalam engkau mengucup dahiku
Bagai semalam engkau bersengkang mata melayan karenah manjaku
Bagai semalam aku melihat deritamu di pembaringan
Tatkala mama derita terlantar menahan sengsara
Hati sang anak perit melihat kesengsaraanmu mama
Aku tahu kau
Agar aku tidak gusar
tidak gundah
tidak gelisah
Tapi
Naluriku sebagai anak mengerti
Aku hanya mampu melihat deritamu
Namun aku tidak berdaya berbuat apa
Hanya doa mampu kupohon
Tawakkal kutanam
Melakar ceria agar gembira mampu menjadi ubat
Namun ceriamu hanya untuk mengubati kerisauan sang anak
Hari ini semua itu hanya kenangan bersama mama
Aku redha dan terpaksa tabah
Namun mama
Anak mama ini lemah bila bersendirian
Anak mama ini masih mendamba kasih seorang ibu
Anak mama ini menjadi penagih rindu
Rindu sejati yang pasti tidak kesampaian
Mama
Malam ini anak manja mama ini menangis lagi
Titis mutiara kasih ini terurai untuk mencari kekuatan
Bukan untuk menyeksamu di
Mungkin mama ada memerhati anak mama ini sedang menulis warkah hati
Mencurah coretan hati yang penuh seksa
Anak mama ini derita mengenang kenangan
Mama
Ini ramadhan pertama tanpa mama
Maknanya ini juga syawal pertama tanpa mama
Sedih
Anak mama ini bagai tidak sanggup menerima ketibaan sedihnya syawal tahun ini
Apalah maknanya syawal ini tanpamu mama?
Tiada lagi senda gurau mama
Tiada lagi kasih mama memaafkan anaknya di pagi mulia
Tiada lagi meriah syawal bersama mama
Mama
Anakmu ini akan menabahkan hati untuk orang lain
Mama tentu tahu perangai anak mama ini
Kuat di depan orang
Namun lemah terkulai sendirian
Syawal ini
Anak mama akan melawat pusara mama
Tunggu anak manja mama ini syawal nanti
Ya Allah,
Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayang-Mu
Demi memelihara kesejahteraan mama
Kerana kutahu hanya-Mu ya Allah
Yang mampu menjaga diri mama di
Amin.
Ahad. 15.10.2006. 2.30 pagi
Nama : Syapiei bin Mohamad
No.Matrik : HT2006-4878 ( Pendidikan Dengan TESL )
No.Rumah : A10-02
PEMENTASAN KETIGA
Wednesday, April 9, 2008
PEMENTASAN KEDUA
saya tidak mempunyai komen yang banyak mengenai persembahan ini.persembahan ini tidak menepati ciri-ciri sebuah teater.sebab saya menyatakan sedimikian?persembahan ini hanya mengambil masa 35minit untuk dipentaskan.teater atau sketsa?
saya melihat dari segi kekuatan pelakon memang hebat.aspariah memegang watak tukang telek ketika festival teater makum tidak digunakan dengan sebaik yang mungkin.anuar pelakon yang mirip nasir bilal khan juga tidak digunakan sebaik yang mungkin.salim boleh saya katakan sebagai pelajar tahun ketiga seharusnya bijak menggunakan pengalaman yang ada.malangnya salim tidak dapat menutup kesalahan kerana telah melompat dialog ketika berlakon.agak mengecewakan.watak anak dan pertapa tidak dapat membantu untuk menaikkan watak bapa.nampak usaha anak cuba menaikkan bapa.malangnya watak bapa tidak cuba mengimbangi usaha itu.
akhir kata pengarah tersilap mengambil pelakon.
(mencuri masa latihan untuk menaip blog)
komen orang kecil.
PEMENTASAN PERTAMA
PEMENTASAN TEATER.
pada isnin 07/04/2008 pementasan pertama telah berlangsung. skrip 'titik-titik hitam' karya nasjah djamin yang diadaptasi oleh kelab teater rimba yang diadaptasi kembali oleh emyliyana omar yang juga merupakan pengarah 'titik-titik hitam'.
pada 08/04/2008, pada pukul 8 pementasan bertajuk 'baju emas sang maharaja' berlangsung. 'baju emas sang maharaja' karya dato' johan jaafar diarahkan oleh saudara mohamad jamal abdullah.
esok 09/04/2008, skrip 'titik mula titik akhir' karya a.b.noor akan dipentaskan. pementasan ini juga akan berlangsung pada pukul 8 malam. skrip ini akan diarahkan oleh saudari catherine sendun @ nurdina abdullah.
pada 10/04/2008, 'selendang isandra' akan dipentaskan pada pukul 8 malam. karya seni bayan ini akan dipentaskan di bawah arahan fetty harlida.
jumaat 11/04/2008, 'kosong' karya s.m.noor akan dipentaskan juga pada pukul 8 malam. skrip karya s.m. noor ini akan dipentaskan di bawah arahan pelajar tahun tiga yang memenangi anugerah artistik terbaik festival teater sabah, mursalin muchtar.
sabtu 12/04/08, adiawanty pelajar tahun tiga seni kreatif major teater akan mementaskan naskhah 'protes'. naskhah ini merupakan karya dinsman.
13/04/2008 merupakan hari pementasan terakhir. pada hari ahad itu, 'telefon' karya siti nor abdul rahim akan diarahkan oleh asdi.
kesemua pementasan ini akan dinilai oleh encik mansor sarail, encik khalid salleh, encik puad bebit, dr.andika aziz hussin dan diketuai oleh dr.zainal latif. pementasan ini dinilai dan akan dipertandingkan. pada 14/04/2008 isnin, keputusan akan diumumkan. pada siang hari akan berlangsung juga bengkel yang akan dikendalikan oleh penilai-penilai dan pensyarah.