Thursday, April 10, 2008

PEMENTASAN KETIGA

pementasan ketiga berlangsung semalam.'titik mula titik akhir' diarahkan oleh catherine sendun dengan membawa bakat teater dari luar UMS untuk dipentaskan.

dari segi teknik memang hebat.saya yang daif ilmu teater tidak tahu apa teknik yang dibawa.semasa pertukaran scene, krew akan masuk ke ruang lakon dan bekerja menukar set.pelakon berada dalam keadaan 'freeze'.saya kagum dengan teknik ini kerana saya tidak pernah melihat teater sebegini.akan tetapi menjadi persoalan saya, ketika krew berada di atas pentas, mereka berdialog.tapi dialog yang berkaitan dengan hal-hal teknikal saja.apakah semua itu tidak menganggu skrip?pementasan teater ini dinilai.kalau mereka berada di pentas dan berlakon sama tapi tidak termasuk dalam skrip bukankah ia mengubah skrip?saya teringat naskhah 'pentas opera' yang pernah saya baca tapi tidak pernah saya tonton, mungkin ini teknik yang sesuai digunakan.

dari pelakon atau pemain pula,watak yang selalu memegang gitar(saya terlupa nama watak) itu berjaya mengangkat teater ini untuk terus menjadi perhatian penonton.dia selalu saja membuat lawak.tapi yang saya khuatirkan dia terlalu banyak melakukan adlib(saya xtau ejaan sebenar).apa yang dikatakan tidak terdapat dalam skrip dan dilakukan untuk membuat lawak semata.boleh dikatakan pelakon ini memang hebat membuat lawak.

pelakon wanita pula, kurang jelas apa yang dikatakannya.saya suka dia berjaya membuat dirinya menjadi seorang wanita yang 'bodoh-bodoh'.cuma vokal kurang jelas.

pelakon lelaki yang menjadi watak yang sering menjadi ketua itu pula mempunyai masalah apabila bagai tidak nampak real.bagai dibuat-buat.sering juga nampak mengejar rentak watak mat rock(saya gelarkan mat rock watak lelaki sorg lg).menjadi masalahnya dia sering mengejar rentak untuk membuat lawak agar tidak ketinggalan dalam mencari populariti dalam kalangan penonton.

watak yang terakhir, watak seorang yang lelaki 'bodoh-bodoh'.kebodohan watak berjaya diserlahkan.permainan di atas pentas yang hidup.sering tidak kering idea membuat bisnes.berjaya membawa watak dengan baik dai sudut pandangan saya.

dari sudut set pula, mudah dan kreatif.menunjukkan senario persekitaran dengan kaedah pancaran LCD projektor.apabila berubah background tempat, berubahlah gambar.saya tidak pasti cara ini sesuai atau tidak tapi sudut pandangan saya, cara ini bagus.

secara keseluruhan, walau pun pementasan ini menarik tapi saya kurang bersetuju apabila apa yang dipentaskan itu menjadi lawak semata.seperti apa yang pernah dikatakan salah seorang aktivis teater, 'bagai tidak menunjukkan kesungguhan berteater'.semua pemain hanya mahu membuat lawak semata.tidak dapat dipastikan sama ada mesej sampai atau tidak.

apa-apa pun ini hanya komen saya sebagai penonton.

orang yang kecil.