.jpg)
SALAHKAN KEPADA KEADAAN.
(DEDIKASI BUAT INSAN TIDAK BERSALAH)
Hari ini
Insan remaja bagai tiang semakin buruk
Daif akhlak menagih simpati
Miskin peribadi mencarik sosial duniawi
Mata tua ini gusar
Siapa wajar disalahkan?
Ibu bapa yang mendidik?
Masyarakat?
Akhirnya remaja terkatung disalahkan.
Jangan salahkan diriku
Hati kecil remaja berbicara
Memang ibu bapa tidak bersalah
Andai didikan yang sempurna
Dicurah
Disemai
Dicambah
Namun,
Masih lagi ada insan remaja yang terpesong
Maka salah siapa???
Memang masyarakat juga tidak bersalah
Andai hidup melaung kebaikan
Andai hidup menentang kemungkaran
Andai hidup muafakat jadi pakatan
Namun,
Masih lagi ada insan remaja yang tumbang
Maka salah siapa???
Mata-mata sumbang melihat insan remaja
Bak menjatuh hukuman tanpa pengadilan
Kenapa aku disalahkan?
Segelintir berkata aku hanya sekuntum mawar putih
Bertukar warna kerana air berwarna
Namun,
Aku tidak ingin bertukar warna
Tapi aku masih disalahkan
Mulut bisa berbicara
Aku ikan di lautan
Mampu menyisih masinnya garam lautan
Namun,
Aku tewas menyisih garam tangan manusia
Aku tidak ingin begini
Maka salah siapa???
Mata adil melihat
Memang bukan salah mereka semua
Didikan sempurna diberikan
Remaja terpesong
Tapi tidak mereka inginkannya
Masyarakat mulia diwujudkan
Remaja tetap tumbang
Tapi tidak mereka inginkannya
Semuanya kerana KEADAAN!!!
Air berwarna satu keadaan
Garam tangan manusia satu keadaan
Semuanya kerana KEADAAN!!!
Andai sekali lagi
Insan remaja terpesong dan tumbang
Lantas
Aku tetap menyalahkan KEADAAN….
PENA S.A.S.
(11.30 MALAM)17 FEBRUARI 2006
1 comment:
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment