KALAU SELALUNYA POST SAYA DALAM BAHASA INGGERIS, KALI NI SAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAGI MENGHORMATI HARI KEMERDEKAAN.
bermulanya sambutan kemerdekaan peringkat ums saya agak begitu sibuk.belum pun lepas penat lelah saya untuk pesta konvo, saya turut serta dalam pementasan puisidrama untuk festival seni kemerdekaan.latihan untuk paman doblang ini bermula sewaktu pesta konvo.memang agak memenatkan tapi saya amt menyayangi cerita ini.pada tarikh untuk pementasan, pada waktu siangnya saya baru dikejutkan bahawa saya yang juga salah seorang 'performer' akan menjadi MC.dengan selambanya pengarah program menyatakan bahawa teks MC disediakan.lega saya pada mulanya.tapi apabila saya baca teks tersebut, saya sedari rakan-rakan saya yang menganjurkan festival ini mempunyai kelemahan dari segi protokol.kelam kabut saya buatnya.dan yang menyakitkan, selepas program selesai dengan selambanya sekali lagi pengarah tu menyatakan saya yang hampir menghancurkan program.sakit hati saya pada waktu tersebut.inilah yang sering berlaku bagaimana orang yang minta tolong lupa yang mereka tu sebenarnya minta tolong.
selesai saja festival seni berkenaan,saya terlibat pula untuk program seterusnya pada keesokan harinya.pertandingan nyanyian peringkat ipt sabah.bermula dengan saringan peringkat ums.saya terlibat secara langsung dengan program ini.saya sukarela menjadi MC dan saya juga merupakan timbalan pengarah program ini.minta maaf kepada semua ajk kerana saya kurang memberikan komitmen pada peringkat awal program.tapi saya sedaya upaya saya membantu pada hari kejadian.keesokan malamnya peringkat akhir berlangsung, saya boleh katakan agak berjaya dengan bantuan pelbagai pihak.
saya berehat sehari.
pada jumaat pula saya kembali sibuk.saya tertanya-tanya adakah saya ajk induk sambutan kemerdekaan?bayangkan bagaimana saya terpaksa menyediakan latar belakang tu fuad.sedangkan ajk yang sepatutnya tidak bekerja.kemudian saya yang terkejar-kejar mereka macam saya pula yang terhegeh-hegeh.saya ajk kah?saya bukan berkira sangat tapi mereka adalah yang minta tolong.lupakah mereka yang mereka minta tolong.pelik.malam pula saya terlibat dalam pendeklamasian puisi di program malam penghayatan kemerdekaan.saya ketika itu bersama-sama bang maily dan encik puad.betapa saya ini dibaling ke sana sini bila persembahan saya tidak menentu.saya agak terhina.hampir saya meninggalkan program tersebut.agak beruntung apabila felo penyelaras sendiri berjumpa saya meminta maaf.saya teruskan juga membaca puisi.kemaafan saya pohon daripada felo berkenaan.
semalam merupakan sambutan malam kemerdekaan.saya dan dua org rakan saya menjadi MC persembahan.betapa saya agak terkejut kerana perkara ini di luar jangkaan.pukul 7 bermula, kami dimaklumkan pukul 4.saya terima sebagai cabaran.malangnya malam semalam kami menjadi MC terkawal kerana kekangan masa.yang menjadi persoalan kenapa kami dilarang bercakap lama sedangkan pada waktu itu teknikal sedang menyediakan dan menyusun mikrofon untuk penyanyi koir?tapi sudah berlalu.biarkan...
semoga kemerdekaan ini membawa seribu satu makna buat kalian...
1 comment:
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment