Wednesday, November 5, 2008

LELAKI INI.(ANUAR ZAIN? )(DEDIKASI BUAT HILAL DAN AMY SERTA GF YANG DICINTA)

Kadang-kadang kita mencari di mana adilnya sesuatu perkara. Dari perkara yang penting sehinggalah kepada perkara yang remeh. Mencari di mana adilnya perkara bila wujud diskriminasi yang tidak dapat dielakkan. Persoalan timbul apabila adil tidak dapat dicapai akibat diskrimimasi yang dicipta? Saya bercakap mengikut konteks sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita. Ramai wanita yang penuh semangat memperjuangkan semangat kesamarataan antara lelaki dan wanita. Tapi mereka juga memperjuangkan hak istimewa wanita. Apa guna diperjuangkan hak keistimewaan andai memperjuangkan kesamarataan?

Dalam perhubungan lelaki dan wanita pula, kebanyakkan wanita cuba memperjuangkan hak sebagai kekasih dengan cuba mengawal apa yang lelaki lakukan. Mereka mahukan lelaki menjadi hak mutlak mereka semata. Wanita akan cepat berasa cemburu andai sang kekasih lelaki berkawan dengan wanita. Semua ini berpegang kepada alasan "kami kawan biasa sahaja". Tapi apabila sang kekasih lelaki berkawan dengan seorang wanita akan kedengaran pula suara wanita berkata "kami wanita. Tau apa yang dirasa. Kami xmau berkongsi rasa". Pelik bin ajaib. Mereka hanya berkawan sahaja. Di mana adilnya?

Kita teruskan perbincangan apabila melihat sang wanita yang sering mempersoalkan apa yang sang lelaki lakukan. Ada unsur keraguan pula. Apabila lelaki keluar ke mana, sang wanita akan mempersoalkan ada wanita lain atau tidak bersama mereka. Kalau tidak, memang susah melepaskan dengan rela. Andai wanita pula keluar, mereka tidak perlu ditanya dengan siapa. Tanpa rasa takut keluar sahaja. Adilkah mereka?

Apabila lelaki membuat sesuatu perkara dengan tidak melibatkan si dia, pasti si dia persoalkan lupakah lelaki kepada si dia. Tapi apabila si dia tidak melibatkan lelaki, pasti tidak menagapa. Atas alasan apa. Si dia sayang lelaki. Maka tidak apa tidak melibatkan lelaki. Janji perkara itu menjadi galang gantinya. Tapi andai lelaki mengguna alasan yang sama, maka jawapnya "Itu lain.". Apa lain sangatkah lelaki dan wanita dalam perasaan? 

Kalau inginkan adil antara lelaki wanita, biarlah kita sama merasa apa yang dicipta. Jangan menjadi insan yang hanya tahu mempersoal segala tanpa merasa. Kita tahu bukan selamanya begitu. Luka akan menjadi dalam. Berkudis tanpa ubat. Hati akan batu. Beku yang takkan cair. Carilah peluang untuk merasa. Jangan hanya membiar sahaja.