Sunday, May 31, 2009

Kesah Rokok (Second Episode)

Setiap sedutan membawa padah.

Pie: Pakcik merokok lama da?
Pakcik: Xlama. Belum pun separuh rokok ni Pakcik hisap.
Pie: Eh, maksud saya terlibat dalam dunia merokok ni.(Aku tau la kau baru ja nyalakan rokok tu)
Pakcik: Ooo. Lama la jugak. Kenapa?
Pie: Saya tengok dekat kotak tu, rokok boleh sebabkan kanser. Teruk paru-paru dalam gambar tu.
Pakcik: Semua tu tipu. Ada ka patut hisap asap kaler putih, paru-paru jadi kaler hitam. Tipu la. Hisap putih jadi putih la. Ni hitam. Xlogik sungguh.
Pie: ???(Biar betul Pakcik ni)


Cerita rekaan semata.
-I will quit smoking-

Saturday, May 30, 2009

Kesah Rokok (First Episode)


Merokok membahayakan kesihatan. Sekarang kotak rokok dalam pakej yang baru dengan meletakkan gambar akibat daripada merokok.

Iqbal: Aku tetap merokok walaupun kena letak gambar kaki ni.
Pie: Kau x rasa takut ka?
Iqbal: Aku rasa buat apa mau takut. Xda apa yang mau ditakutkan. Everything gonna be fine.
Pie: Serius berani kau ni.
Iqbal: Yala. Aku pegang rokok pakai tangan. Bukan kaki. Aku rasa orang dalam gambar dekat rokok tu pegang rokok pakai kaki sebab tu kaki dia buruk.
Pie: ...

-I will quit smoking-
Cerita di atas merupakan rekaan berdasarkan perbualan sebenar.

Wednesday, May 27, 2009

Antara baik dan jahat

Wajarkah Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Bagi aku perkara ini sudah terang lagi bersuluh. Chin Peng tidak wajar untuk dibenarkan menjejak kaki ke Malaysia. Dengan pelbagai perkara kejahatan yang dibuatnya sudah pasti haram bagi Chin Peng untuk menjejakkan kakinya ke Malaysia. Media massa elektronik kalau kita lihat hampir setiap hari menyogok kita dengan menyebarkan keburukan PKM semata-mata dengan niat murni untuk menolak kemungkinan Chin Peng dibenarkan kembali. Pendirian aku, Chin Peng tidak boleh kembali.

Menjadi kejanggalan di mata dan telinga aku apabila berita yang diberikan kepada kita menyatakan PKM dan Gerila ketika dulu melakukan perbuatan yang maha jahat. Hampir kesemua menyatakan kejahatan. Sehinggakan aku membuat aku berfikir. Bukan semua jahat bagi satu perkara. Tapi apabila kita menyogok dengan kejahatan semata-mata dan kemudian hari kita mengetahui ada kebaikannya bukankah ini akan mengakibatkan pendirian seseorang akan lebih goyah? Lebih baik kita semai melalui cara memberikan maklumat yang adil dan kemudian kita justifikasikan setiap rasional kebaikan dan kejahatan itu.

Mengambil kira perjuangan kemerdekaan ketika dulu. Tidakkah orang berasa pelik bila Tunku Abdul Rahman pergi ke London dan mendapat kemerdekaan dengan hanya tandatangan sahaja? Bukankah itu keganjilan? British sanggup melepaskan kekayaan dengan tandatangan? Di sinilah bagi aku PKM dan GErila itu mengambil tempat. MEreka mengangkat senjata menentang penjajah. Dan akibat mengangkat senjata inilah, British sanggup melepaskan Tanah Melayu ketika itu. Barulah peranan Tunku mengambil tempat.

-Pandangan aku sahaja. Terima atau tidak belakang kira.-

Friday, May 22, 2009

Labuan, aku sudah pulang.

Sekarang sudah 2 hari aku duduk di rumah dengan tak melakukan apa-apa. Juz spending time with rest 4 da whole day. Lagi pn aku rasa aku mcm kurang sehat. Tambah2 lagi my chest sakit. I don't even know why.

Last night, i spend my time lepak at my friend's house. His sister nikah today. But i feel like crap. I don't know what should I do there. Almost everyone there berjudi. What the fish. I'm not kind of alim but this scenario was habit in my village. Orang kawen je,msti ada judi. C'mon la. We know that thing HARAM but we do it without feeling guilty. Doing something bad and fluencing others to do the bad thing too. Really fish. Thats why I won't question back if social problem increase here. We can see people minum arak smbil lepak2. Cool huh...

Yesterday, ketua pemuda kg aku ni offer aku join PEMUDA UMNO cawangan kampung aku. Hello I'm not kind of UMNO. I'm not saying that I'm opposition but I don't want to get involve in politic now. Espclly joining UMNO. I'm prefer to be observer.

Ok la. Thats all for now. Wanna get some rest... Sakit... Lagi pn pnt taip pki hp...

Sunday, May 17, 2009

FESTIVAL DEKON MAKUM 2009

Malam semalam berakhir sudah Festival Dekon MAKUM 2009. Penganjuran sebelum ini menyatakan bahawa kita bagai kunang-kunang yang masih mencari makna. Mungkin pada kali ini kita bagai manusia yang mencari wajah dekon yang sebenar. Berikut merupakan keputusan rasmi Festival Dekon MAKUM 2009.

SINOGRAFI TERBAIK : SEPERTI MANIK PUTUS DARI KARANGAN (UTM)
SKRIP PILIHAN : MARUAH SEBUAH KEMERDEKAAN(UNIMAP)
DEKONIS TERBAIK : PAK NIK 'LOKAN BERTEPUK' (USM)
PENGARAH TERBAIK : LOKAN BERTEPUK (USM)

JOHAN : LOKAN BERTEPUK (USM)
NAIB JOHAN : SEPERTI MANIK PUTUS DARI KARANGAN (UTM)
KETIGA : MARUAH SEBUAH KEMERDEKAAN (UNIMAP)

Kepada universiti yang tidak mendapat anugerah tidak mengapa. Cuba lagi lain kali. Kalian turut menyumbang dalam mencari wajah dekon MAKUM sebenar.

Saturday, May 9, 2009

Tiada Apa

Sudah 4 hari blog aku tiada update. Entah kenapa aku jadi malas nak update. Mungkin emosi terganggu dan aku cuba untuk mengelakkan benda tu berterusan lalu aku menyibukkan diri.

1. Aku malas update.
2. Aku bosan sendiri.
3. Aku lapar.(bolehlah.

Nanti aku update gambar latihan DEKON UMS tuk MAKUM. Sekarang xboleh lagi. MAsih belum bertanding.

Tuesday, May 5, 2009

Akhir atau Awal?

Ahad lepas aku dan member2 aku yang pernah and selalu lepak rumah aku A10-02 lepak kt pantai Tg Aru. Enjoyable. Mungkin. Atau aku cuba lari dari segala kegilaan yang menimpa aku. Biarkan masalah. Enjoy dulu.


Dari kiri mengikut peringkat:
Level1:
Fitri(bekas penghuni PA2 A10-02)
Hamid(Penghuni PB A10-02)
Shafiq(Pengunjung A10-02)
Level 2:
Akmal(memegang title Ketua Rumah dua sesi berturut)
Aku(Penghuni PA1 A10-02 selama tiga sesi berturut)
Afiq(Penghuni PA1 A10-02)
Level 3:
Apis(Bekas penghuni PA2 A10-02)
Faisal(Pengunjung tetap A10-02)
Reza(Pengunjung tetap A10-02)
Penghuni yang tidak dapat menghadirkan diri:
Siti(Bekas penghuni PA1 A10-02)
Pijul(Penghuni PB A10-02)

Antara gambar yang membawa seribu kenangan satu hari nanti.


Emy, Zidah, Ann dan Ana (ni awek2 kepada antara penghuni A10-02)

Antara yang sudi hadir:

Bobo.


Adikku Nurul. Don't messed up with her. It means u messed up with me too...

Walaupun simple. Tapi aku tau ia membawa makna yang dalam. Mungkin lepas ni ada yang berubah. Biarkan. Aku tau semua kerana sebab yang tersendiri

Sunday, May 3, 2009

Muntah lagi???



Aku duduk. Aku berdiri. Aku berlari. Aku berjalan. Semua aku buat. Aku tidak pernah berhenti berfikir. Kadang aku penat. Tapi tidak berhenti. Hairankan. Semua keranamu. Aku perit . Aku sakit. Aku sedih. Aku telan semua. Aku marah kau menangis. Lukaku berdarah meninggal parut yang entahkan hilang atau tidak. Tapi bukan salahmu. Mungkin kau terlupa. Aku hidup dengan sepi. Aku hidup mencari diri. Aku sendiri benci keadaan ni. Malah sampai aku ingin gila dengan diri sendiri. Tapi itu bukan aku. Mungkin aku bukan yang terbaik. Tapi inilah yang terjadi. Kasih dan cintaku yang kecil membuat aku sendiri tidak merasa untuk diri sendiri. Sayang... Aku makin hilang diri dalam keadaan ini. Bukanku ingin lari daripadamu. Tapi aku lari dari kegilaan keadaan yang celaru ini...



Inilah luahan rasa aku semalam. Bangun awal selepas tidur pun awal pagi. Aku hanya tidur selama satu jam lebih. Atau mungkin tidak sampaipun satu jam. Dari pagi beralih ke tengah hari bergerak ke petang menuju ke malam. Seksa berfikir. Aku menjadi orang lain? Tidak. Inilah aku. Aku hanya mengikut aliran.

Saturday, May 2, 2009

AKU (versi celaru minda)

(Aloy Paradoks, ni gambar gua)

Kita hidup menjaga perasaan orang. Kadang-kadang benda ni menyakitkan. Menjaga perasaan sangat memenatkan. Sehinggakan kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Arwah Mama cakap dengan aku yang kita hidup bermasyarakat memang macam ni. Banyak hati kena dijaga. Memang hebat para Menteri dan ahli politik menjaga perasaan orang untuk kekal menjadi pemerintah. Apa yang memeningkan kepala, apabila kita tidak mampu untuk mendedahkan diri kita sendiri akibat ingin menjaga perasaan. Orang selalu cakap aku adalah manusia yang jenis sentiasa gembira. Tapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku tidak mahu menjadi diri aku di hadapan orang. Sukar bagi aku untuk mendedahkan apa yang ada dalam otak dan hati aku. Sebab setiap kali aku buat macam tu, mesti ada yang tidak akan selesa. Dari ketidakselesaan ini membuat aku rasa rimas. Dan aku akan kembali menjadi apa yang orang mahu. Sehinggakan aku rasa aku terpaksa menjadi pelbagai orang dan tidak ada masa untuk menjadi manusia. Cukup sebagai manusia. Jauh sekali insan.

Kepenatan untuk kekal begini membuat aku sedih sendirian. Jangan persoal kenapa aku luahkan di sini. Ini tempat aku. Tapi aku selalu dengki dengan manusia yang mampu menjadi diri sendiri dan tahan maki apabila orang tidak suka dengan cara mereka. Aku penat.

Aku tidak suka dipersoal kenapa itu, kenapa ini. Ini cara aku hidup. Setiap kali aku dipersoal sedemikian rupa, aku rasa bagai tidak dipercaya. Jangan buat aku rasa aku orang yang hina. Aku tahu aku tidak punya apa. 



-Kalau tidak tahan dengan karenah aku, aku tidak tahu nak cakap apa. Ini cara aku. Tak puas hati, jangan seksa aku untuk rasa bersalah.-

Friday, May 1, 2009

Muntah




Seni bagi aku sesuatu yang indah. Pelbagai perkara yang kita lihat dalam seharian itu merupakan satu kesenian yang sangat indah. Kita bangun dari tidur melihat matahari terbit memang satu yang indah. Pelbagai perasaan timbul. Betapa seni itu sangat indah. Dan kesenian itu sendiri membawa maksud satu keindahan. Kita boleh menginterpretasi seni dengan pelbagai cara. Kita boleh mengaspresiasi seni dengan pelbagai perkara. Salah satunya dengan filem. Filem bagi aku adalah mengangkat secebis kehidupan sebenar ke layar perak. Fungsinya adalah untuk mendidik penonton berdasarkan apa yang telah ditayangkan.

Ramai pencinta filem boleh kita lihat di dunia universiti. Kadang-kadang ada yang menonton hanya sekadar untuk merehatkan otak. Sama seperti yang aku lakukan. Aku selalu menonton filem untuk merehatkan otak aku yang sememangnya sentiasa berehat. Malahan sampai ke tahap aku menonton sekadar untuk menonton tanpa memperoleh apa-apa. Pelbagai jenis filem yang aku tonton. Semua genre filem aku tonton. Aku terpanggil untuk menulis berkaitan hal ini adalah disebabkan tiga perkara. Pertama aku memang sudah lama tidak menulis hal yang agak serius bagi aku. Kedua kelahiran filem Malaysia yang semakin maju(ilmu kita tidak tahu lagi). Sebab ketiga, aku sengaja merehatkan otak aku dari menulis berkaitan peperiksaan aku.

Berbicara tentang filem, kita sendiri akan berfikir bagaimana hendak mengukur kehebatan sesuatu filem? Adakah berdasarkan kutipan atau intipatinya. Ingin sekali aku membicarakan filem 'Sifu dan Tongga'. Aku tidak menonton filem ini.  Antara faktornya, melihatkan kepada pengarah itu sendiri. Aku bukanlah jenis menonton filem karya Razak Mohaideen. Aku begitu hairan bagaimana Prof Madya ini mengangkat sesuatu yang agak pelik di mata masyarakat. Mungkin di mata aku sahaja. AKu pelik bagaimana Pengarah mengangkat orang asli sehingga membuat aku terfikir kenapa orang asli itu berpakaian seperti itu. Kenapa sampai sedemikian rupa orang asli itu berpakaian ke bandar? Apa sekolot itu? Atau beliau ingin menyebar propaganda bahawa orang asli memang etnik yang ketinggalan? Sama seperti penyebaran propaganda dan dakyah Amerika dengan membawa hero Rambo. 

Beralih kepada filem anak Yusuf Haslam. Bohsia jangan pilih jalan yang salah. Aku tidak pasti apa tajuk sebenar. Tapi aku agak tertarik dengan filem ini. Tapi belum mampu untuk membuka hati aku untuk menonton. Memang aku tidak nafikan bahawa ada benarnya cerita yang dibawa dan pengarah ingin memberitahu khalayak bahawa jangan pilih jalan yang salah. Tapi perlukah sampai memasukkan sesuatu adegan yang tidak mengajar langsung. Kita jangan didik masyarakat dengan perkara sedemikian rupa. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi kenapa tidak kita angkat nilai kebaikan ke dalam filem agar semua ini diimitasi atau ditiru ke dalam dunia sebenar. Imitasi atau peniruan dari filem mendorong kepada semua perkara. 

TaleNtime arahan Yasmin Ahmad membuka hati aku untuk menonton atas dasar cara penyampaian yang luar biasa. Keunikan ini membawa aku menyelami sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Aku meminati karya Yasmin. Walaupun aku tidak berkesempatan menonton TaleNtime, tapi aku yakin kelainan yang dibawakan oleh beliau. Cara Yasmin mengangkat kehidupan sebenar ke dalam filem mampu membuat kita berfikir. Lakonan yang bersahaja daripada pemain membawa satu kepuasan dalam usaha memikirkan mesej. Walaupun ramai khalayak yang menolak filem Yasmin, tapi aku sentiasa menyokong apa yang beliau cuba sampaikan. Malangnya pada satu sudut, aku tidak begitu menggemari apabila beliau memasukkan adegan yang boleh mengundang persoalan unsur agama sehinggakan kita sendiri berfikir wajar atau tidak dimasukkan. Contoh adegan Bilal yang memegang anjing. Kemudian Bilal terus memasuki Surau tanpa berwuduk. Pelik. Dalam keadaan kotor Bilal masuk sahaja. Sama juga seperti adegan suami isteri bergurau senda(Ida Nerina bersama Harith ISkandar) aku rasa tidak perlu dimasukkan bagi menjaga norma ketimuran. Kisah suami isteri harus dirahsiakan. Tapi pada satu sudut lain, aku merasakan kewajarannya lantaran benda itu sememangnya yang terjadi. 

Memang tidak dinafikan dalam menghasilkan satu filem yang mantap penolakan dari satu komuniti akan berlaku. Seperti filem Slumdog Millionaire. Ditolak di India, hebat di dunia. Muallaf ditolak di Malaysia, diulangtayang di Singapura. LElaki Komunis Terakhir menjadi sepi di Malaysia, mengaum di Singapura dan mungkin Vienna. Siapa tahu? Dan aku hanya mampu berkata dengan diri sendiri sahaja. Cuma harapku, janganlah masyarakat menerima sogokan kebodohan filem jamban yang memuatkan adegan-adegan cliche yang penuh lawak walaupun di waktu kesedihan. Kita menonton filem bukan sekadar berehat tapi belajar. 


-Muntah tulisan dalam impian-