Friday, May 1, 2009

Muntah




Seni bagi aku sesuatu yang indah. Pelbagai perkara yang kita lihat dalam seharian itu merupakan satu kesenian yang sangat indah. Kita bangun dari tidur melihat matahari terbit memang satu yang indah. Pelbagai perasaan timbul. Betapa seni itu sangat indah. Dan kesenian itu sendiri membawa maksud satu keindahan. Kita boleh menginterpretasi seni dengan pelbagai cara. Kita boleh mengaspresiasi seni dengan pelbagai perkara. Salah satunya dengan filem. Filem bagi aku adalah mengangkat secebis kehidupan sebenar ke layar perak. Fungsinya adalah untuk mendidik penonton berdasarkan apa yang telah ditayangkan.

Ramai pencinta filem boleh kita lihat di dunia universiti. Kadang-kadang ada yang menonton hanya sekadar untuk merehatkan otak. Sama seperti yang aku lakukan. Aku selalu menonton filem untuk merehatkan otak aku yang sememangnya sentiasa berehat. Malahan sampai ke tahap aku menonton sekadar untuk menonton tanpa memperoleh apa-apa. Pelbagai jenis filem yang aku tonton. Semua genre filem aku tonton. Aku terpanggil untuk menulis berkaitan hal ini adalah disebabkan tiga perkara. Pertama aku memang sudah lama tidak menulis hal yang agak serius bagi aku. Kedua kelahiran filem Malaysia yang semakin maju(ilmu kita tidak tahu lagi). Sebab ketiga, aku sengaja merehatkan otak aku dari menulis berkaitan peperiksaan aku.

Berbicara tentang filem, kita sendiri akan berfikir bagaimana hendak mengukur kehebatan sesuatu filem? Adakah berdasarkan kutipan atau intipatinya. Ingin sekali aku membicarakan filem 'Sifu dan Tongga'. Aku tidak menonton filem ini.  Antara faktornya, melihatkan kepada pengarah itu sendiri. Aku bukanlah jenis menonton filem karya Razak Mohaideen. Aku begitu hairan bagaimana Prof Madya ini mengangkat sesuatu yang agak pelik di mata masyarakat. Mungkin di mata aku sahaja. AKu pelik bagaimana Pengarah mengangkat orang asli sehingga membuat aku terfikir kenapa orang asli itu berpakaian seperti itu. Kenapa sampai sedemikian rupa orang asli itu berpakaian ke bandar? Apa sekolot itu? Atau beliau ingin menyebar propaganda bahawa orang asli memang etnik yang ketinggalan? Sama seperti penyebaran propaganda dan dakyah Amerika dengan membawa hero Rambo. 

Beralih kepada filem anak Yusuf Haslam. Bohsia jangan pilih jalan yang salah. Aku tidak pasti apa tajuk sebenar. Tapi aku agak tertarik dengan filem ini. Tapi belum mampu untuk membuka hati aku untuk menonton. Memang aku tidak nafikan bahawa ada benarnya cerita yang dibawa dan pengarah ingin memberitahu khalayak bahawa jangan pilih jalan yang salah. Tapi perlukah sampai memasukkan sesuatu adegan yang tidak mengajar langsung. Kita jangan didik masyarakat dengan perkara sedemikian rupa. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi kenapa tidak kita angkat nilai kebaikan ke dalam filem agar semua ini diimitasi atau ditiru ke dalam dunia sebenar. Imitasi atau peniruan dari filem mendorong kepada semua perkara. 

TaleNtime arahan Yasmin Ahmad membuka hati aku untuk menonton atas dasar cara penyampaian yang luar biasa. Keunikan ini membawa aku menyelami sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Aku meminati karya Yasmin. Walaupun aku tidak berkesempatan menonton TaleNtime, tapi aku yakin kelainan yang dibawakan oleh beliau. Cara Yasmin mengangkat kehidupan sebenar ke dalam filem mampu membuat kita berfikir. Lakonan yang bersahaja daripada pemain membawa satu kepuasan dalam usaha memikirkan mesej. Walaupun ramai khalayak yang menolak filem Yasmin, tapi aku sentiasa menyokong apa yang beliau cuba sampaikan. Malangnya pada satu sudut, aku tidak begitu menggemari apabila beliau memasukkan adegan yang boleh mengundang persoalan unsur agama sehinggakan kita sendiri berfikir wajar atau tidak dimasukkan. Contoh adegan Bilal yang memegang anjing. Kemudian Bilal terus memasuki Surau tanpa berwuduk. Pelik. Dalam keadaan kotor Bilal masuk sahaja. Sama juga seperti adegan suami isteri bergurau senda(Ida Nerina bersama Harith ISkandar) aku rasa tidak perlu dimasukkan bagi menjaga norma ketimuran. Kisah suami isteri harus dirahsiakan. Tapi pada satu sudut lain, aku merasakan kewajarannya lantaran benda itu sememangnya yang terjadi. 

Memang tidak dinafikan dalam menghasilkan satu filem yang mantap penolakan dari satu komuniti akan berlaku. Seperti filem Slumdog Millionaire. Ditolak di India, hebat di dunia. Muallaf ditolak di Malaysia, diulangtayang di Singapura. LElaki Komunis Terakhir menjadi sepi di Malaysia, mengaum di Singapura dan mungkin Vienna. Siapa tahu? Dan aku hanya mampu berkata dengan diri sendiri sahaja. Cuma harapku, janganlah masyarakat menerima sogokan kebodohan filem jamban yang memuatkan adegan-adegan cliche yang penuh lawak walaupun di waktu kesedihan. Kita menonton filem bukan sekadar berehat tapi belajar. 


-Muntah tulisan dalam impian-

7 comments:

Aloy Paradoks said...

sifu dan tongga gua tak tengok sbb gua syg duit gua.. gua tanak muak lagi.. bohsia gua tak tgok sbb gua berpijak dibumi nyata.. gua berkawan dengan org yang nyata...

pie said...

sama la loy...Pensyarah penulisan kreatif UMS ckp movie tu sampah... :P

Aloy Paradoks said...

gua tak berani nak kata benda tu sampah.. sbb ia adalah karya seseorang dan dibina atas dasar seni.. maybe bagi die itu sempurna dan adalah berlian bagi die.. die menilai dari sudut die.. tapi gua,, menilai dari sudut gua.. gua tak suke dan muak.. itu yang pasti. dan gua juga takut jika org katakan karya gua adalah sampah suatu hari nanti.

pie said...

gua xkesah loy klu org ckp apa yg gua buat sampah...sbb tu perspektif dorg...

Anonymous said...

bila Yasmin buat filem, pasti ada benda yg dia cuba nk sampaikan. Inilah yg buat saya kagum dengan dia. Pada saya masyarakat kita sdikit overreacted bila dihidangkan dengan sesuatu yg kontroversi. Sewajarnya kontroversi itu dilihat sebagai sst yg mengembangkan minda, bukan menutupnya. Dalam filem2nya, beliau cuba meyentuh apa yang tidak disentuh oleh pengarah2 lain (yg hanya menghidangkan makanan rapu buat minda). Maka itu, kita melihat adegan2 seperti 'abg' bilal dengan selamba menyapa pelacur yg baru pulang, menyentuh anjing jalanan dan sebagainya. Kita melihatnya dari sudut yg agak negatif, tapi tidak cuba mengkaji apakah boleh perkara sedemikian dilakukan? Salahkah kita menyapa pelacur (golongan mungkar)? Najiskah kita menyentuh anjing? Kajilah dan galilah, pasti kita akan jumpa benda yang baru.

pie said...

saya setuju

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,