Friday, September 11, 2009

SEMEKAP Hari Terakhir


Secara rasminya hari ni tamat khidmat kami sebagai guru pelatih di sekolah masing-masing. Seribu kenangan tercipta. Aku sebenarnya sedih meninggalkan sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin. Seribu kemaafan kepada warga SEMEKAP. Minggu terakhir ni aku habiskan menjadi seorang yang pengecut. Aku cuba lari daripada semua pelajar aku. Bukan aku membenci tapi aku sedih. Aku tidak mahu air mata aku menitis. Khamis aku tidak banyak menghabiskan masa di meja aku. Aku lari. Jumaat aku sendiri mendambakan diri berjumpa dengan pelajar di dalam kelas. Aku sayu melihat pelajar-pelajar aku. Merekalah ubat dan racun aku sepanjang praktikal. Tapi mereka tidak pernah meracuni aku sekarang ni. Mereka pelajar yang baik. I love u all guys. Mungkin satu hari nanti aku tidak mengingati kalian, itu tidak bermakna aku lupa. Sebab kalianlah anugerah daripada Tuhan.


Kepada pelajar: kalian masih muda. Teruskan perjuangan yang amat panjang. Cikgu tidak akan melupakan kalian.


Kepada guru-guru: Saya minta maaf sangat kalau kehadiran saya menyakitkan hati, menyusahkan dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya. Ehehe... Guru-guru memang sempoi. Macam bukan guru praktikal saya rasa.

7 comments:

Hilal Azmi said...

Alala.. Sweetnya ko sedih..Mcm belakon filem plak..Ahaha...

Tpi, kalo ak jadi hg pon confirm ak pon rs mcm hg rs...Ahaha..

Hilal Azmi said...

Alala.. Sweetnya ko sedih..Mcm belakon filem plak..Ahaha...

Tpi, kalo ak jadi hg pon confirm ak pon rs mcm hg rs...Ahaha..

NSMY said...

kan kan kan.. kami mmg sempoi kan? hahaha... dtg sini balik jan lupa belanja makan... lupa mau cakap kelmarin... blah awal sgt. hahaha

p/s: kepada pelajar2 semekap. kalo kamurang syg sir pie kamu, jan nakal2 lg arr..

pie said...

lAl:ehehe...hotak ko filem...

kak ida:kak ida nk blnja mkn ke?

ckgu master said...

jumpa lagi pie aa.hehe.cgu2 cni tak leh wat jamuan utk korg lak sbb bulan pose.tp tpee... tima kasih sbb tolong2 cgu cni...Lu mmg rajin dan nice...

pie said...

cikgu master:no big deal...kenangan masa LM...masa mengajar betul nnt lain ceta...

Anonymous said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,