Thursday, November 12, 2009

Pendek


Update pendek lagi.

Aktiviti aku di asrama sekarang ni agak bosan. Bukan agak. Tapi memang membosankan. Bayangkan kalau aku tidur mandi, makan, main game, online then tidur sepanjang masa. Suasana yang membunuh segalanya(maksud aku segala yang berkaitan otak). Mati kutu. Apa hiburan yang mampu aku cari? Tiada. Sebabnya kekangan kewangan.

Waktu terluang ni banyak aku habiskan dengan berfikir. Berfikirlah kononnya dengan mata tertutup tidur. Terkadang mahu aku ke Keningau untuk mencari sedikit ketenangan. Aku sentiasa merindui pengalaman Latihan Mengajar yang aku takuti sebelum ini. Berkecamuk aku dengan masalah tapi tenang bila aku masuk ke dalam kelas. Seronok. Terus terang, aku tidak seronok mengajar. Tapi aku seronok berjumpa dengan pelajar-pelajarku. Bersyukur aku mendapat pelajar yang tidak menyusahkan. Cuma aku sering menyusahkan mereka. Menyusahkan dengan pelbagai kerja yang aku beri. Untuk kebaikan mereka juga. Pernah beberapa kali aku dalam keadaan tertekan tapi melangkah sahaja aku masuk ke dalam kelas, suasana berubah. Aku menjadi seperti biasa. Tenang melihat muka-muka mereka.

Aku tidak tahu hala tuju aku selepas belajar. Ya. Memang aku akan menjadi seorang guru. Tapi untuk berapa lama? Selama-lamanya? Aku rasa semua tu bagai mustahil. Alasannya aku masih tidak nampak kemampuan aku untuk mengajar pelajar. Teringin aku lari dari kerjaya ni. Tapi inilah pilihan aku. Aku akan cuba untuk mempertahankan minat aku. Apa-apa pun mungkin aku akan lari dari kerjaya guru.


Komputer di Cyber Cafe PKH Digit Air terbakar tadi.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mengawal api dari merebak.

Kedengaran suara dalam kalangan pelajar "Coke dalam peti ais di CC tu selamatkah ya?".

Dan aku berkata "..."

No comments: