kalau hari ini kita mencari untuk sesuatu yang tidak pasti, kita mesti pastikan pencarian esok yang pasti adalah sesuatu yang pasti dan pastinya sesuatu itu tidak akan berulang kembali...
Friday, December 31, 2010
Before New Year
Thursday, December 30, 2010
?
Wednesday, December 15, 2010
Nothing to read.

Apa yang patut saya tulis. I want to write something. Like always. I don't know where to start.
Friday, December 10, 2010
Kata Mama.(Re-Publish)
Thursday, December 9, 2010
Oldies
Wednesday, December 8, 2010
Merpati putih

Sunday, December 5, 2010
Tutup kepala dengan jaket tu.


Tutup kepala dengan jaket tu.
Friday, December 3, 2010
I try not to make you cry.

Friday, November 26, 2010
SMK Silabukan
1. SMK Silabukan. Teachers there nice. Siok.
2. Waiting for the bus to go back to KK. Principle bagi cuti.
3. Tinggal rumah guru la dulu.
Lahad Datu
Tuesday, November 23, 2010
Marina Court KK
2. Tomorrow, full with taklimat. Petang penyerahan surat sekolah mana
3. Day after tomorrow, bergerak sekolah masing-masing. I will be posted may be at Lahad Datu. Saspen o.
4. Berserah dengan kehendak-Nya. Mungkin I am not the one who suitable to say this, tapi terima kasih atas segalanya ya Tuhan.
5. Will update again in later. Wish me all the best. And I'm not depending on luck. LUCK not for me.
Thursday, November 18, 2010
Update
Monday, November 1, 2010
Biar tidak dibayar.

Saya sakit. Hari ni saya tidak kerja. Menghabiskan masa seharian di rumah sahaja. Batuk Selsema. Water dripping. Sore throat. Tapi Alhamdulillah. Semua ni dugaan.
Saturday, October 30, 2010
Ringkas dowh

Sabtu 30Oktober2010. Hari keenam bertugas sebagai pembantu pengawas peperiksaan uitm sabah. Perrghhhhh...Agak penat kaki berdiri ya. Tapi agak seronok jumpa kawan baru.
Thursday, October 14, 2010
IJAZAH SEKEPING KERTAS. AMANAH SEBERAT HIDUP.
Sunday, October 10, 2010
Maruah.

~Saya hanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Dua Dua. Tidak pernah mendapat Anugerah Dekan. Tidak pernah menjadi Perwakilan Pelajar. Tidak pernah membuat kajian sejarah pasal Melayu Brunei Kedayan. Dengan membawa 'pelamin tradisi' kononnya sebagai identiti Labuan, tidak bermakna anda membawa imej Labuan. Walaupun anda pensyarah UMSKAL, tapi janganlah secara tidak hormat mempertikaikan persoalan saya. Oh ya, saya Pie, asal dari Labuan, Kedayan Brunei dalam darahku. Kalau tidak silap saya, pelamin tradisi Brunei yang nenek saya cerita berada atas katil.~
Ni luahan yang cuba aku sampaikan tadi. Hari ni aku sempat la luangkan masa sekejap turun ke UMS. Tamu Gadang aku kurang tertarik. Mungkin sebelum ni aku tertarik sebab aku terlibat dalam Tamu Gadang. Luahan tadi tu muncul masa aku melawat booth UMSKAL. Aku bertanya dengan orang yang menjaga booth tersebut kenapa hias dengan pelamin. Maka mereka yang bijak pandai ini menjawap, mereka cuba membawa identiti Labuan melalui pelamin tersebut. Membawa tradisi Labuan untuk lambang UMSKAL. Yang menghairankan, pelamin itu terlalu universal untuk menyatakan begitulah identiti Kedayan Brunei Labuan. Kemudian datanglah seorang cendekiawan pemegang Master bergelar pensyarah. Mengadulah sang pelajar kepada pensyarahnya atas persoalan saya. Sang Pensyarah yang bijaksana ini bukan berdarah melayu Kedayan Brunei. Dan dengan tegasnya dia berkata ini pelamin moden. Lalu INGIN saya katakan dengan penuh makian “Encik, boleh tolong beradab sikit. Melenting tak tentu hala macam s@#!.” Saya tidak cakap lah. Sebab ada hormat. Tapi hairan. Dengan Master yang dia dalam bidang pemasaran, anda bukan tahu semua. Dan janganlah menganggap anda betul semua. Jangan sombong. Ramai pemegang Master yang saya kenal budi bahasa baik. Dia tidak tahu saya ni orang Labuan, berdarah Kedayan Brunei. Saya tidak tahu tradisi. Tapi secara lisan pernah disampaikan.
Oh ya, nama saya Pie. Asal Labuan. Bapa Kedayan. Mama Brunei. Nenek saya ceritakan dengan saya, orang dulu bersanding atas katil. Maka pelamin atas katil. Betulkan saya kalau saya salah ya Encik Pensyarah UMSKAL yang tahu segala. Oh ya Encik, kalau orang Brunei dahulu mengurat guna pantun. Bedundang namanya. Sekumpulan sunti dalam kelabu. Jejaka pula di luar. Berjual pantun. Kalau nak tau cerita orang dahulu, saya tau jugak sikit. Tapi saya tiada MASTER. Terima kasih kerana sedarkan saya yang kamu tu sebenarnya tiada apa selain sekeping kertas MASTER. Tidak belajar budi bahasa.
Friday, October 8, 2010
Di mana aku.
Wednesday, October 6, 2010
DIA

Kita melihat untuk mengetahui

Saturday, October 2, 2010
111010

"Awang,mana sesuai mama pakai, baju kurung hijau ni atau baju kurung maroon ni?"
"Yang warna hijau tu lah ma,"
"Tudung pun warna hijau?"
"Awang lemah pasal warna ni.Hijau la,"
"Awal juga jalan.Ada orang ka nanti?"
"Takut jalan sesak.Kami kena suruh berkumpul 7.30 la macam tu,"
"Jadi kami duduk mana?"
"Mama,babah sama kakak duduk dalam dewan.Siap nanti,Awang call kakak.Boleh ambil gambar.Jumpa kawan-kawan Awang,"
"Bah.Neck tie Awang tu senget,"
"Mama tolong adjustkan,"
"Jubah belum pakai lagi tu,"
"Di dewan sempat nanti tu ma,"
How I wish these dialogues are real.Its hurting me a lot.
Wednesday, September 22, 2010
Penghakiman Sempurna

KITA BUKAN MANUSIA TERBAIK UNTUK MENGHAKIMI MANUSIA LAIN.
Thursday, September 16, 2010
Katakan dengan Indahnya.

Raya. Datang lagi. Peeerrrrgggghhhh... Raya ni aku mcm tahun lepas jugak. Habiskan masa dengan kawan-kawan yang ada di Labuan. Kawan yang jarang aku keluar sama-sama. Keluar masa ni berabisan la jawapnya. Keluar pagi or tengah hari, balik pulak mencecah tengah malam. Average la 5 hingga 6 buah rumah ja pun. Beraya satu rumah paling sekejap setengah jam. Pastu habis beraya awal pun jadi balik lambat sebab mesti lepak di McD or pantai. Tenangkan diri. Memang agak penat dan memuaskan. Tapi aku masih MERINDU.
Monday, August 30, 2010
Selamat HAri Raya Maaf Zahir BAtin.

Tomorrow aku sudah balik Labuan. Entah. Macam sayu pula tinggalkan KK kali ni.
Kalau selalunya hanya Pak-pak Menteri yang membuat perutusan raya, kali ini biarlah seorang bakal guru membuat perutusan raya,
Asalamualaikum W.B.T
Hampir genap sudah sebulan kita menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Puasa yang memberi kita peluang untuk dekat kepada yang Esa. Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, saya masih mampu untuk berkata sedikit di sini. Ramadhan di universiti(MASA UCAPAN NI DITAIP MASIH DI UNIVERISITI.TAPI TAHUN NI MASIH PUASA D KK) memang boleh dikatakan mencabar kerana kita sering diuji dengan dugaan. Memang berbeza dengan berpuasa ketika kita sekolah dahulu. Tapi setiap dugaan yang kita hadapi memberi kita seribu kepuasan yang tidak terhingga.
Pada Syawal akan datang ini, aku sekali lagi akan meraikannya tanpa kehadiran seorang bonda. Memang satu kesedihan yang amat perit untuk diterima. Tapi apakan daya. Kita hanya insan yang kerdil yang tidak punya apa. Aku terima dengan redha. Aku akan cuba bergembira meraikan kejayaan Ramadhan dan tidak akan melupakan kenangan bersama kasih bonda.
Setiap kali Syawal sahabat dan temanlah yang menjadi teman gembira penghibur duka. Syawal kali ini mungkin sedikit berbeza dengan pengalaman yang semakin bertambah, teman yang semakin cinta, sahabat yang semakin setia dan seribu kebaikan yang tiba. Aku sekali lagi memanjatkan syukur ke Hadrat Illahi kerana dikurniakan insan seperti mereka.
Apalah maknanya kita tanpa yang Esa. Apalah maknanya perjuangan tanpa insan sekeliling kita. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada yang Ayahanda Mohamad, Kanda Salwati dan Tunang, Dinda Selamah, Dinda Sabri, Dinda Syakri dan Dinda kesayangan yang bongsu Sakinah. Ingatlah kalianlah membuat aku lebih kuat di sini. Kepada Noorfaizah binti Salleh yang tetap setia menemani setiap masa, ucapan raya ini juga tidak lupa kuberikan padamu. Terima kasih kerana di sisi. Kau tahu aku sentiasa tidak lupa.
Kepada ahli keluarga lain, Nenda Mohd Kassim dan Nenda Asiah, maafkan diri ini kerana jarang untuk meluangkan masa bersama. Kepada Busu, Bu Mawar, Mama Idah, Bu Atie, Uda dan Paci Awang dengan keluarga masing-masing, maafkan anak saudara kalian yang bagai derhaka tidak pulang ke rumah kalian. Maaf zahir dan batin.
Kepada guru-guru sekolahku dulu jasa kalian tidak kulupakan. Guru di Tadika Perpaduan Kampung Patau-patau, Sekolah Kebangsaan Patau-patau, Sekolah Rendah Agama Islam Patau-patau, Saint Anthony School Labuan, dan S.M.K. Labuan. Tidak dilupakan kepada guru-guru sekolah lain yang mengenali diriku. Maaf zahir dan batin.
Tidak dilupakan kepada teman-teman sekerja di Iktikad Waja. Pengalaman di sana banyak mengajarku. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Kepada sahabat-sahabat di kampung; cdie, ilhan, rudie, manbai, faiz, bob, madu, adie dan lain-lain. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kepada teman setiaku. Aki, Fariz, Yao, Ana, Izat, Shidah, Atul, Iqbal, Acit, Hasnur, adikku Irma Ain, Ceceng dan sahabatku yang lain. Kalian peneman dukaku. Pembawa gembiraku. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Teman seuniversiti. Kepada kekanda-kekanda senior yang masih belajar mahupun yang sudah bergelar graduan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ahli keluarga G-TEL, Ahli A10-02; Pijul, Akmal, Amid, Afiq, Awan, Awang, Fit, Ct, Reza, Jong, Faisal, Amir dan lain-lain. Kalianlah ABDUL yang berjaya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Teman sealiran di universiti; Encik Simi, Faisal, Wan, Comot, Kuza dan lain-lain(ramai sangat) eratkan hubungan kekeluargaan kita. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Tidak dilupakan
Tambah juga junior-junior yang baru sahaja belajar erti hidup universiti.
Kepada yang bermakna tahun ini(tahun lalu punya ucapan), WARGA SEMEKAP. Ramadhan yang membawa seribu satu kenangan atas kehadiran kalian.
Kepada kawan PONTEKIANS yang baru rapat; Pijih geng heels merah, waniey witch, linie n aidin, jubit, xia, olly. Thanks. And Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Dayang Shahfizah Ezyan binti Kaharudin and Awang Sharil Omar, good luck in what u do. Selamat Hari Raya Maaf Zahir BAtin. Episod hidup memberi seribu pengajaran.
Begitu panjang senarai untuk perutusn raya ini. Kepada yang tidak tersenarai dalam perutusan ini, bukanku melupakan kalian. Kalian tetap ku ingati. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Akhir kalam. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Wasallam.
Ikhlas daripada,
p/s:TAHUN LEPAS PUNYA PERUTUSAN
Friday, August 27, 2010
Ape2 aje.
.jpg)




Wednesday, August 25, 2010
SUARA
Monday, August 23, 2010
Amalan sunat ni jo

1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim
2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)
4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.
5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.
6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.
7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.
8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”
9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)
10. Merperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.
11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”
12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.
14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”
aaaaaaaaa

Terasa ingin update malam ni.
Tuesday, August 17, 2010
Puasa
1. Puasa ketujuh.
Thursday, August 12, 2010
Hari Ini

1. Puasa pertama. Alhamdulillah. Dugaan tu kurang. Menghabiskan masa di ofis Hafiz.
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan

1. Manusia mula menghitung hari untuk hari raya biar pun Ramadhan pertama ini belum lagi melepasi waktu tengah harinya. Aku gembira dengan Ramadhan ni. Aku rindu.
Tuesday, August 10, 2010
Update Ringkas

Hari ni aku macam dalam keadaan kurang sehat.
Aku memang tidak sehat. Tonsil aku agak membengkak. Suhu badan yang semakin meningkat. Sendi-sendi yang rasa sengal. Eh macam banyak pulak. :P
Aku cuba lawan sakit ni sebab esok mungkin puasa. So biarkan Ramadhan ni memberi seribu kesembuhan dalam hidup.
Mungkin dalam masa 2 3 hari ni aku akan mula menulis benda yang serius kembali.Bergantung juga kepada keadaan semasa.
Kehidupan biarpun agak hambar tapi at least otak aku tidak berhenti berfikir.
Monday, August 9, 2010
KPM. Interview GST.
Salam. Saya bru hubungi kpm, atas desakan kita, kpm akan bermesyuarat petang ni. Segala kptsn akan saya maklumkan dan kpm akan umumkan dlm web kpm. Sama2 kta doa agar kptsnnya nnt menggembirakan kita.-Azrul Ibrahim-
Sunday, August 8, 2010
Thursday, August 5, 2010
Update
Friday, July 30, 2010
Friday, July 16, 2010
Update elak berhabuk.

Thursday, June 10, 2010
Sejuk Manis Qaseh
Qaseh
Aku di sini
Menyentuh ikatan
Cuba untuk melerai sebuah rasa
Mungkin bisa kita bersatu
Qaseh
Aku takut untuk menyimpul janji
Aku takut kita berbeza tinggi
Aku takut aku hanya merasai sendiri
Tapi aku juga takut rasa itu akhirnya mati
Qaseh
Izinkan aku untuk begini
Bukan untuk selamanya
Tapi cukup untuk sekelumit waktu
Untuk aku menimbang
baik dan buruk tindak langkahku
Untuk aku berkabung
dengan sakit sebuah luka
Qaseh
Kurasa manisnya biar hanya setitik
Kurasa sejuknya biar hanya sehembus
Semua keranamu Qaseh.















