Wednesday, December 15, 2010

Nothing to read.


Apa yang patut saya tulis. I want to write something. Like always. I don't know where to start.

Saya tulis benda ni sebagai salah satu assignment saya untuk kursus Literature and Gender. So setiap pelajar dikehendaki menulis cerpen yang berasaskan perasaan kita kepada sesiapa sahaja dan berkaitan dengan gender. Masa tu saya memilih untuk mengadaptasi kisah hidup saya ke atas kertas. Biar pun agak ringkas, tapi memberi seribu makna dalam hidup saya. Saya letakkan perenggan pertama dalam kisah ini.

Tanah kawasan perkuburan Islam itu basah disirami hujan malam tadi. Terdapat tinggalan bekas tapak kaki menuju ke dalam kawasan perkuburan. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berteleku di hadapan sebuah pusara. Kedengaran sayup-sayup lelaki itu sayu membaca surah Yasin. Titis-titis air mata mulai membasahi mata dan pipi lelaki itu. Selesai membaca surah Yasin, lelaki itu masih lagi berteleku di hadapan kubur sambil bergumam sendirian. Lelaki itu kelihatan derita menanggung rindu yang tidak kesampaian. Titis-titis air mata belum juga kering seperti titis hujan yang turun malam tadi.

Manusia. Unik. Saya sendiri cuba untuk berdiri sebagai seorang yang unik. Tidak di mata semua orang. Tapi saya tetap cuba untuk unik. Keunikan tu adalah sesuatu yang saya inginkan. Gay? I am not. Tapi saya hormat mereka. Playboy? Lagi jauh dari saya. Saya bukan manusia yang suka memainkan perasaan manusia lain. Apatah lagi untuk menghancurkan. Fragile? Yes, I am. Kadang-kadang orang tidak sedar. Tapi tidak mengapa. Saya tau saya ni bukan siapa-siapa untuk anda fikirkan. I am nobody. Saya lebih gemar untuk terus tersenyum dan ketawa. Saya suka untuk terus gembira. Saya suka untuk ceria. Kadang hakikatnya, jauh di dalam saya simpan luka.

Saya gembira. Saya ketawa. Saya mahu semua. Tamak. Tidak dapat tidak mengapa. Akan saya fikir kenapa.



2 comments:

Iza Faizah said...

sa pemurah..ko ambikla sa semua :)

pie said...

nnt sa ambik d rumah...