Sunday, October 10, 2010

Maruah.


~Saya hanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Dua Dua. Tidak pernah mendapat Anugerah Dekan. Tidak pernah menjadi Perwakilan Pelajar. Tidak pernah membuat kajian sejarah pasal Melayu Brunei Kedayan. Dengan membawa 'pelamin tradisi' kononnya sebagai identiti Labuan, tidak bermakna anda membawa imej Labuan. Walaupun anda pensyarah UMSKAL, tapi janganlah secara tidak hormat mempertikaikan persoalan saya. Oh ya, saya Pie, asal dari Labuan, Kedayan Brunei dalam darahku. Kalau tidak silap saya, pelamin tradisi Brunei yang nenek saya cerita berada atas katil.~

Ni luahan yang cuba aku sampaikan tadi. Hari ni aku sempat la luangkan masa sekejap turun ke UMS. Tamu Gadang aku kurang tertarik. Mungkin sebelum ni aku tertarik sebab aku terlibat dalam Tamu Gadang. Luahan tadi tu muncul masa aku melawat booth UMSKAL. Aku bertanya dengan orang yang menjaga booth tersebut kenapa hias dengan pelamin. Maka mereka yang bijak pandai ini menjawap, mereka cuba membawa identiti Labuan melalui pelamin tersebut. Membawa tradisi Labuan untuk lambang UMSKAL. Yang menghairankan, pelamin itu terlalu universal untuk menyatakan begitulah identiti Kedayan Brunei Labuan. Kemudian datanglah seorang cendekiawan pemegang Master bergelar pensyarah. Mengadulah sang pelajar kepada pensyarahnya atas persoalan saya. Sang Pensyarah yang bijaksana ini bukan berdarah melayu Kedayan Brunei. Dan dengan tegasnya dia berkata ini pelamin moden. Lalu INGIN saya katakan dengan penuh makian “Encik, boleh tolong beradab sikit. Melenting tak tentu hala macam s@#!.” Saya tidak cakap lah. Sebab ada hormat. Tapi hairan. Dengan Master yang dia dalam bidang pemasaran, anda bukan tahu semua. Dan janganlah menganggap anda betul semua. Jangan sombong. Ramai pemegang Master yang saya kenal budi bahasa baik. Dia tidak tahu saya ni orang Labuan, berdarah Kedayan Brunei. Saya tidak tahu tradisi. Tapi secara lisan pernah disampaikan.

Oh ya, nama saya Pie. Asal Labuan. Bapa Kedayan. Mama Brunei. Nenek saya ceritakan dengan saya, orang dulu bersanding atas katil. Maka pelamin atas katil. Betulkan saya kalau saya salah ya Encik Pensyarah UMSKAL yang tahu segala. Oh ya Encik, kalau orang Brunei dahulu mengurat guna pantun. Bedundang namanya. Sekumpulan sunti dalam kelabu. Jejaka pula di luar. Berjual pantun. Kalau nak tau cerita orang dahulu, saya tau jugak sikit. Tapi saya tiada MASTER. Terima kasih kerana sedarkan saya yang kamu tu sebenarnya tiada apa selain sekeping kertas MASTER. Tidak belajar budi bahasa.


3 comments:

Zulkifly Omar said...

atuya~~ sandi jua pensyarah atu....

Anonymous said...

Nice post, pie :). Mmg betul tu- apa guna pelajaran tinggi tp x adab n budi bahasa..

pie said...

ZO:mimang sandi...

kilique:master yg begitu mahal, tp bila jmpa org tu, aku rasa master tu bgitu murah mcm sekeping kertas ja