Membaca kisah lalu orang lain memang sakit. Tapi lebih menyakitkan kalau kisah lalu orang lain sebenarnya berkaitan dengan diri kita sendiri. Kita jadi bercampur baur. Tak tau nak rasa apa. Tiada daya. Tapi ingatlah, kita ada Dia.
Sabtu kembali ke Silabukan untuk menjalankan amanah sebagai guru. Mungkin berat. Tapi ini pilihan yang dibuat. Ahad mesyuarat staff. Isnin detik permulaan sebagai seorang GURU PERMULAAN. Novice Teacher
Aku merindu. Aku bersabar.
Silabukan. Tempat yang sesuai untuk aku menulis kembali. Tapi sayangnya internet connection macam haram. Ada jaring pun bukan boleh pakai. Tapi insya Allah aku akan mula menulis kembali.
24-26.12.2010 --> Jalan bersama dia dan keluarganya ke Keningau. Satu kenangan yang menggamit kenangan perasaan sebuah keluarga. And yes her mum and aunty are angel from heaven. I love them. Aku teringat mama.
Aku ni update saja di hujung tahun. Tidak tahu mau menulis topik apa sebenarnya. Mungkin aku boleh katakan Malaysia Boleh?
Oh ya. Baik aku update pasal macam mana kehidupan aku mula-mula melangkah ke dalam SMK Silabukan 27.12.2010. Kami sampai di sekolah lebih kurang 4 petang. Menunggu Penolong Kanan datang serahkan kunci rumah yang ada di kawasan sekolah tu. Agak semangat sebab ada rumah untuk berteduh. Berada di luar rumah mengundang seribu imaginasi biar pun nyamuk dengan rakusnya menyerbu kami. Maklumlah, nak jadi cikgu katakan. Kami masuk saja ke dalam rumah tersebut, aduh terkedu. Diam seribu bahasa. Ehehe... Suis karan yang hilang. Paip air yang tiada. Dan lantai rumah yang menunggu masa untuk roboh. Alhamdulillah ada jugak benda cantik di sana. Contohnya poster Italy dan Harry Potter yang bertampal di dinding. Yang lain? Hancus...
Nanti lagi I update ye... Kawan I tunggu I nak ronda Tawau...














