Sunday, July 31, 2011

ENDING

Gambar rosak

Ikat aku di tiang kukuh agar tidak hanyut ke laut angkuh.

Aku cuba mengupload barang sekeping dua gambar ke dalam blog ni. Tapi macam fail ja dua tiga malam ni. So malam ni saya melalut la sikit.

Hari pertama Ramadhan tahun ni merupakan Hari pertama Ramadhan yang keenam berturut aku berada di luar Labuan. Tahun ni pertama kali berada di Lahad Datu. Aku sangat berharap tahun ni merupakan Ramadhan terakhir aku sebagai bujang. Doaku. Kadangkala kita takut dengan tanggungjawab ni. Tapi ini namanya hidup. Ada yang berkata buatlah secepat yang mungkin. Memang mahu. Tapi aku ada keluarga. Dia ada keluarga. Jadi keputusan keluarga.


NO DOUBT, ENDINGS ARE HARD BUT THEN AGAIN NOTHING EVER REALLY ENDS, DOES IT?

Friday, July 29, 2011

Kurang mengerti


Kaki melangkah ke depan. Entah apa yang ada di depan. Tidak apa. Mungkin dalam kusut ada tenang. Mungkin. Semua tu mungkin. Kita bukan tau. KITA MERANCANG DENGAN CITA-CITA. TUHAN MERANCANG DENGAN CINTA.

Upload gambar.



Sunday, July 24, 2011

Perancangan manusia


Kegagalan merancang itu merancang kepada kegagalan. Biasa kita dengar. Mutiara kata ni boleh apply tuk apa-apa saja.

Analogi:

Pencuri and perompak motosikal. Mengikut kebiasaannya, geng-geng ni akan merancang dengan membuat rondaan di sekitar rumah yang menjadi target. Mereka akan mengambil segala maklumat. Dari maklumat jenis motosikal sehinggalah waktu penghuni keluar masuk rumah dan waktu tidur. Maklumat-maklumat ini digunakan untuk perancangan 'mengambil' motosikal. Apabila perancangan rapi sudah dibuat, motosikal pun 'diambil'.

Peristiwa:

Rondaan dibuat oleh Mat-mat moto di sekitar kawasan Sri Perdana. Kemudian maklumat diambil. Percubaan mencuri dibuat. Akibat maklumat hanya diambil berkaitan penghuni rumah tetapi tidak penghuni jiran, rancangan gagal.

Moral:
Merancanglah dengan sebaik yang mungkin.
Pastikan motosikal anda berada dalam keadaan selamat.

Monday, July 18, 2011

Dialog


Punya lah lama blog ni tida berjenguk. Bukan tidak mahu. Tapi kadang-kadang mengadap blog ni jadi tidak tahu apa mau ditaip. Bukan macam sebelum ni. Senang saja aku menaip apa yang perlu.

Pelajar A: Cikgu, kelas kami tiada kelas tambahan?
Cikgu : Tiada. Kenapa?
Pelajar A :Iya la. Yang pandai dikasi pandai. Yang bodoh dibiar bodoh.
Cikgu : ...

Ni antara dialog yang buat aku senyum diam.

Pelajar B : Cikgu, mama saya kirim salam.
Cikgu : Waalaikumsalam.
Pelajar B : Mama, saya cakap doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dari Tanah Suci.
Cikgu : Cikgu doakan. (Pelajar yang sentiasa mengingati guru)

Ni pun dialog yang ok.

Pelajar C : Cikgu, boleh ajar kelas kami?
Cikgu : Aiks. Napa mesti ajar kelas kamu. Cikgu kamu bagus la.
Pelajar C : Kelas cikgu ketawa-ketawa ja dorang. Even ada banyak keja. Itu yang saya mau. Kelas tidak tension.
Cikgu : Pala hotak kamu. Saya pun selalu tengking dalam kelas tu. Dorang kena marah baru buat keja.

Ni dialog yang pening.

Pelajar D : Cikgu, girlfriend cikgu comel.
Cikgu : Girlfriend????
Pelajar E : Ui. tu bini cikgu la.
Pelajar D : Iya ka cikgu?
Cikgu : ... (Senyum)

Ni dialog ...

Pelajar F : ..... (Muka seram tengok cikgu)
Cikgu : ..... (Muka bengang)
Pelajar F : Cikgu.... (Takut2)
Cikgu : Ya... (Garang)
Pelajar F : Tiadalah cikgu. (Laju2 keluar dari bilik guru)

Dialog sunyi.

Saturday, July 9, 2011

Stage of life

Timing doesn't always right.