Monday, July 18, 2011

Dialog


Punya lah lama blog ni tida berjenguk. Bukan tidak mahu. Tapi kadang-kadang mengadap blog ni jadi tidak tahu apa mau ditaip. Bukan macam sebelum ni. Senang saja aku menaip apa yang perlu.

Pelajar A: Cikgu, kelas kami tiada kelas tambahan?
Cikgu : Tiada. Kenapa?
Pelajar A :Iya la. Yang pandai dikasi pandai. Yang bodoh dibiar bodoh.
Cikgu : ...

Ni antara dialog yang buat aku senyum diam.

Pelajar B : Cikgu, mama saya kirim salam.
Cikgu : Waalaikumsalam.
Pelajar B : Mama, saya cakap doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dari Tanah Suci.
Cikgu : Cikgu doakan. (Pelajar yang sentiasa mengingati guru)

Ni pun dialog yang ok.

Pelajar C : Cikgu, boleh ajar kelas kami?
Cikgu : Aiks. Napa mesti ajar kelas kamu. Cikgu kamu bagus la.
Pelajar C : Kelas cikgu ketawa-ketawa ja dorang. Even ada banyak keja. Itu yang saya mau. Kelas tidak tension.
Cikgu : Pala hotak kamu. Saya pun selalu tengking dalam kelas tu. Dorang kena marah baru buat keja.

Ni dialog yang pening.

Pelajar D : Cikgu, girlfriend cikgu comel.
Cikgu : Girlfriend????
Pelajar E : Ui. tu bini cikgu la.
Pelajar D : Iya ka cikgu?
Cikgu : ... (Senyum)

Ni dialog ...

Pelajar F : ..... (Muka seram tengok cikgu)
Cikgu : ..... (Muka bengang)
Pelajar F : Cikgu.... (Takut2)
Cikgu : Ya... (Garang)
Pelajar F : Tiadalah cikgu. (Laju2 keluar dari bilik guru)

Dialog sunyi.

No comments: