Wednesday, October 5, 2016

KAHKAHKAH

HOW TO MAKE MY BLOG PRIVATE
To change who can see your blog:
  1. Sign in to Blogger.
  2. Select the blog to update.
  3. In the left menu, click Settings > Basic > Permissions.
  4. In the "Blog Readers" section, click Edit.
  5. Select “Anybody,” “Only blog authors,” or “Only these readers.”
  6. Click Save changes.

HOW TO ADD AUTHOR
Just follow the steps below:
  1. Log into your blogger account at blogger.com and click the name of your blog.
  2. Click "Settings" on the left side of the page and go to the "Basic" tab: ...
  3. Look for the Permissions/Blog authors section and click on the "Add authors" link.

HOW TO CHANGE MY BLOG'S TITLE
In this case you should do the following:
  1. Go to Pages ->All Pages tab:
  2. Open the Blog page by clicking on its title.
  3. On the appeared screen change the title in the title field to any desired one. Click “Update” button at the right hand side:
  4. Open your Blog page and refresh it, the title should be changed now.

HOW TO CHANGE MY BLOG'S ADRESS

HOW TO DELETE MY BLOG

HOW TO CHANGE MY BLOG'S LANGUAGE

Tuesday, April 28, 2015

Bungkam

Langkah kaki terpasak
Sedih berbunyi sunyi
Hiba berair mata
Jeritan tidak kedengaran
Bisu digenggam tangan setia
Akhirnya aku bungkam

Kuat

Lama. Memang lama. Sebelum ni rajin. Di sini tempat aku muntah.

1. Datuk aku Mohd Kassim bin Yacob meninggal dunia 24.04.2015. Nangis? Ya. Perit? Ya. 

2. Penat? Ya. Kerja? Berlambak. Badan mau pakai lama lagi.

3. Aku siapa? Aku tetap juga aku. Kadang aku hilang juga dalam perjalanan. Entah jalan pilihan aku yang macam mana. Aku bising di luar. Ketawa. Senyum. Lawak. Menggembirakan manusia lain. Dalaman aku kadang macam sunyi. Tahap kehancuran yang sukar aku kutip. Berderai. Tapi jalanan sangat tidak selesa.

4. Tolong aku untuk kuat. 

Tuesday, March 10, 2015

Lihat

Bosan. Melawat rumah persinggahan lama. Rindu juga kadang-kadang. Akan selalu melihat.

Monday, September 15, 2014

Hari Malaysia 2014


A remake video. The previous version was recorded last year at SMK Silabukan. I can say it was a collaboration between Sudir and I. He is the one comes up with the idea. This year, after I had transferred, I do it by my own. Merdekakah kita? Selamat Menyambut Hari Malaysia 2014.

Saturday, May 10, 2014

Absolute Truth. Misi Mencari Jalan Kebenaran Tuhan.

Banyak isu yang keluar memenuhi segala ruang sudut perhubungan. Antara yang hangat adalah isu keagamaan. Untuk rekod, aku bukan seorang Ustaz. Aku pelik dunia sekarang ni. Ramai yang telah mengambil alih tugas Tuhan. Seperti golongan ini adalah pemegang senarai nama penghuni syurga neaka, Dengan yakin dan mudah mereka menjatuh hukum siapa benar dan salah. Adakah mereka memegang absolute truth? Penghakiman syurga neraka bukan tugas manusia.

Perbalahan dalam kalangan ahli agama juga aku kategorikan sebagai isu agama. Dengan kecetekan ilmu, aku mencari ilmu keagamaan. Melihat perrbalahan antara pelbagai pihak membuat aku sedikit gerun dengan pencarian.

Masa umur aku 12 tahun, aku menyimpan impian untuk masuk ke sekolah menengah agama. Perancangan aku tidak menjadi seperti yang aku mahu. Aku bersekolah di sekolah yang dimulakan dengan perkataan Saint. Aku dimomokkan dengan isu kristian. Semua menasihati aku seperti aku dengan confirrm akan murtad. Masa tu umur aku 13 tahun. Lima tahun beb aku sekolah tu. Dan di sekolah tu aku berjaya mendidik aku mengenal agama. Bible aku baca. Kau tidak murtad baca Bible??? C'mon. Kepercayaan dan Iman aku bukan di luar. Kau baca untuk tahu. Keyakinan aku sebagai Muslim semakin bertambah. Tapi keyakinan terhadap kepercayaan aku bukan lesen aku untuk menghina yang lain. Kalau kau menghina seperti agama kau ajar macam tu. 

Baru-baru ini ada satu kes kematian. Kedengaran komen-komen menghina dan menjatuhkan mauah jenazah. Mengeluarkan hadith dan ayat Quran menyokong komen penghinaan. Hebat! Kalau kau keluarkan hadith dan ayat Quran untuk mendidik, aku setuju. Aku bukan bangang untuk menolak kebaikan. Tapi kau menghina jenaazah dengan mengatakan bodoh membunuh diri. Jenazah direct masuk neraka. Kau ni siapa sebenarnya? Tuhan? Malaikat? Nabi? Bukan kan? Jadi untuk apa kau hina dan maki kemudian gunakan hadith dan Quran sebagai benteng keangkuhan kau? Kau ada melihatkah jenazah bunuh diri? Mungkin beliau terjatuh. Mungkin pada saat akhir mengubah fikiran tapi terjatuh? Kau ada banyak ayat Quran dan Hadith ni tahu kan pasal Husnozon? Jangan mendabik dada menyatakan kau sentiasa betul. 


Statement  aku bukan semestinya betul. Tapi ini sudut dan ruang lingkup pandangan aku.


Tuesday, April 15, 2014

Tiba-tiba teringin.

Jiwa yang penat membuatkan apa yang dilakukan serba tidak kena. Perasaan yang celaru perlu satu hentian untuk berehat. Kalau dahulu, mungkin sendirian satu ubat penenang. Tapi sekarang, perbincangan itu satu keperluan kepada semua cerita. Apa sebenarnya yang jadi? Apa kertas itu kita biarkan sahaja renyuk menjadi sampah? Atau kiranya kita perlukan cantikkan kertas yang kotor itu. Sakit. Bukan perasaan kerosakan aku cari. Adakah ini menjadi salah satu kemestian hidup? Kelangsungan berkadar terus adakah perlu? Berhentilah. Berkatalah. Kalau sakit, ubatilah. Sekurangnya kita luahkan bersama.


p/s: Drama dunia yang dituliskan.

Thursday, January 16, 2014

Ini bukan Maharaja Lawak Mega.

Kehidupan boleh menjadi karangan novel ciptaanmu. Mungkin tidak seindah yang dirasakan. Tapi mampu untuk kau atur rancang untuk dipahatkan sebagai kenangan yang sang pejuang. Dengan izin-Nya.

Wednesday, December 25, 2013

Pergi

Ada rasa yang tertinggal
Ada bisa yang menikam
Ada rindu yang menyapa

Simpanlah
Genggamlah
Tanamlah
Kerna esok belum tahu ada
Jangan biar hilang pergi.

Thursday, November 7, 2013

Silam


Jangan dulu buang
Terkadang semua hanya di dalam
Cuma mata dibutakan
Rasa seperti hilang
Riang yang disepikan

Susun langkah bersulam
Kata yang didiamkan
Mungkin silam bukan sebuah kesilapan

Wednesday, November 6, 2013

Kau


Terbanglah
Terbang tinggi ke awan
Bebaslah
Bebas menyinari langit kelam
Pecutlah
Pecut membelah angin taufan
Pintaku
Jangan lupa daratan
Tempat kau dilahirkan

Thursday, August 15, 2013

Zalim

Kita bina kehidupan di atas benang penipuan
Kita rai kegembiraan atas air mata tangis derita insan
Kita senyum sinis atas kejatuhan mereka yang kekurangan
Matikan sebuah kisah zalim tiada kesudahan.

Wednesday, July 31, 2013

Live

Sometimes life is not easy. But I try not to make it hard. I try to live as a normal human being.