Tuesday, April 15, 2014

Tiba-tiba teringin.

Jiwa yang penat membuatkan apa yang dilakukan serba tidak kena. Perasaan yang celaru perlu satu hentian untuk berehat. Kalau dahulu, mungkin sendirian satu ubat penenang. Tapi sekarang, perbincangan itu satu keperluan kepada semua cerita. Apa sebenarnya yang jadi? Apa kertas itu kita biarkan sahaja renyuk menjadi sampah? Atau kiranya kita perlukan cantikkan kertas yang kotor itu. Sakit. Bukan perasaan kerosakan aku cari. Adakah ini menjadi salah satu kemestian hidup? Kelangsungan berkadar terus adakah perlu? Berhentilah. Berkatalah. Kalau sakit, ubatilah. Sekurangnya kita luahkan bersama.


p/s: Drama dunia yang dituliskan.

No comments: