Saturday, May 10, 2014

Absolute Truth. Misi Mencari Jalan Kebenaran Tuhan.

Banyak isu yang keluar memenuhi segala ruang sudut perhubungan. Antara yang hangat adalah isu keagamaan. Untuk rekod, aku bukan seorang Ustaz. Aku pelik dunia sekarang ni. Ramai yang telah mengambil alih tugas Tuhan. Seperti golongan ini adalah pemegang senarai nama penghuni syurga neaka, Dengan yakin dan mudah mereka menjatuh hukum siapa benar dan salah. Adakah mereka memegang absolute truth? Penghakiman syurga neraka bukan tugas manusia.

Perbalahan dalam kalangan ahli agama juga aku kategorikan sebagai isu agama. Dengan kecetekan ilmu, aku mencari ilmu keagamaan. Melihat perrbalahan antara pelbagai pihak membuat aku sedikit gerun dengan pencarian.

Masa umur aku 12 tahun, aku menyimpan impian untuk masuk ke sekolah menengah agama. Perancangan aku tidak menjadi seperti yang aku mahu. Aku bersekolah di sekolah yang dimulakan dengan perkataan Saint. Aku dimomokkan dengan isu kristian. Semua menasihati aku seperti aku dengan confirrm akan murtad. Masa tu umur aku 13 tahun. Lima tahun beb aku sekolah tu. Dan di sekolah tu aku berjaya mendidik aku mengenal agama. Bible aku baca. Kau tidak murtad baca Bible??? C'mon. Kepercayaan dan Iman aku bukan di luar. Kau baca untuk tahu. Keyakinan aku sebagai Muslim semakin bertambah. Tapi keyakinan terhadap kepercayaan aku bukan lesen aku untuk menghina yang lain. Kalau kau menghina seperti agama kau ajar macam tu. 

Baru-baru ini ada satu kes kematian. Kedengaran komen-komen menghina dan menjatuhkan mauah jenazah. Mengeluarkan hadith dan ayat Quran menyokong komen penghinaan. Hebat! Kalau kau keluarkan hadith dan ayat Quran untuk mendidik, aku setuju. Aku bukan bangang untuk menolak kebaikan. Tapi kau menghina jenaazah dengan mengatakan bodoh membunuh diri. Jenazah direct masuk neraka. Kau ni siapa sebenarnya? Tuhan? Malaikat? Nabi? Bukan kan? Jadi untuk apa kau hina dan maki kemudian gunakan hadith dan Quran sebagai benteng keangkuhan kau? Kau ada melihatkah jenazah bunuh diri? Mungkin beliau terjatuh. Mungkin pada saat akhir mengubah fikiran tapi terjatuh? Kau ada banyak ayat Quran dan Hadith ni tahu kan pasal Husnozon? Jangan mendabik dada menyatakan kau sentiasa betul. 


Statement  aku bukan semestinya betul. Tapi ini sudut dan ruang lingkup pandangan aku.


No comments: