isnin malam pementasan pertama untuk festival teater ums berlangsung. teater bertajuk 'titik-titik hitam' karya nasjah djamin diarahkan oleh emyliyana omar.saya mengharapkan sesuatu yang hebat.mungkin expectation saya amat tinggi.hasil keseluruhan boleh saya katakan sebagai 'boleh'.
saya mulakan dengan pemilihan pelakon.watak hartati yang dilakonkan oleh ann sevelan boleh saya katakan tidak cukup berjaya untuk mencapai tahap yang boleh mengangkat jalan cerita ini.walaupun boleh dikatakan dari segi luaran atau paras rupa dia memang sesuai dengan watak tersebut.pelakon ini tidak pernah berada di atas pentas untuk berlakon.masalah yang jelas ketara ialah lontaran vokal.vokal tidak jelas kedengaran.malahan sebutan atau artikulasi pelakon memang lemah.sehingga pada suatu tahap kita langsung tidak memahami apa yang dikatakan oleh pemain.permainan di atas pentas pula, 'hartati' banyak bermain dengan melakukan pengulangan bisnes sehinggakan kita boleh mengagak dia akan bergerak ke mana.
watak ayu pula dilakonkan oleh shasha.memang dari paras rupa sesuai.tapi dari segi lakonan agak tergelincir.saya menyatakan sedimikian kerana pemain keliru untuk menggunakan dialek mana.kadang-kadang jelas kedengaran penggunaan dialek sabah tapi pada yang sama cuba untuk menggunakan dialek semenanjung.dan menjadi masalah apabila pemain tidak mempunyai vokal yang mantap sehinggakan apa yang dilafazkan tidak kedengaran.mengalami masalah yang serupa dengan pemain watak hartati dalam aspek artikulasi.pemain ini juga mempunyai masalah kerana ingin cepat menghabiskan dialog.tapi dia mempunyai kelebihan kerana berjaya menunjukkan perangai luaran watak ayu serba sedikit.mungkin itu perangai juga?
watak ibu pula dilakonkan oleh asmah junin.tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan.pemain tidak dapat menunjukkan kewibawaan seorang ibu.sehinggakan penonton boleh berasa keliru apabila kemunculan watak ibu dengan watak adam.persoalan yang ditimbulkan adakah adam dan ibu sebaya?pemain juga mempunyai masalah yang serupa iaitu masalah artikulasi dan lontaran vokal.dari segi permainan, pemain kurang bermain dan bagaikan tidak sedar ruang dengan bermain di ruang yang sama sahaja.
watak seterusnya ialah doktor agus.watak ini merupakan watak lelaki yang akhirnya dilakonkan oleh wanita akibat pelakon asal mempunyai masalah peribadi.pemain yang memegang watak ini ialah ayu ruhaizah yang pernah memegang watak gadis dalam pementasan teater syajar di makum.pemain ini mengalami masalag dalam melontarkan vokal.mungkin disebabkan terkongkong membawa watak seorang lelaki.segala pergerakan jadi terkawal.malahan pemain bagaikan tidak membuat kajian watak.buktinya kostum watak doktor agus tidak langsung melambangkan dia seorang doktor.malahan saya selaku penonton tidak nampak gaya kedoktoran watak.
watak adam pula dimainkan oleh datu ahmad tharmizi.mempunyai vokal yang sesuai.artikulasi yang baik.bijak bermain.cuma masalah dalam melafazkan skrip.skrip yang dilafazkan bagai tidak mempunyai kaitan dengan apa yang dikatakan sebelumnya.pemain juga melakukan kesilapan pada awal pementasan tapi kesilapan yang boleh dimaafkan.walaupun bermain dalam keadaan baik tapi masih belum mampu membawa cerita naik ke atas.
watak taufik pula merupakan seorang pemain berbakat.suhaimi yang membawa watak taufik bagai menjadi penyelamat cerita apabila bijak membawa pemain lain mengejar tempo yang dibawa.malahan bijak menarik perhatian penonton dengan melakukan bisnes yang hidup.akan tetapi ada kalanya pemain kelihatan seperti robot.
komen seorang yang kecil.
1 comment:
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment