Sunday, September 21, 2008

Derita Kita Bersama

(Puisi ini ditulis ketika aku tidak sempat sahur kerana tiada makanan lagi di rumah dan aku lambat bangun untuk memesan makanan)

janganlah kau menangis

janganlah kau meronta
janganlah kau menjerit

andai tangisanmu kedengaran
andai rontaanmu kelihatan
andai jeritan membingitkan
aku turut terasa
kerana kita sama
berkongsi rasa dan cita
tapi apakan daya
menyesal tiada guna
orang berjaga kita terlena

ku harap kau akan tabah mengharungi hari esok
kerana ianya bukan waktu yang lama
walau derita kita melambatkan masa yang ada
tapi itu hanya mainan minda

ingatlah
ada yang lebih teruk dari kita
berikan kekuatanmu untuk hari esok
bersabarlah
wahai PERUTKU yang tidak sempat sahur