Pada awal pagi, hujan turun dengan lebatnya dan sedikit sebanyak hujan ini menggugah semangatku untuk pergi ke kelas. Tapi mungkin tekadku untuk kembali berjalan di jalan yang kurang berduri membuat semangatku lebih kental. Aku teruskan ke kampus dengan menumpang teman serumahku Akmal. Sesampai sahaja aku di kelas, belum pun sampai 20 orang pelajat di dalam. Sabar menunggu sehingga kelas bermula. Jiwaku berubah menjadi kacau kembali. Apa aku ini dilahirkan sebagai seorang yang sensitif? Kelas hari ini membincangkan jenis poetry. Pensyarah sempat menerangkan berkaitan sebuah puisi berkaitan kasih sayang terhadap ibu bapa. Sudahlah jiwaku memang kacau dengan isu ini, bertambahlah kacau jadinya. Aku keluar dari kelas untuk menenangkan diri walau pun aku tau air mata yang menitis ini disedari oleh teman-teman kelasku.
Tamat saja kelas aku menapak menunggu bas untuk pulang ke rumah. Niat di hati hendak mengulangkaji untuk midterm petang, apakan daya. Aku lebih gemar mengikut kehendak mataku yang mula layu. Lelaplah mata. Bangun saja dari lelap, aku tau aku hampir terlewat midterm. Nasiblah setiba saja aku di dalam kelas, midterm belum pun bermula. Tamat saja midterm dan kelas lebih kurang pukul 6 petang. Aku yang menumpang kawan pun memulakan perjalanan penuh semangat untuk pulang berbuka. Kami tersangkut di jalan yang banjir. Kami sampai di bazaar dan berbuka dengan air kelapa dan sedikit ’makanan’ tambahan. Baru saja bercadang balik, kami diajak makan. Layanlah dulu perut yang sudah mula berkeroncong. Selesai makan kami pun balik.
Belum pun panas duduk, teman sebilikku mengajak aku menghadiri rapat umum kolej kediaman E. Layan sajalah. Yang menjadi lawaknya ketika rapat umum ni, hampir semua calon yang menampilkan diri menaburkan janji-janji manis. Sehinggakan ada calon dengan berani berkata isu birokrasi. Sangat hebat. Tapi calon tersebut telah menonjolkan kebodohannya dengan mengutarakan isu birokrasi tetapi tidak bersesuaian dengan masalah yang ada. Ada pula calon yang terlampau gemuruh sehingga menyebut nama sekali lalu menerangkan manifesto. Pelajar lain pun nak tau nama kak oooiiii...
Kami cuba untuk melihat sejauh mana kehebatan rapat umum kolej AB pula. Setiba saja kami, hanya kesunyian melanda. Dah tamat rupanya. Pulanglah kami ke kolej Indah Permai. Pagar utama telah ditutup. Rupanya fire drill akan dijalankan. Melihat kepada latihan kebakaran ini, mungkin tidak terlampau saya katakan banyak pelajar yang telah mati terbakar kerana tidak memperdulikan siren bomba yang berbunyi. Hehe... tapi saya agak terkilan sedikit apabila penganjur membuat perbndingan pelajar kolej kediaman IP ini dengan kolej dalam kampus. Tidak keterlaluan saya nyatakan, kolej IP bukan tidak peka dengan bunyi siren. Semua ini terjadi akibat terlalu kerap mendengar siren bomba, ambulans dan lain-lain yang sering melintas di jalan utama yang berhampiran kolej. Dan tidak melampau saya katakan, pelajar kolej IP tidaklah se’jakun’ pelajar kolej dalam. OOOPPPSSS...
Selesai perbincangan dengan penganjur, bomba dan pengetua kolej, saya kembali ke rumah dan mandi. Lewat malam da rupanya. Saya pun tidur sekejap sementara menunggu waktu sahur.
P/s: Kolej kediaman Indah Permai tidak mengadakan pilihanraya kolej kerana tidak mencukupi calon. Menang tanpa bertanding. Hehehe... kurang anggota sekarang. Ada nama cadangan? Selain saya.
5 comments:
So sorry bout yesterday in d clas..
i dono wat exactly to say to u.. i don wana say " i kno hw it feels to u" coz the fact i don.
U kno we r owez there for u rite?
we don jz shared d laughs but also the tears.. we've been there.. done dat.
Take care..
xoxo!!
its ok for me ta...
juz really hurt...
like i wrote in my last entry...
i dream bout my mum...
then in the class yesterday, we talk bout love to our parents...
wuaaaaaa...
mmg xtahan ooo...
kak jeNy rentung.. =)..
xnmpk plak kak jeny ms fire drill tu...
yg psti mmg lawak la...
just ruginya xda camera mo ambil gmba dak ip...
smart la rmi juga...
kmpul tgh jln raya...
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment