apakah sebenarnya mimpi? aku menafsirkan mimpi itu sebagai satu elemen dalam tidur yang boelh diingati tapi agak sukar diingati dengan sempurna. mimpi ini boleh mengganggu tidur kita. akan tetapi mimpi ini kadang kala membuat kita melakukan sesuatu yang tidak akan dapat kita lakukan di alam realiti.
mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menulis perihal mimpi ini pada pagi buta seperti ini. apakah saya tidak mempunyai modal untuk menulis lagi. saya katakan tidak kepada kemungkinan itu. saya menulis entri kali ini adalah bertujuan berkongsi perasaan saya. saya telah bermimpi sesuatu yang saya tidak akan dapat lakukan di alam realiti. pada mimpi itu, saya telah berjumpa dengan wanita yang sempurna. wanita yang menjadikan saya seperti hari ini. saya berjumpa mama.
pada awal mimpi, saya agak hairan apa yang terjadi. saya bagai berada di tempat yang saya biasa tapi tak tahu di mana. saya teruskan juga pencarian yang tidak pasti. akhirnya saya tiba di sebuah hospital. saya tidak pedulikan pesakit yang lain. akhirnya pencarian saya berhasil apabila menjumpai mama. mama tidur masa tu. saya hanya berbaring melihat mama. sayu hati saya masa tu. tapi mungkin naluri keibuan itu kuat, mama bangun lantaran menyedari kehadiran saya. suasana ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. bagaimana perasaan rindu saya selama ini terikat terkurung. mama bangun sambil mengusap pipiku. mama tersenyum. tapi kenapa tidak berkata apapun. mama... anak mama rindu mama. kenapa mama tidak berkata sepatah pun. mama... mama mesti ingatkan anak mama yang seorang inilah yang paling rapat dengan mama...
mama ingatkan puisi yang anak mama karang...
PUISI BUAT MAMA.
(al-Fatihah buat Norjanah binti Mohd Kassim)
Mama
Inikah hakikat yang wajar anakmu ini terima?
Benarlah apa yang sering dikata
Kita akan lebih menghargai seseorang andai dia telah tiada
Tapi mama
Bagai semalam engkau mengucup dahiku
Bagai semalam engkau bersengkang mata melayan karenah manjaku
Bagai semalam aku melihat deritamu di pembaringan
Tatkala mama derita terlantar menahan sengsara
Hati sang anak perit melihat kesengsaraanmu mama
Aku tahu kau
Agar aku tidak gusar
tidak gundah
tidak gelisah
Tapi
Naluriku sebagai anak mengerti
Aku hanya mampu melihat deritamu
Namun aku tidak berdaya berbuat apa
Hanya doa mampu kupohon
Tawakkal kutanam
Melakar ceria agar gembira mampu menjadi ubat
Namun ceriamu hanya untuk mengubati kerisauan sang anak
Hari ini semua itu hanya kenangan bersama mama
Aku redha dan terpaksa tabah
Namun mama
Anak mama ini lemah bila bersendirian
Anak mama ini masih mendamba kasih seorang ibu
Anak mama ini menjadi penagih rindu
Rindu sejati yang pasti tidak kesampaian
Mama
Malam ini anak manja mama ini menangis lagi
Titis mutiara kasih ini terurai untuk mencari kekuatan
Bukan untuk menyeksamu di
Mungkin mama ada memerhati anak mama ini sedang menulis warkah hati
Mencurah coretan hati yang penuh seksa
Anak mama ini derita mengenang kenangan
Mama
Ini ramadhan pertama tanpa mama
Maknanya ini juga syawal pertama tanpa mama
Sedih
Anak mama ini bagai tidak sanggup menerima ketibaan sedihnya syawal tahun ini
Apalah maknanya syawal ini tanpamu mama?
Tiada lagi senda gurau mama
Tiada lagi kasih mama memaafkan anaknya di pagi mulia
Tiada lagi meriah syawal bersama mama
Mama
Anakmu ini akan menabahkan hati untuk orang lain
Mama tentu tahu perangai anak mama ini
Kuat di depan orang
Namun lemah terkulai sendirian
Syawal ini
Anak mama akan melawat pusara mama
Tunggu anak manja mama ini syawal nanti
Ya Allah,
Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayang-Mu
Demi memelihara kesejahteraan mama
Kerana kutahu hanya-Mu ya Allah
Yang mampu menjaga diri mama di
Amin.
Ahad. 15.10.2006. 2.30 pagi
5 comments:
aku suka baca "puisi buat mama" nie.. Tiap kali 2 jgk aku akan mengalirkan air mata.. knp?
sbb puisi ni dr jiwa...mungkin...
salam pie, kalau di bulan Ramadhan ini Pie bermimpi jumpa mama yang sudah tiada, panjangkanlah Al-Fatihah kepadanya. Oleh kerana bulan ini bulan mulia, bebas dari gangguan syaitan (insya Allah), maka mungkin ia adalah hubungan direct Pie dgn arwah. Sedekahkanlah ayat-ayat suci padanya sebagai tanda ingatan, which is kak Lenny yakin memang Pie sudah melakukannya kan?
Jangan bersedih hati. Hidup mesti terus.
life must go on...
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment