Sunday, September 14, 2008

POLITIK TANAH AIR

Teringin saya ingin memberi pandangan peribadi berkaitan politik tanah air. Walau pun terdapat rakan-rakan yang menyatakan bahawa saya hamper diracuni oleh pembangkang. Saya tidak menyatakan sokongan saya terhadap pembangkang. Saya bersifat neutral yang sudah mula condong sedikit ke arah kiri.

Kita soroti semakin huru hara pentadbiran negara saya lihat. Bagaimana kecundangnya BN untuk mempertahankan majority mudah dalam pilihan raya Mac lalu. Bermula detik itu pentadbiran di bawah pimpinan PM semakin kelam kabut. Pelbagai isu timbul. Saya tidak ingin menyentuh hal ini.

Kita tinjau pula suasana hari ini. ISA menjadi isu hangat. Mungkin agak keterlaluan ISA ini. Saya agak tidak bersetuju penggunaan ISA ini. Akan tetapi dari sudut pihak kerajaan mungkin perkara ini bertujuan untuk mengawal keadaan yg sudah berterabur ke sana sini. ‘put yourself into their shoe’. Saya andai di pihak kerajaan akan menyokong langkah ini.

Isu penahanan Teressa Kok dan dua orang lain saya rasakan tidak wajar bagi negara demokrasi. Akan tetapi, dari sudut pandangan saya, Teressa Kok agak berlaku kurang ajar apabila mempersoalkan papan tanda dengan tulisan jawi

(xtau nak tulis pa da.lu pikir la sendiri)