Friday, October 31, 2008

APA-APA LA...

right now i am just hanging around at the sps foyer. seems like its a long time i didnt spent my time here. even everyone look busy with the exam, i dont think that thing be our burden and avoid us to enjoy...

hehehe....
ni post saja2...

pki laptop junior...
bg tension sylvester...
hahaha...
keep up the art work...
hdup GTEL...

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 08/09

Assalamualaikum dan salam segala salam..Berikut adalah senarai Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009...

Majlis Tertinggi

Presiden
Azrul bin Ibrahim (SPPS)
(014-6517287)

Timb. Presiden
Mohd Fazlurrahman b. Mohamad Yusof (SPE)
(012-2689781)

Setiausaha Agung
Hafiza Syafika bt Mohd Fekeri (SKTM)
(013-9028332)

Setiausaha Kehormat
Tang Guan Loon (SPKAL)
(017-5076062/016-8264062)

Bendahari Kehormat
Masturah bt Mohamad Nadzari (SST)
(014-8737595)

Naib Presiden KAL
Mohd Abdillah b. Mat Lin (SPKAL)
(019-8701079)

Naib Presiden Akademik dan Diplomatik
Azhar b. Harun (SSS)
(012-8664932)

Naib Presiden Perancangan dan Kemahasiswaan
Stephanie Yap Su Chen (SPPS)
(016-6628915)

Naib Presiden HELWA
Nurul Aishyah bt Mohamad (SPTA)
(017-8085886)

Majlis Eksekutif

Exco Kerohanian dan Sahsiah
Nursyabri bin Mat Nor (SST)
(017-9659789)

Exco Sukan dan Rekreasi
Mohamad Redwan b. Roujip (SPiKS)
(016-5833901)

Exco Akademik dan Kerjaya
Ismayani bt Ismail (SPPS)
(019-8704022)
Tan Beng Hin (SKTM)
(013-5411388)
Wong Seng Qui (SSIL)
(017-7028174)

Exco Penerbitan dan Informasi
Muhammad Adam B. Quizon @ Quezon (SPTA)
(014-8728654)
Aizuddin b. Ain (SPKAL)
(012-8715226)

Exco Kepimpinan dan Latihan
Azizul b. Julirin (SST)
(019-8106351)
Mohd Hasra b. Ibrahim (SSS)
(019-9739362)

Exco Projek dan Protokol
Muhamma Nor b. Madiah (SPE)
(013-5413675)
Yap Kah Jin (SST)
(016-4899329)

Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar
Muhd Hazimin b. Awang (SSS)
(017-9681096)
Ooi Christopher (SSMP)
(019-5340580)
Loo Leong Leng (SPKAL)
(016-5987738)

Exco Kebajikan, Kesihatan & Kemasyarakatan
Derrick Tanggapan (SPE)
(016-5609149)
Nurul Atiqah bt May Nasukhat (SPU)
(013-5497679)
Qatrun Nada bt Mohd Latfi (SPKAL)
(014-5727872)

Exco Sains & Alam Sekitar
Nurhidayah bt Muksin (SPPS)
(014-8658393)
Tan Chaa Yeh (SKTM)
(017-7003889 / 013-8535339)

Exco Kebudayaan & Kesenian
Ayu Ruhizah bt Rosly (SPS)
(019-8011699 / 016-8416488)
Thipan a/l Shanmugam (SKTM)
(013-8536370 / 014-9523304)

Exco Perpaduan Nasional
Khairunisa bt Klem (SST)
(016-5858921)
Chan Xiang Loong (SST)
(017-5362688)

Exco Keusahawanan & Kepenggunaan
Muhammad Baihaqi b. Hj Bakri (SPL)
(013-8537568)
Lee Hui Jing (SPE)
(017-4242368)

credit to syuhada...

Thursday, October 30, 2008

EXAM

bila orang lain sibuk ckp pasal exam, aku masih lagi tercari-cari perasaan tu. ada yang berusaha membaca nota dari awal hingga akhir. ada pulak yang mula membuat soalan past exam. tapi aku masih lagi di sini mencari.

orang lain sibuk bertanya "lagi berapa chapter ko nak cover ni?"
aku pula bercakap dalam hati "berapa chapter?aku masih tidak bersedia exam."

orang sibuk meramal soalan yang akan masuk exam. aku pula masih berfikir, lama juga aku sepi. pelik betul dunia ni. semua perkara macam pelik kan.

tapi ni ada la perubahan sikit. aku sudah mula memikirkan exam. paper pertama aku hari rabu depan. risau jugak aku. paper tu waktu pagi. 9-11. teori dan amalan pedagogi. esoknya pula asas dan penyelidikan. dua-dua ni kertas membunuh. especially assignment. yang merisaukan, teori dan amalan pedagogi ni aku xda nota. MANTAP...\

apa-apa pun gambatte...good luck guys...hehehe 

AKU - CHAIRIL ANWAR

Kalau sampai waktuku 
'Ku mau tak seorang kan merayu 
Tidak juga kau 

Tak perlu sedu sedan itu 

Aku ini binatang jalang 
Dari kumpulannya terbuang 

Biar peluru menembus kulitku 
Aku tetap meradang menerjang 

Luka dan bisa kubawa berlari 
Berlari 
Hingga hilang pedih peri 

Dan aku akan lebih tidak perduli 

Aku mau hidup seribu tahun lagi 

Wednesday, October 29, 2008

i've got tagged????

aku suda la xpndi apa2 ni brg...ak copy jak...hahaha

#1___ I can be restless without my mp3 player in the car. It means my hand always gatal2 kasi next lagu...hehehe...sumtimes my friends getting tension coz I always change the song.


#2___ I can burst out laughing and break the silence unintentionally. haha. I love to laugh... when i with my bunch of gang, we always laughing out loud...hahaha...thats why TESL famous in SPPS...we are disaster in SPPS...

#3___ I hate worms. Shit!!! I don't scare worms...tp bikin gali ba... Cant imagine if that worms get into ur shirt....OMG...that make me wanna scream... bikin gali ba tu...


#4___ If I dont eat, I get cranky... moody... LOL simple as that. two things change my mood... one of them is eating... If I dont eat world like getting messed up... my friend s know what gonna happen if i dont eat...  pandai cari gaduh ni...hehehe

#5___ I dont like to cuci periuk nasi! sbb i am a lazy person... hahaha... panat ba...


#6___ I always kasi kait lagu and benda-benda di sekeliling aku! wakaka. feeling ba dgr lagu smbil kait2 kn ni... thats why i love listen to the song yg mmg ada unsur kehidupan... kdg2 layan nasyid ni... pd hal bukan alim...




Now its time to TAG others!!


Rules :
1. Link to the person who tagged you.
2. Post the rules on your blog.
3. List 6 unspectacular quirks you have.
4. Tag 6 bloggers by linking them.
5. Leave a comment on each taggee's blog to let them know they've been tagged. Kindly share with us your unspectacular quirks : So, I'm interested to know what quirky habits you have, dont ignore okay?

And...I've choose............

Tuesday, October 28, 2008

JEBAT -- HATTA AZAD KHAN

Pada Ahad lepas, aku dan afiq sempat meluangkan masa untuk menonton pementasan Jebat karya Prof Dr Hatta Azad Khan. Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan pelajar kokum. Kumpulan pelajar ini dibahagikan kepada dua. dan akan mementaskan cerita yang sama dengan interpretasi yang berbeza.

Tidak banyak yang aku harapkan melalui pementasan ini. Aku sendiri merupakan bekas pelajar kokum Teater menyedari banyak kekurangan kami berbanding pelajar yang mengambil kursus teater sebenar. Tapi ini merupakan cabaran buat mereka.

Untuk pementasan pertama, kumpulan ini berjaya mengubah perspektif aku. Mereka memang berbakat. Cuma ada dua tiga perkara yang membuat aku terlari fokus dan hendak beri sedikit komentar. Perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah apabila pengamuk yang cuba mengamuk tapi vokal yang tidak cukup mantap untuk mengamuk. Vokal si pengamuk yang kadang-kadang kurang jelas menyebabkan dia tenggelam. Ketika permainan bersama Tuah pula, tempo agak lembap sehinggakan cerita agak lambat dan fokus hilang. Pengamuk yang tersandung sesuatu di atas pentas mengakibatkan dia menjadi seorang wanita. Terlupa pula aku untuk menerangkan bahawa pelakon ini merupakan seorang lelaki yang melakonkan watak lelaki. Narrator untuk kumpulan pertama ni cukup syarat sebagai seorang pelawak. Mantap. Memang seperti seorang makcik kepoh. Cuma Makcik kepoh ni kadang-kadang lupa diri. Kesilapan permainan juga berlaku apabila makcik ni cuba untuk mengelakkan dar membontoti penonton sehingga berjalan mengundur.  Makcik ni melakukan adlib(penambahan) yang agak banyak sehingga mengakibatkan lawak yang berlebihan. Pada awalnya saya ketawa tapi apabila sudah menjadi terlampau banyak lawak, saya sudah penat untuk ketawa. Untuk pemain yang menjadi tukang cuci kain pula, vokal memang tidak jelas. Walaupun salah seorang dari pencuci kain mempunyai kebolehan membuat lawak dengan menggunakan dialek utara. Untuk teguran terakhir ialah buat crew yang pentas. Aku agak terkejut apabila crew yang bertugas melakukan bunyi bising yang jelas kedengaran ketika perubahan scene. Tambah mengecewakan, apabila aku sebagai penonton terlihat seorang crew di tepi pentas. Apa yang dilakukannya?

Untuk pementasan kedua, narrator tidak sekepoh yang pertama. Memang aku lebih menyukai yang pertama. Bermula cerita dengan Tuah dan pengamuk, sudah membuat aku tertanya-tanya. Di mana latar tempat cerita ini. Persoalan ini timbul apabila pertembungan dua dialek yang berbeza. Mungkin perkara ini patut dititikberatkan. Kemudian berbalik dengan artikulasi pemain yang agak lemah. Aku tidak memahami apa yang diperkatakan. Mungkin masing-masing agak nak cepat habis. Blocking pemain ketika tunjuk perasaan aku rasa agak terlampau tersusun sehingga tidak menunjukkan satu tunjuk perasaan. Dan ada pemain yang menutup slide yang ditayangkan. Tuah, ketika menari bersama penari telah memeluk penari. Mungkin hanya sekejap, tapi boleh menjadi isu. Bagi itu bukan masalah tapi orang lain saya tidak tahu. Babak pertempuran antara Tuah dan Jebat agak cantik tapi menjadi lembap apabila ada dialog. Tempo tidak dititikberatkan. Peringatan buat narrator. Kalau terlupa skrip, jangan tunjuk muka panik. Seperti pementasan sebelum, lawak yang berlebihan membuat aku penat.

Cukuplah sampai di sini. Pujian buat semua yang terlibat. Memang MANTAP. Aku suka. Thanx Anuar sebab jemput datang. 

"TIADA SIAPA YANG AKAN MENJEBATKAN DIRI"

Saturday, October 25, 2008

BICARA ORANG BIASA

kala minda dikepung oleh segala celaru yang kita tidak kenal, aku memikirkan satu persoalan yang bagiku suatu yang wajar dipertimbang.

"Salahkah kalau kita mahukan masa untuk diri sendiri? kadangkala kita mahukan masa untuk diri sendiri tanpa dipersoal ke mana masa itu pergi..."

Kadang-kadang aku perlu masa untuk minda ini. Perlu masa untuk menulis. Ini hasilku malam ini. Aku tulis dan bagi tajuk "Bicara Orang Biasa"

Masih bermain di minda

Mampukah dia?

Bukan tidak percaya

Jauh sekali meraguinya

Tapi kedengaran di telinga

Kepimpinan hanya retorik semata

Adakah kebenaran semakin sirna

Dek kuasa yang digila-gila.

 

Di sini aku masih meneroka

Perkara yang bermain di minda

Bukan aku cari pemimpin hebat dunia

Cukup sekadar berpaksi agama

Bertulang mahasiswa

Tidak payah pemimpin terkemuka

Tidak perlu pemimpin bermuka-muka

Tidak mahu yang hanya punya muka

 

Buat pemimpin setia

Aku bukan penyair cinta

Yang tahu memuji semata

Pada hal buta

Dan tidak mengerti apa

Aku hanya rakyat biasa

Mampu melihat sahaja

Tapi tidak gentar menegur murka

Andai silap beraja

 

Ingatlah pemimpin setia

Tunai janji yang dicipta

Jangan hanya omong kosong semata.


sampai di sini sahaja. 

Friday, October 24, 2008

MENULIS

Aku tiba-tiba ingin menulis. Entah dari mana isu. Siapa aku di mata kamu? Kenapa aku rasa aku menjadi semakin lain? Entahlah. Aku biarkan sahaja yang berlaku. Aku seorang perokok. Aku sedang cuba berhenti merokok. Entah. Tapi aku masih merokok setiap hari. Aku sudah kurangkan. Sebelum ini aku mesti merokok sebanyak dua kotak untuk tiga hari. Tapi sekarang aku hanya sekadar dua atau tiga batang sehari. Harap aku mampu untuk berhenti. Ada banyak masalah dihadapi.

 

Semakin menyendiri

Yang dekat semakin menjauhi

Yang jauh semakin menyepi.

 

Biar cuba ceria dipatri

Diukir atas batu sepi

Diwarna atas pelangi mimpi

Dilakar atas langit sendiri

Aku masih di sini

Penyepi sejati

 

Kenapa masih sepi?

Andai sudah mula mengenali diri?

Kenapa semakin menjauhi?

Menolak kebenaran sejati?

 

Jangan merasa jauh lagi

Andai ikatan kurniaan Illahi

Masih di sisi.

 

Saja nak menulis jadilah macam ni. Hurm... Keputusan pilihanraya kampus UMS 08/09. kerusi umum.

 

1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)
2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)
3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)
4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)
5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)
6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)
7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)

Thursday, October 23, 2008

HUHUHUHU

Penat… assignment… sok anta… sorry everyone… otak xbrapa btul… tmarah ke…bkn period tp tekanan… tu la… mls la lg…

Saturday, October 18, 2008

BICARA PERINDU KASIH IBU

Hadirmu menyentuh jiwaku
Aku yang masih dambakan kasih seorang ibu
Terusik hati terdetik sayu
Terkenang memori di hujung kalbu
Yang masih setia merindu

Hadirmu sebagai ibu sahabatku
Dari kejauhan aku merasa kuatnya kasihmu
Kau ibu buat sahabatku
Kau tatang anakmu menjadi sebaik itu
Kau buat aku rindu
Tapi bukan salahmu
Kau seorang ibu
Yang masih setia mendidik anakmu
Mencurah kasihmu
Memberi sayangmu
Memupuk cintamu
Buat anakmu

Hadirmu sebagai ibu di dalam waktu
Membuat benak naluriku
Terusik menjadi perindu
Juga bukan salahmu
Mungkin kerana dengkiku
Aku hanya mampu merindu kasih seorang ibu
Kau insan yang mulia disisi anakmu
Aku bangga dia menjadi sahabatku
Kerana kau kaya dengan nilai seorang ibu

Hadirmu sebagai seorang ibu didepanku
Membuat kenangan lalu
Bermain di mindaku
Membuat airmataku
Mengalir sayu
Menjadi pemerhati syahdu
Kaulah ibu dimataku
Biar aku bukan anakmu.


INDAH PERMAI
5.06 PM
18 OKTOBER 2008

KENDURI PUISI

Kenduri Puisi berlangsung dengan jayanya. Terubat rindu puisi. Kehadiran nama-nama besar membuatku lebih kecil. Khalid Salleh, Hasyuda Abadi, Datu Ruslan Sulai, Jasni, Latifah Ony, Ramli, dan banyak lagi nama-nama besar di Sabah membuatku sangat kecil. Aku membawa puisi ‘Aku Bukan Gampang’. Seronok dengar bacaan puisi. Hanya sempat merakamkan 3 gambar.


SEMPAT MERAKAMKAN KENANGAN BERSAMA WAK KHALID


WAK KHALID YANG MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI DALAM BACAAN PUISI


SEBELUM PULANG SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA ENCIK LOKMAN PENSYARAH PENULISAN PPIB.


DIHARAP AKTIVITI SEPERTI INI DITERUSKAN DAN DILANGSUNGKAN DENGAN KERAP.

Thursday, October 16, 2008

AKU BUKAN GAMPANG


AKU.

AKU HANYALAH INSAN YANG MALANG
BERANGAN INGIN MENJADI 'SESEORANG'
AKU TIDAK SEISTIMEWA PEJUANG
AKU TIDAK SEHEBAT BINTANG
MALAH JAUH UNTUK MENJADI WALI YANG DIJULANG

TAPI AKU
AKU BUKAN SAMPAH UNTUK KAU LEMPAR TERBANG
AKU BUKAN BINATANG UNTUK KAU SEPAK TERAJANG
AKU BUKAN NAJIS UNTUK KAU TERAN DAN BUANG

KERANA AKU
AKU PUNYA HATI YANG PERLU ELOK DITATANG
AKU PUNYA PERASAAN YANG PERLU TERUS DIPERJUANG
AKU PUNYA JIWA YANG PERLU CAHAYA TERANG

HASILNYA AKU
AKU HANYA MAMPU MENGARANG
BUKAN UNTUK DICANANG
TAPI SEKADAR MENGURANG
DAN MELUANG
HUJUNG HATIKU YANG PENUH ARAL MELINTANG...

Wednesday, October 15, 2008

APAKAH INI SEMUA?

Selepas sekian lama aku tidak menulis di ’Jiwa’, hari ini aku terpanggil untuk menulis kembali. Malam ini aku berasa lain sekali. Aku bagai merindui semua orang yang ada di sekelilingku. Aku merindui kekasih hati dan keluargaku di kampung, sahabat-sahabatku dan juga orang yang mengenal diriku. Aku juga merindui teman-teman sekuliahku walaupun petang tadi aku baru berjumpa dengan mereka. Aneh perasaanku malam ini. Aku terasa seperti kehilangan mereka.


Tapi aku agak rasa selesa dan gembira, aku bagai semakin mendekati arwah mama. Apakah aku akan meninggalkan semua orang tidak lama lagi dan menemui mama? Hanya ini yang menjadi benteng pemisah kami sekarang.


Sayang, keluarga, dan rakan-rakanku. Mungkin ini nota terakhirku untuk kalian. Maafkan aku atas segala kesilapanku. Semoga kalian semua akan berbahagia. Jangan tangisi pemergianku ini. Ini demi kebaikan. Aku akan bertemu dengan mama.


Selamat tinggal...

Tuesday, October 14, 2008

People Shitting On Me


A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field.While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was. The dung was actually thawing him out! He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing and came to investigate. Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him. Morals of the story: (1) Not everyone who shits on you is your enemy. (2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.. (3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!

Sunday, October 12, 2008

Sushi Lover


They said this thing happen to people like to eat sushi. OMG!!! Full of larva in the brain. C'mon. I don't want to be like this.

credit to khai. LUCT student.

Saturday, October 11, 2008

What will happen?

Yesterday my friend told me that my name has been highlight in the attendance sheet for Semantic subject. I wonder what I have done. I think it through time last night. Then I realize, I have been absent for that class more than 3. I think it’s 6 times. No wonder my name has been highlight. So now I am feeling scare. Am I going to be ban from the exam for that subject? What should I do? I have to meet Mr. William Taylor to discuss about his stuff.


Hope he will consider for what I have done. And I promise to submit the entire task that he assigns to us. Guys give me your support ok…

Hard to get to the top


A turkey was chatting with a bull. 'I would love to be able to get to the top of that tree' sighed the turkey, 'but I haven't got the energy.' 'Well, why don't you nibble on some of my droppings?' replied the bull. They're packed with nutrients.' The turkey pecked at a lump of dung, and found it actually gave him enough str ength to reach the lowest branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after a fourth night, the turkey was proudly perched at the top of the tree. He was promptly spotted by a farmer, who shot him out of the tree. Moral of the story: Bull Shit might get you to the top, but it won't keep you there..


u might go to top. but there is no easy way...

Thursday, October 9, 2008

IS IT SUITABLE FOR US TO TAKE A BREAK NOW?


An eagle was sitting on a tree resting, doing nothing. A
small rabbit saw the eagle and
asked him, 'Can I also sit like you and do
nothing?' The eagle answered: 'Sure, why not.'
So, the rabbit sat on the ground below the eagle and
rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the
rabbit and ate it. Moral of the story: To be sitting
and doing nothing, you must be sitting very, very high up.

so think back. Are we in the high position to have a break?

KAMI THE MOVIE

KAMI THE MOVIE.

I HAVE WRITE THE REVIEW OF THIS MOVIE. BUT AT SOME POINT, I AM FEELING LAZY TO POST IT...

SO I THINK YOU ALL BETTER READ THIS POST. BY AFIQ MAHAT. HE'S WATCHING KAMI THE MOVIE TOO...

READ THIS.

AKU DAN DIA


Kadang-kadang kita mencari perasaan itu. Ada yang kehilangannya sehingga mencari perasaan baru. Sedangkan perasaan lama itu masih baru mekar di dalam hati.


Walau pun tidak seperti orang lain, jarak bukan menjadi masalah buat kami. Ada yang meragui, tapi kami tidak. Sentiasa mempercayai. Aku sentiasa mencari bagaimana untuk sentiasa seperti baru mula bercinta. Kenikmatan bercinta itu salah satu nikmat hidup. Manusia sanggup berbuat apa sahaja demi cinta. Demi dia aku sanggup berusaha. Malah aku sentiasa merindui. Kerana rindu itu pengikat segala. Sentiasa ingin ku berjumpa. Tidak payah berkata-kata. Cuma perlu melihat dengan rasa. Sehingga ke hari ini aku masih bersama dia.


Walau hanya tulisan bertaip di mata, kami masih bersama. Walau hanya gambaran di minda menjadi jelas di mata dengan jarak pemisah segala, aku masih cinta dia. Walau tanpa sentuhan yang jelas nyata, tapi jiwa masih berdetik gembira. Walau hanya kata merusuh jiwa, aku masih sayang dia. Walau hanya dengan usaha sudah merungkai cita, aku tetap rindu dia. Ajaibnya rasa.


Jangan kita cuba mencari alasan untuk lupa bahawa semua telah tiada. Yang pastinya cinta tetap ada.

Wednesday, October 8, 2008

Jauhkah kita?

Mungkin kita telah jauh dari-Nya?

Selepas semalaman aku memikirkan aku kehilangan sesuatu itu, malam ini aku cuba melupakan kenapa sesuatu itu pergi. Kecelaruan jiwa yang berlaku membuat aku cuba bersendiri melakukan pelbagai perkara agar aku lebih sunyi tapi tidak sepi. Sunyi tapi tidak sepi? Mungkin agak pelik tapi itu yang cuba aku cari. Mencari kemurniaan sunyi dalam sesuatu. Sesuatu yang amat penting. Sesuatu yang menjadi persoalan. Sesuatu yang aku tercari hilang ke mana. Akhirnya aku hampir terjumpa. Terima kasih Vera. Kau telah menyedarkan aku seketika.

Apa pun kehilangan kita semua ini bukan milik kita yang hak. Badan kita sebagai pinjaman. Duit PTPTN pun hanya pinjaman. Sesuatu pun hanya pinjaman. Kalau kita jaga yang memberi, sesuatu tidak akan hilang. Sebab itulah kita patut kembali kepada-Nya. Kepada Yang Esa. Mungkin entri kali ini agak bersifat keagamaan tapi ini merupakan luahan hati semata.

Sibuk mencari ke mana hilangnya sesuatu. Tapi kita lupa yang kita semakin lupa pada-Nya. Dari sinilah timbul persoalan mungkin kita telah jah dari-Nya. Kenapa kita mesti mencari kehilangan sesuatu andai sesuatu itu bukan milik kita? Semua itu hanya pinjaman semata. Semakin kita jauh dari-Nya semakin kita kehilangan sesuatu itu.

Ayat yang dikeluarkan daripada seorang sahabat.

Mungkin aku sedang diuji
Setimpal dengan apa yang terjadi
Hasil perbuatan sendiri.


Renung-renungkan.

(Sesuatu akan kekal menjadi misteri)

Tuesday, October 7, 2008

BILA KITA KEMBALI MENGENANG SESUATU

I wish I was a baby again. Nothing to think. Everything was ready to me.


KESAHKU MALAM INI.

Malam ini bagai malam yang panjang buatku. Aku rasa aku kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat penting buat masa ini. Sesuatu yang boleh membuat aku terus berada di sini. Sesuatu yang mampu mengubah keluargaku. Mungkin bagi kalian semua sesuatu ini tidak memberi makna. Tapi bagi aku, sesuatu inilah harta yang menjadikan aku lain dari rakan-rakan sepermainan sejakku kecil. Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Tidak seperti mereka yang terbiasa dengan kehidupan yang senang. Adalah sukar bagi diriku untuk mendapat apa yang kumahu. Melalui sesuatu itulah aku cuba menggapai apa yang aku mahu sedikit demi sedikit.


Malam ini pencarian sesuatu itu bagai semakin memuncak. Pelbagai perkara aku lakukan demi untuk mengelak aku mengingati aku semakin kehilangan sesuatu. Tapi apakan daya. Aku dilahirkan menjadi pemikir kepada perkaran yang tidak patut. Aku cuba gagahi untuk meneruskan mencari sesuatu itu. Di mana? Aku sendiri tidak mengetahui. Dan aku sendiri takut untuk mencari punca kenapa aku semakin kehilangan sesuatu itu. Aku takut mungkin punca kehilangan sesuatu itu disebabkan oleh perkara yang aku suka.


Aku cuba untuk menghayati tiap bait kata-kata yang boleh membuatku menjadi lebih kuat mencari sesuatu itu. Memang berkesan. Tapi dos dari kata-kata ini tidak cukup kuat untuk mengembalikan sesuatu itu. Aku semakin risau dan gundah mengenangkan kehilangan sesuatu itu. Waktu untuk menggunakan sesuatu itu sudah semakin dekat. Tugasan yang bertimbun menanti untuk aku langsaikan. Semakin cepat detik waktu, semakin sesak nafasku dan semakin sarat otakku menanggung berat. Ke mana harusku cari lagi? Aku tahu sesuatu itu ada dalam diri.


Kembalilah.


Kusertakan bersama apa yang sempat kuhayati untuk kita semua.


’Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak mudah.’

’Kesunyian yang membelenggu diri membuatkan kita teringin untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan.’

’Bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan cabaran akan datang.’

’Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang dan merampas kembali apa yang telah HILANG.’


Monday, October 6, 2008

Raya. Malas study...

At CD's house. Standing from left; Me, Madu, CDie, Eric, Faiz and Jue.
Sitting in the middle from left; Rudie, Burn, Fuad and Jun.
Sitting Alone In Front; Syahir


Me n my buddy Rudie.

Burn, Madu n Me


Burn, Madu, Eric, Rudie, Me n Fuad

Taking Pic without playing the level. Like choir.huhuhu

Playing Some Level.


Credit to Shaher... taking the pic even not too smart but ok la...

Sunday, October 5, 2008

Syawal 2

Syawal 2 ku mulakan dengan keadaan kelam kabut. Aku sepatutnya berada di rumah Rudie pukul 11. Tapi aku sendiri terjaga pukul 11. Lebih kurang pukul 11 aku berada di rumah Rudie. Kemudian kami bergerak ke rumah cdie. Then aku menjadi agak sedikit kacau jiwa apabila ku lihat di rumah ada makcik2 ku beraya di rumah. Aku terpaksa melayan mereka. Aku tidak kisah sebenarnya melayan mereka, tapi aku agak terkecil hati apabila mereka berkata macam-macam. Apa aku ni tidak pandai berfikir ka? Apa mereka ingat anak-anak mereka sudah cukup sempurna tidak payah dinasihatkan? Aku sudah berulangkali mendengar nasihat itu. Masa aku dan family susah, ada mereka datang tolong? Azab yang ku rasa melayan karenah mereka ni selesai selepas abah aku balik. Kemudian aku bergegas ke rumah cdie. Kami sempat mengambil gambar di rumah cdie. Agak lama kami di sana. Kemudian Jip ajak kami beraya ke rumah Pakcik Baki. Ingat beraya ja, rupanya ada kenduri sikit. Layan…


Lepas dari rumah Pakcik Baki, kami ke rumah Manbai. Baru rumah ketiga, kami sudah menghabiskan masa yang lama. Air tumpah dengan tidak sengaja di sana. Selesai saja kami di sana, kami ke rumah Rudie semula. Ingat inilah rumah terakhir kami. Rupanya selepas menghabiskan masa yang lama, kami beraya lagi. Kami beraya di rumah Jai. Full Tank. Tak sanggup nak makan lagi. Then kami bergerak ke rumah abang Faiz, Joe. Makan lagi. Jam sudah menunjukkan pukul lima.(kalau tidak silaplah). Kemudian kami bergerak ke Taman Perumahan Bedaun. Memang tidak mampu makan lagi.


Settle saja kami di sana, kami berehat seketika di rumah Shaher. Then dalam pukul 9 kami bergeraklah ke rumah Azri. Makan lagi. Sempat lagi Shaher mengambil gambar. Kemudian kami ke rumah Faiz. Agak memakan masa yang lama. Dalam pukul 11 kami selesai dan masing-masing pulang ke rumah.


Hari ni membuatkan aku terlupa seketika kesedihan dan keserabutan otak aku. Hidup mesti gembira. Itu cuba aku amalkan. Tapi hidup penuh dugaan. Pelbagai cabaran yang penuh duri. Ranjau berduri yang membuat aku rasa perit tapi terpaksa aku teruskan. Ini merupakan salah satu cara untuk aku menghibur hatiku. Aku berharap orang yang berada sekelilingku faham. Aku mahu bergembira seperti yang lainnya.


entry ni ak tulis tp lmbt post