Wednesday, October 1, 2008

MALAM SYAWAL

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku sentiasa di bawah? Membawa konsep roda. Agak sukar aku untuk memperoleh sesuatu yang menggembirakan hatiku. Aku sentiasa dirundung kesedihan. Pada malam Syawal ini aku terkenang kembali kenangan bersama arwah mama. Rindu yang tidak kesampaian ini begitu menyeksa aku. Sehinggakan aku tidak mampu meluahkan kepada sesiapa pun. Blog inilah tempat aku meluahkan sesuatu. Aku hanya mampu meluahkan apa yang aku rasa melalui tulisan yang tidak seberapa ini.


Bermula dari petang tadi sehinggalah malam ini, aku masih memikirkan cara bagaimana aku hendak memeriahkan hari rayaku. Sehinggalah air mata menitis di mata ini. Sunyi tanpa kasih seorang ibu. Aku merasakan setiap hari raya itu hilang kemeriahannya. Sunyi. Tapi adalah tidak wajar aku bersedih tatkala yang lain gembira. Aku merasa adalah tidak adil orang terpaksa bersedih kerana aku. Aku akan berusaha untuk bergembira untuk kalian semua.


Thank you so much my lovely Dg Shahfizah Ezyan because always beside me.


Very little thing to make a happy life. It is within yourself – in your way of thinking and in your attitude. When there are dark and cloudy days, think about a sun. When you have a work you need to do, think of having fun. When there is a long hard road to travel, think about the end. When you feel lost and all alone, think about a friend. When things are going badly, think they are going best. When you feel blue, just think of all the happy ways you are.


Thank you Nancy. You are very good friend.