KESAHKU MALAM INI.
Malam ini bagai malam yang panjang buatku. Aku rasa aku kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat penting buat masa ini. Sesuatu yang boleh membuat aku terus berada di sini. Sesuatu yang mampu mengubah keluargaku. Mungkin bagi kalian semua sesuatu ini tidak memberi makna. Tapi bagi aku, sesuatu inilah harta yang menjadikan aku lain dari rakan-rakan sepermainan sejakku kecil. Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Tidak seperti mereka yang terbiasa dengan kehidupan yang senang. Adalah sukar bagi diriku untuk mendapat apa yang kumahu. Melalui sesuatu itulah aku cuba menggapai apa yang aku mahu sedikit demi sedikit.
Malam ini pencarian sesuatu itu bagai semakin memuncak. Pelbagai perkara aku lakukan demi untuk mengelak aku mengingati aku semakin kehilangan sesuatu. Tapi apakan daya. Aku dilahirkan menjadi pemikir kepada perkaran yang tidak patut. Aku cuba gagahi untuk meneruskan mencari sesuatu itu. Di mana? Aku sendiri tidak mengetahui. Dan aku sendiri takut untuk mencari punca kenapa aku semakin kehilangan sesuatu itu. Aku takut mungkin punca kehilangan sesuatu itu disebabkan oleh perkara yang aku suka.
Aku cuba untuk menghayati tiap bait kata-kata yang boleh membuatku menjadi lebih kuat mencari sesuatu itu. Memang berkesan. Tapi dos dari kata-kata ini tidak cukup kuat untuk mengembalikan sesuatu itu. Aku semakin risau dan gundah mengenangkan kehilangan sesuatu itu. Waktu untuk menggunakan sesuatu itu sudah semakin dekat. Tugasan yang bertimbun menanti untuk aku langsaikan. Semakin cepat detik waktu, semakin sesak nafasku dan semakin sarat otakku menanggung berat. Ke mana harusku cari lagi? Aku tahu sesuatu itu ada dalam diri.
Kembalilah.
Kusertakan bersama apa yang sempat kuhayati untuk kita semua.
’Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak mudah.’
’Kesunyian yang membelenggu diri membuatkan kita teringin untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan.’
’Bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan cabaran akan datang.’
’Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang dan merampas kembali apa yang telah HILANG.’

1 comment:
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,
菲
梵,酒店,
Post a Comment